28 January 2015

BERAT BADAN TURUN TETAPI PERUT MASIH BUNCIT | PERUT TAK KEMPIS DAN RATA WALAUPUN DAH BERDIET

Kita sudah melakukan cara yang betul, pemakanan pun dah jaga, senaman pun dah betul. Namun, perut tak kempis dan rata? Berat badan kita dan menurun... Kenapa ya?? Ini memang persoalan yang yang bukan saya menjadi tanda tanya dalam kepala otak saya seorang.. Mana taknya dah timbang berat badan dah turun, tetapi saya tengok bahagian perut macam masih bucit... Oh tidakkkk! 

Rasa dah kurus TAPI perut ni apasal buncit lagi???


Tidak kira perempuan mahupun lelaki, kita akan merasa agak rendah diri bila melihat bahagian perut kita agak buncit.. perempuan mengandung tu lain cerita la yer... hahahaha... Lebih-lebih lagi bila kita nak memakai seluar jeans gitu, butang tak sampai... kalau sampai pun, sesak nafas kita di buatnya, tak sanggup saya.. hahaha..

Ada yang mengatakan, keadaan ini berlaku kerana kita kurang melakukan latihan kekuatan dan kurang pengambilan protein... Fuhhhh! Protein lagi.. nampaknya penting tau pengambilan protein ni.. Kita juga boleh menambahkan dua sudu (40gm) serbuk protein ke dalam smoothie atau yogurt.. Tetapi jika kita boleh mendapatkan protein tanpa mencampurkannya dengan smoothie atau yogurt, rasanya lebih baik.. 

Dengan pengambilan protein yang seimbang, ia sangat sesuai untuk proses pembakaran lemak dan menjaga metabolisme jaringan otot. Ini secara langsung akan membuatkan perut kita kempis dan rata.. Bagaimana untuk mendapatkan sumber protein daripada sumber semulajadi??




Apa itu ESP (Soy Protein Isolate Powder)


ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kuantiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Kepentingan Protein


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan kematian.


Apa itu Asid Amino?


Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.


Testimoni Berjaya Kurus Dengan ESP


Perut Kempis
Testimoni Berjaya Kurus Dengan Pengambilan ESP

Jika anda ingin memiliki perut rata dan mantap, ingin kurus tanpa perlu berlapar, ESP adalah pilihan yang tepat buat anda.. Tak kan nak biar perut tu membuncit macam perempuan mengandung 5 bulan pulak kan.. baju-baju dalam almari tu bila nak pakai? kang tak up to date baru leh pakai buat apa kan..


 Pertu Kempis Dengan ESP


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love,
MamaMia

SARAPAN UNTUK LANGSING | KETAHUI 7 PANDUAN SIHAT BERSARAPAN UNTUK KURUS

Sarapan kerap kali diabaikan dek kerana kesibukan aktiviti harian.. Ramai diantara kita yang tidak tahu sebenarnya sarapan itulah yang paling utama untuk tubuh kekal bertenaga dan langsing! Kalau nak tahu, makan banyak ketika sarapan tidak mengemukkan kerana ia akan dibakar sepanjang tubuh kita 'bekerja".

Sarapan Untuk Langsing

So, buat mereka yang kurang gemar atau selalu mengelak daripada makan pagi atau bersarapan bolehlah mengikuti tujuh panduan sihat bersarapan ini. Ianya bukan saja menyihatkan, malah membantu kita untuk kurus!..

1. MAKAN OAT BRAN

  • Kitalah orang pertama  yang akan mengakui betapa tidak sedapnya oat bran, bukan? Ya, memang betul rasanya tidak sedap. Walaupun begitu, ianya adalah sarapan yang 'bijak'. Kajian mendapati serat di dalam oat bran akan membuatkan perut kita kenyang dalam tempoh masa yang lama. Ini akan menyebabkan kita tidak akan tercari-cari apa lagi makanan yang akan kita makan selepas dua jam bersarapan


2. MAKAN 'BESAR'

  • Ketika bersarapan, kita boleh makan banyak. Ini kerana sistem metabolisme kita bertindak lebih efisien ketika waktu pagi


3. LEBIHKAN PROTEIN

  • Makanlah lebih protein ketika bersarapan kerana dengan pengambilan protein pada waktu pagi akan membantu mengurangkan rasa lapar dan hanya makan sedikit selepas itu. Seandainya kita tidak sempat untuk menyediakan sarapan protein, ambil saja minuman mahupun bar protein.


4. BIJIRIN SIHAT

  • Ambillah satu mangkuk bijirin dengan emping yang besar. Kalau makan oat, lebih bagus. Pengambilan semangkuk hidangan oat juga akan memudahkan rasa kenyang berpanjangan. Bagi mengelakkan rasa muak, campurkan bersama ramuan lain seperti epal, strawberi, pisang, kekacang atau coklat.


5. SEDAPNYA TELUR

  • Kajian mendapati makan dua biji telur  pada waktu pagi lebih baik untuk penurunan berat badan secara effective berbanding pengambilan sarapan yang berat tetapi tinggi dengan kalori. Sebiji telur saiz sederhana yang mengandungi 5.5gm protein sangat mengenyangkan. 


6. ROTI BAKAR YANG SEDAP

  • Roti bakar bersama mentega kacang adalah hidangan paling mudah, sihat dan sedap! Jika makan roti bakar mentega kacang, kita akan mudah kenyang. Jangan risau manis kerana rasa itulah yang menghantar signal 'saya sudah kenyang' ke otak kita. Namun kita harus berhati-hati supaya tidak terlebih makan kerana dua sudu mentega kacang mempunyai 190 kalori.


7. LAGI BESAR, LEBIH BAGUS

  • Saiz memainkan peranan terutamanya jika kita makan emping gandum. Jika kita memilih untuk bersarapan dengan emping bersaiz besar, ia akan mudah nampak 'penuh' di dalam mangkuk sekaligus mengurangkan pengambilan kalori kita.



Ketika bersarapan, pengambilan lebih protein adalah lebih baik bagi mengurangkan rasa lapar. Ini secara langsung akan membuatkan kita untuk langsing.. Maka, dengan itu saya telah memilih untuk meminum segelas ESP Shaklee setiap pagi yang tinggi dengan protein.. 


kaya protein
ESP sumber protein berasaskan soya non-gmo
ESP bukan saja sarapan untuk langsing, tetapi juga mampu menjadikan kulit kita semakin cantik dan awet muda disamping membantu kita mendapatkan tahap kesihatan yang baik.. Anda terlalu sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan? Anda ingin langsing? Anda ingin kurus? Dapatkan ESP sebagai sarapan anda hari ini..

ESP Sarapan Langsing


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

27 January 2015

8 TIPs TARIK PERHATIAN ANAK KE SEKOLAH

Rasa-rasaya masih belum terlambat untuk saya sharekan tip untuk menarik perhatian anak ke sekolah. tentu amat membimbangkan ibubapa bila melihat anak-anak kita tidak mahu ke sekolah.. Walhal, baru bulan pertama persekolahan... 

Keadaan ini biasa dapat kita lihat dari awal pagi yang mana anak kita malas bangun, mandi dan tidak bersarapan.Sebagai ibubapa sudah tentu ini akan merisaukan kita.. So, ada beberapa tip yang saya nak kongsikan untuk memastikan anak kita akan berasa seronok dan suka untuk ke sekolah setiap hari.

1. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

  • Mulakan dengan mengatur jadual tidur anak kita kerana menurut National Sleep Foundation, kanak-kanak memerlukan waktu tidur 12 jam manakala anak-anak yang berusia 5-12 tahun memerlukan tidur 1-11 jam.


2. TIDUR YANG LEBIH AWAL

  • Cubalah melatih anak-anak kita tidur lebih awal dari waktu biasa. Matika TV lebih awal dan menyuruh mereka membaca buku secara santai. Tanamlah kebiasaan ini demi masa depan anak-anak


3. BERIKAN PERHATIAN & PUJUKAN

  • Sebagai ibubapa, kita kena banyak bersabar dengan anak-anak terutamanya untuk memujuk mereka ke sekolah. Cubalah kwal emosi kita dengan berlembut dan memberikan perhatian lebih supaya mereka senang ke sekolah.. Jika boleh, dapatkan lah bantuan dari guru kelas mereka.


4. ELAKKAN KETAKUTAN DI SEKOLAH

  • Bagi anak-anak, kawasan sekolah sahaja yang di anggap dunia luar. Untuk mengelakkan dari ketakutan, ajaklah mereka berjalan di sekeliling sekolah dan perkenalkan keadaan dan kawasan sekolah agar mereka terbiasa dengan suasanya.


5. DEKATI & DENGAR MASALAH

  • Bertanyalah dengan lembut, sebab dan alasan anak kita malas ke sekolah. Jadi, ini akan memudahkan kita mencari penyelesaian bersama-sama. Kita boleh bertanyakan anak kita secara santai ketika mereka sedang bermain atau menonton TV.


6. INGATKAN CITA-CITA ANAK

  • Ketika anak kita merengek tidak mahu ke sekolah, kita boleh cuba mengingatkan cita-citanya yang boleh memberi motivasi untuknya ke sekolah. Cara ini akan memberikan kesedaran kepada mereka bahawa tanpa ke sekolah, mereka tidak akan dapat mencapai cita-citanya


7. LIBATKAN GURU DI SEKOLAH

  • Sekiranya cara memujuk kita tidak berkesan, kita boleh menghubungi guru kelas di sekolah dengan berbincang masalah tersebut.


8. MOTIVASI POSITIF

  • Berikan motivasi yang baik untuk anak kita lebih percaya diri dan kuat. Selain itu, peranan  kita sebagai ibubapa juga sangat penting dalam memberikan pendekatan yang lembut, menjaga gizi makanan dan memastikan mereka dapat istirehat dengan cukup dan lebih baik.


Mudah-mudahan tip-tip ini mampu membantu anda sebagai ibubapa dalam menarik perhatian anak ke sekolah.. InsyaALLAH..


With Love, 
MamaMia

26 January 2015

COKLAT PUNCA JERAWAT? | BENARKAH DENGAN MEMAKAN COKLAT WAJAH MUDAH DITUMBUHI JERAWAT?

Bila sebut COKLAT menjadi salah punca jerawat, pasti ramai pengemar coklat yang tidak bersetuju tentangnya... Saya pun pengemar coklat.. Mula-mula bila dapat tahu yang coklat adalah salah satu makanan yang menjadi punca timbulnya jerawat, saya menjadi takut pulak..

Coklat Punca Jerawat? 


Tetapi benarkah coklat punca jerawat?? Benarkah dengan memakan coklat, wajah kita akan mudah di tumbuhi jerawat? Isshhh! Tak mungkin lah! Sama ada betul ke tidak coklat ini punca jerawat, jom teruskan baca fakta tentangnya..

Coklat adalah merupakan salah satu makanan manis yang tinggi kandungan gula.. Manakala gula yang berlebihan adalah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan jerawat.

Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum.

Kesimpulannya, dengan pengambilan coklat berlebihan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan punca jerawat... So, selepas ini, kena kurangkan pengambilan coklat, walaupun saya sangat mengemarinya.. Tetapi kerana saya benci dengan jerawat, saya kena kurangkan pengambilan coklat.

Jom kita sama-sama atasi jerawat.. pakai alat solek dan produk mahal-mahal pun tak guna jika dalaman kita tak terjaga..


With Love,
MamaMia

KENALI 6 NUTRISI PENTING MENENTANG JERAWAT

Jerawat oh jerawat! Pastinya ia amat merungsingkan diri kita terutamanya kaum perempuan.. Namun begitu masalah jerawat ini tidak boleh diambil mudah sama ada bagi wanita ataupun lelaki.. Sebiji jerawat yang tumbuh di wajah kita bagaikan satu tamparan hebat bukan?

Jerawat, atasi jerawat
6 Nutrisi Penting Menentang Jerawat

Tidak ada satu pun kajian yang dapat menyatakan kaitan yang tepat bahawa makanan tertentu mampu mencegah jerawat. Kebanyakkan pakar kulit masih bependapat bahawa kita masih mampu menhalang masalah kulit terutamanya jerawat dengan mengamalkan pemakanan atau diet yang sihat. Secara logiknya juga, pengambilan makanan yang seimbang memang menyumbang kepada kesihatan diri..

Berbalik kepada story asal kita, iaitu mencegah dan menentang jerawat... uuuuhhh! Saya benci Jerawat... pasal tu saya nak kita semua atasi maslah jerawat ini... Meh, kita berkenal-kenalan dengan 6 Nutrisi penting dalam menentang Jerawat yang tidak di jemput ni mencacatkan wajah kita..

KENALI 6 NUTRISI PENCEGAH JERAWAT


Vitamin A

Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah minyak ikan, Ikan salmon, lobak merah, bayam dan brokoli.



Vitamin E dan C

Sumber makanan kaya dengan vitamin C adalah seperti Oren, Lemon, Limau gedang, betik, dan tomato. Manakala Vitamin E pula byk terkandung dlm Ubi kentang, kekacang, minyak zaitun, Avokado, brokoli dan sayuran hijau.

Zink

Sumber zink ada didalam daging, kacang badam, kacang brazil dan bijian gandum.

Asid Omega-3

Terdapat dalam Ikan salmon, Ikan sardin (bukan yg dlm tin tu ya), minyak bijian fleks, kacang walnut, bijian bunga matahari (kuaci) dan kacang badam.

Air

Pengambilan air yang cukup mampu membantu menyingkirkan toksin berlebihan dalam badan yang merupakan salah satu punca kulit kusam dan bermasalah. Air juga penting untuk menghalang process penuaan kulit yang terlalu awal.

Selenium

Makanan yang mengandungi selenium adalah bijian gandum, ikan tuna, salmon, Bawang putih, kacang brazil, telur dan beras perang.

Rasanya kita tidak akan termampu untuk mendapatkan 6 Nutrisi ini dari sumber2 makanan kita setiap hari. Mampukah kita untuk makan lobak merah dan Ikan salmon atau Ikan tuna setiap hari? Tapi tidak perlu risau kerana Shaklee telah menghasilkan supplemen dari sumber makanan SEMULADI ini untuk kita diantaranya..


✔️ Vita-E Complex



Vitamin E Complex



✔️ Sustained Release Vita-C Plus


Vitamin C Shaklee mampu atasi Jerawat



✔️ ESP Soy Protein Isolate Powder

ESP Shaklee kaya dengan Protein


Pelbagai cara dan produk telah anda cuba, tetapi jerawat masih juga suka menempek kat muka anda.. Mengapa tidak anda mencuba produk Shaklee? Jika telah ramai yang berjaya mengatasi masalah jerawat dengan produk kecantikan Shaklee, mengapa anda tidak?




Sekiranya anda sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

25 January 2015

PRESEPSI CANTIK WANITA BERHIJAB | DEFINISI CANTIK BAGI WANITA BERHIJAB

Bagaimana presepsi anda tentang kecantikan seorang wanita berhijab? Apakah  yang wajar dikenakan? Bagaimana pula ia perlu berkelakuan? Sederhana pastinya menjadi kata kuncinya.. Beberapa pendapat umum dari kaum lelaki dan wanita itu sendiri tentang definisi cantik wanita berhijab.

Presepsi Cantik Wanita Berhijab

Tidak Perlu Terikut-Ikut "Trend" 

Cantik yang sepatutnya bagi wanita berhijab ialah mereka tidak perlu tampil dengan solekan yang tebal ataupun terlalu mengikut arus perkembangan fesyen. Sebaiknya wanita itu biarlah cantik budi pekerti, pandai menjaga diri dan yang paling penting melakukan apa yang disuruh Allah.

Trend ikut-ikutan wanita berhijab
"Trend" Wanita Berhijab yang sering menjadi ikut-ikutan


Bersederhanalah Kerana Itu Yang Paling Cantik

Wanita berhijab perlu sederhana dalam setiap tingkah lakunya terutama ketika bersosial. Mereka perlu mengelakkan diri daripada difitnah. Tidak ada salahnya wanita berhijab untuk berfesyen tetapi biarlah bertempat, tidak keterlaluan dan menjolok mata orang yang memandang. Jika mahu bersoleh sekalipun, pastikan ia tidak perlu tebal berinci-inci. Cukuplah sekadar membuatkan diri yakin berdepan dengan orang lain

Kesalahan Wanita Berhijab


Bukan Di Wajah Semata-mata

Kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah semata-mata tetapi ia perlu juga dihiasi dengan akhlak. Sesunggugnya, kecantikan pasti akan hilang seiriing dengan bertambahnya usia. Namun kecantikan hati dan akhlaknya yang akan bersinar terpancar diwajah. Cantik tutur kata, sopan budi bahasa, indahnya seorang wanita ciptaanNya. Tiada guna mempunyai wajah yang secantik bidadari tetapi dibenci. Percantikkanlah akhlak agar dicintai dan dirinsui semua

Wanita Berhijab Tetap Boleh Tampil Cantik

Berhijab atau berudung bukan alasan wanita tidak boleh berfesyen dan bergaya. Walaupun bertudung, wajah seharusnya ditambah dengan sedikit solekan yang menarik. Fesyen dan penampilan juga amat penting, lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerjaya. Namun, biarlah ianya bersesuaian dengan diri seseorang wanita itu juga. Gabungan cantik, jelita, anggun juga bergaya mestilah selari dengan tingkah laku. Dari wajah yang tenang dan hati yang bersih akan lahirlah wajah yang ayu.


Ikhlaskan hati dalam berhijab

Sebagai seorang wanita muslim, saya sedar banyak kekurangan dalam melaksanakan perintahnya.. InsyaAllah, dengan mengikhlaskan hati kita dalam setiap apa yang kita lakukan, pasti akan beroleh kebaikan dariNya.. Wanita yang cantik itu adalah wanita yang cantik dimata penciptaNya..


With Love, 
MamaMia

NAELOFOR HIJAB KINI MENJADI PILIHAN IBUKU | INSTANT SHAWL JIMATKAN MASA

Kini tidak kira peringkat umur, Naelofar Hijab menjadi kegemaran ramai, termasuk la ibu saya.. Bila melihat saya mengenakan Naelofar Hijab sebelum ini, dia selalu memuji.. Bukan memuji saya tau, tetapi memuji tudung Nealofar yang cantik tu.. Akhirnya, sebagai seorang anak, saya memahami maksud pujian ibu saya..

Naelofar Hijab Pilihan Ibu Ku


Lihatlah wajah-wajah ibu saya ketika mengenakan Nealofar Hijab yang saya hadiahkan

Ibu Saya mengenakan Chic & Basic Naelofar


Classic and Basic Naelofor Hijab

Maroon Colour Chic & Basic Naelofar
Walaupun Nealofar hijab ini tidak lah semahal pengorbanan ibu terhadap saya selama ini.. Tetapi melihat senyuman dibibirnya sudah cukup mengambarkan kebahagiannya..



Bila Cucu pulak bergaya kat Naelofar Hijab 1Borneo 

Tak dapat Nealofar Hijab, bergambar depannya pun jadilah
Bila Naelofor Hijab belum ada koleksi untuk kanak-kanak, anak saya jadi model di hadapan booth Nealofar Hijab 1 Borneo pun jadilah.. yang penting happy!

Me with my peberet Naelofar Chic & Basic 


Ramai pulak yang ingat saya ini stokis atau pengedar Naelofar hijab, siap ada yang whatsApp nak order.. Saya ni cuma pengemar Naelofar Hijab.. Kalau nak dapatkan Naelofar Hijab kat area Kota Kinbalu boleh cari kedai POSH CLOZET ni kat 1 Borneo.. semua ada kat situ.

Kedai yang jual Naelofar Hijab Kat Kota Kinabalu


Saya adalah pengedar Shaklee bukannya pengedar Naelofor Hijab ya.. hihihi... so sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com.


With Love, 
MamaMia

Pengedar Shaklee Sabah | TESTIMONI BERJAYA SEORANG LELAKI ATASI MASALAH PERUT BUNCIT

Sabagai manusia, kita tidak boleh berhenti berusaha dan berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.. Sama seperti seorang isteri yang bergitu menyayangi suami nya yang mengalami masalah perut buncit..

Suami Perut Buncit


Tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun... Tidak perlu membuat pembedahan pembuangan lemak!.. Hanya dengan pengambilan Omega Guard secara konsisten selama 3 bulan dan amalan bersenam, perut buncit suami nya telah tiada...




Syukur kepada Nya, kita hanya berusaha.. Selebihnya kita memohon dan berserah pada Nya.. InsyaAllah! usaha yang tidak perah putus pasti akan membuahkan hasil yang positif.. Jika anda ingin membantu suami, tunang, kekasih atau saudara lelaki yang mengalami perut buncit, tidak salah mencuba Omega Guard Shaklee ini.. 



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

KENAPA LELAKI BUNCIT | ELAK PERUT BOROI SEMUDAH 1,2,3

Lelaki Buncit? Kenapa Lelaki Buncit? Persoalan ini sering bermain di minda bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga kaum wanita.. Suami.. Tunang.. Kekasih.. memiliki perut buncit? Jangan salahkan wanita jika mereka terlebih dulu melihat perut anda kemudian baru melihat wajah anda.. Muka emsem, macho TETAPI.... Perutttt.. OMG! 

Kenapa Lelaki Buncit
Kenapa Lelaki Buncit


Jika saya sebagai wanita mempunyai 'aset' untuk dijaga, anda juga sebagai lelaki tidak terlepas. Jangan ambil mudah apabila perut mula naik kerana ada kajian perubatan mendapati, jumlah lemak pada perut boleh menyumbang kepada beberapa penyakit. Uhhhh! Menakutkan... So, daripada kita dok sibuk mengata kenapa lelaki buncit atau perut buncit ni.. Meh saya kongsikan sedikit info Kenapa Lelaku Buncit.

Punca Kenapa Lelaki Buncit 


  • Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.
  • Namum begitu, ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.
  • Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.




Tabiat Pemakanan Yang Salah Menyebabkan Kenapa Lelaki Buncit


  • Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.
  • Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak.




Pengambilan Ubat-Ubatan yang Salah dan Kurang Bersenam Juga Penyebab Kenapa Lelaki Buncit


  • Kaedah liposuction, pil diet dan diet melampau perlu dielakkan. Meskipun kadang-kadang ia memberi kesan tetapi ia untuk kesan sementara saja malah memberi kesan sampingan. 
  • Sanggupkah anda melakukan liposuction atau sedut lemak yang boleh mendatangkan kecederaan dalaman? Manakala pil diet pula memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Kami tahu ada sesetengah berpersepsi boroi itu seksi! Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks. 

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Perut Buncit juga merupakan punca penyakit

Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

  1. Kawal pemakanan
  2. Rajin bersenam 
  3. Banyakkan makanan organik


Elak Boroi
Jejaka Six Pack Indaman wanita


Mungkin kita tak tau yang Nickname boroi tak sedap. Tukarkan kepada jejaka six pack! Bagi saya..apapun yang dikatakan....sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal cara pemakanan kita. Apa yang sering saya amalkan contohnya...
  • Jangan makan dengan banyak..kecuali kalau kita lapar sangat
  • Saya memang minum minuman berais tapi kurang la, saya lebih suka minum dengan air panas/suam
  • Jangan mandi selepas makan
  • Jangan tidur selepas makan dan jangan makan selepas bangun tidur ~ Saya jarang makan malam...tapi kkdg2 tu makan la kalau lapar sgt lagi2 klu mak saya masak sedap2.. hahaha.. Bagi saya makan malam ni penyumbang utama kepada perut buncit. Lebih baik makan waktu petang dan jangan makan selepas pukul 7...
  • Saya amalkan makan pagi yang ringgan, kalau tidak, confirm time unch yang berat.. dan bila lapar makan la biskut/roti/buah waktu petang...
  • Jangan minum air banyak pada waktu malam.

Dan yang paling utama...JANGAN sesekali biarkan perut kita kosong...tak mau nanti penyakit yang tak diundang plak yang datang...Senaman pun penting, berjalan kaki dari rumah ke kedai pun kira senaman jugak apa.. Mengemas rumah atau apa sajalah activiti yang boleh mengeluarkan peluh...

Selain itu, amalkan pengambilan suplement yang terhasil daripada sumber semulajadi.. Bukan bermakna kita kena bergantung sepenuhnya pada suplemen, TETAPI sekurang-kurangnya kita mengamalkan pengambilan suplemen untuk kesihatan kita juga.. tak gitu? 

Pengedar Shaklee Sabah
Set Buang Lemak TERLARIS


Pengedar Shaklee Sabah
Salah Satu Set TERBAIK hapuskan LEMAK

Siapa kata MAHAL? Semua mampu milik yang mengikut budget kita jer pun.. Tapi kalau nak lagi murah senang je, join & register jadi member Shaklee.. Confirm dapat harga MURAH.. 



Sekiranya anda ingin mengurangkan  perut buncit anda? Ingin kelihatan macho macam Aaron Aziz? Berbadan sasa seperti Ady Putra? Tetapi terlalu sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti harian anda, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. InsyaAllah saya akan membantu anda membongkarkan rahsia mengurangkan perut buncit dan boroi itu.


With Love, 
MamaMia

23 January 2015

KENALI ALFALFA COMPLEX | KETAHUI 20 MANFAAT ALFALFA KEPADA KESIHATAN KITA

Alfalfa merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation. Alfalfa atau dalam bahasa saintifiknya Medicago sativa adalah sejenis tanaman yang dimanfaatkan sebagai makanan untuk ternakan. 


Kenali dan Ketahui Manfaat Alfalfa Complex
Alfalfa Complex

Dikenali sebagai Alfalfa dibenua Amerika, ia juga dikenali sebagai lucerne di UK, Australia, Afrika Selatan dan New Zealand. Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? 

Apa itu Alfalfa?


Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Manfaat Alfalfa
Alfalfa juga dikenali sebagai King Of All Foods

Alfalfa adalah sejenis tanaman herba tahunan yang memiliki beberapa ciri, iaitu berakar tunjang, batang menyelusur tegak dari dasar kayu dan tingginya antara 30-120 cm, serta daun tersusun tiga. Tangkai daun berbulu dan berukuran 5-30 mm. Kedalaman akar alfalfa dapat mencapai 2-4 meter. Tumbuhan ini mampu hidup hingga 30 tahun, bergantung kepada persekitaran. 

Alfalfa juga memiliki bintil (nodul) akar yang mengandung bakteriaRhizobium meliloti yang dapat menambat atau mengikat nitrogen dari atmosfera untuk keperluan tumbuhan. Mengandungi protin dan fiber yang tinggi menyebabkan ia sesuai digunakan bagi lembu tenusu.


Kebaikkan Memakan Alfalfa


1. Kaya dengan vitamin dan mineral
  • Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
  • Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. 
  • Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.


2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan


1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Bagi anda yang mengalami masalah seperti tersenarai diatas, mengapa tidak mencuba Alfalfa? Mahallll? Oh Semestinya Alfalfa adalah produk Shaklee yang mampu milik yang di datangkan dalam dua jenis saiz botol iaitu 330 tablet dan 700 tablet.. Sempena bulan promosi, pastinya harga lebih menjimatkan menanti anda.

 Alfalfa Complex


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

18 January 2015

PETUA PALING PELIK UNTUK SENTIASA CANTIK DAN AWET MUDA | OH TIDAK... AWET MUDA DENGAN BILASAN DARAH HAID

Pada zaman yang serba moden ini tidak ramai lagi yang mengamalkan petua-petua tradisional turun temurun nenek moyang kita. Tidak seperti saya yang masih mengamalkan beberapa petua tradisional, apatah lagi nenek saya masih hidup dan tinggal bersama kami sekeluarga.. So, bermacam-macam petua dan patang larang pelik yang kadang-kadang tak masuk akal dibuatnya, tapi kerana sayang dan menjaga hati nenek, saya turutkan saja.. 

Petua Paling Pelik Untuk Sentiasa Cantik & Awet Muda


Mengamalkan Selawat keatas Nabi Setiap Kali Membasuh Muka

Petua pelik ini bukan saja diamalkan oleh wanita, malah juga boleh diamalkan oleh lelaki. Setiap kali kita membasuh muka, berselawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Tidak kira berapa kali kita membasuh muka sehari.. InsyaAllah, muka kita akan kelihatan berseri-seri dan nampak cantik walaupun tanpa make-up yang tebal. 

Menggunakan Seluar Dalam Sendiri Untuk Mengosok Badan Ketika Mandi

Petua yang agak pelik bukan.. Menggunakan seluar dalam mengosok badan ketika mandi?? Bagaimana... Mungkin ada yang seluar dalam buang masuk mesin basuh je bila nak mandi.. Sejak kecil kami diajar untuk membasuh seluar dalam sendiri ketika hendak mandi.. So, bila time mandi yang time kita nak bersabun-sabun mandi ni, kita just guna seluar dalam untuk mengosok seluruh badan kita.. just like that.. Alah! yang macam tuala kecil yang kita gunakan menghilangkan daki kat badan ketika mandi tu.. Nenek saya cakap, amalan ini adalah untuk membuatkan kulit kita sentiasa cantik & bersih.. Memanglah bersih, dah badan kita sental dengan kain seluar dalam.. Bersih ooo..

Membasuh Muka dan Seluruh Badan dengan Air Bilasan Terakhir Ketika Haid 

Petua ini memang paling pelik sedunia.. Geli weiii darah haid tu... eaaauuuuww... Siapa kata kita kena membasuh muka dengan darah haid, kotorlah.. Sebagai seorang wanita muslim, setiap kali saya haid, saya tidak akan membuang pad begitu saja.. Saya akan membasuh dan membersihkan darah-darah haid tersebuat terlebuh dahulu sebelum membuang pad yang telah digunakan.. Kalau kita buang begitu saja tanpa membersihkan nya, kan itu lagi pengotor, darah haid sendiri pun geli ke?.. Bila kita membasuh darah-darah haid kat pad ketika mandi, basuh bersih-bersih kalau boleh pakai sabun mandi sehingga bilasan airnya jernih.. Ha'aaa air bilasan terakhir itulah yang kita guna sapu kat muka dan seluruh badan.. Nenek saya cakap petua pelik inilah yang membuatkannya awet muda dan cantik..  


Ini adalah petua paling pelik yang nenek saya amalkan untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik.. Malah kini, mak dan saya juga mengamalkan petua ini.. Mungkin ramai yang tidak percaya.. Tapi buktinya nenek saya memiliki kulit yang cantik putih gebus berbanding saya.. hahahaha.. Maklumlah saya ni on off je amalkan.. 

But its really works! Itu pun kalau kita amalkan secara konsisten.. Tapi kalau rasa ragu-ragu tu jangan buat.. apa saja yang kita lakukan tanpa ada rasa yakin pasti tidak akan berhasil.. Sekarang ni, bila saya satukan kan petua tradisional yang pelik ni dan cara moden.. Perggghhhh! Memang osemmmm... Buktinya, saya dah umur 30++ , but as you can see.. no botox! no plastic surgery! no injection! all natural..

Ingin mengetahui petua moden & produk-produk kecantikan yang saya gunakan? Ingin sentiasa kelihatan awet muda dan cantik... bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya akan cuba berkongsi dan memberikan anda tip terbaik..


With Love, 
MamaMia

ILMU TANPA SEMPADAN | JEJAK OSF KOTA KINABALU JANUARI 2015

Baru semalam selesai majlis ilmu... Majlis ilmu yang anjurkan oleh OSFians di Kota Kinabalu.. Walaupun dah tua-tua ni, ilmu harus di tuntut selagi nyawa dikandung badan.. Ilmu ada di mana-mana.. Ilmu tanpa sempadan hanya di Jejak OSF Kota Kinabalu. 


Jejak Osf Kota Kinabalu 2015
Ilmu Tanpa Sempadan Hanya di Shaklee

Jejak OSF Kota Kinabalu Januari 2015
Ini dia sebahagian daripada leader-leader hebat OSF Group di Kota Kinabalu.. Ada yang sarat mengandung, ada yang baru habis berpantang bersalin.. Itu semua tidak menghalang dari mereka menuntut ilmu..


Bakal leader hebat sedang beraksi



Ilmu tanpa sempadan
Yeah! Graduate dah ye..

My biz partner, My friend... Walaupun tengah sarat mengandung dah hanya menunggu hari untuk melahirkan masih meluangkan masa menghadiri majlis ilmu ini.. Am proud of you my dear.. Mudah-mudahan selamat melahirkan nanti.. Betul-betul Hebat!

Tunggu hari bersalin pun datang tau... My great partner

Akhirnya saya mendapat FREE Collagen Powder hanya dengan memberikan sedikit sharing.. First time tau bercakap depan orang ramai, walaupun tak ramai mana, tapi berpeluh-peluh jugak la tangan saya... hahahaha... At least am tried it right.. Alhamdulillah dapat Free Gift Collagen, boleh la manja-manjakan diri & awet muda lepas ni..

Saya dapat FREE Collagen Powder
Coming Jejak OSF... ada lagi tau Februari, Master Azrin nak saya pulak jadi speaker... Alahaiiiii beku la saya di buatnya... "Macam pandai tak malu ke?" my inner Mean Girl.. "pasal tak pandailah nak kena cuba belajar, sampai bila nak pandai kalau malu je" my inner Wisdom Girl.. Yes! I can do it.. Tunggu Februari...

So, sekiranya anda nak join majlis ilmu yang akan datang, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Macam-macam ada... Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah.


With Love, 
MamaMia

TIP PUJUK ANAK KE SEKOLAH YANG RAMAI IBUBAPA TIDAK TAHU

Persekolahan baru seminggu berlalu, tentu ramai ibubapa yang anak baru masuk ke tadika dan juga ke darjah satu.. Ada ibubapa yang terpaksa mememani anak setiap hari sepanjang minngu di sekolah.. Mana tidaknya kena tinggal kejap dah huru hara, jeritan menggalahkan kosert K-pop dalam kelas. Sebagai seorang ibu, Alhamdulillah saya sangat bersyukur sejak dari tadika hinggalah masuk ke darjah satu anak saya tidak pernah menanggis apatah lagi terkena histeria bilamana saya tidak menemaninya di sekolah.

Anak Saya yang Rajin Ke Sekolah


Lagi yang membuatkan saya berasa sangat bertuah, anak saya sendiri yang menyuruh saya untuk pulang dan hanya kembali ke sekolah mengambilnya apabila sesi persekolahanya pada hari itu selesai.. Anak saya cukup bersemangat setiap pagi untuk ke sekolah hinggalah ke hari ini, anak saya dah masuk ke tahun tiga.. sepertinya tiada istilah malas..  Jika anak saya boleh dan suka ke sekolah, rasa-rasanya tidak mustahil anak-anak anda yang lain juga boleh.. 

Inilah yang sering membuatkan ramai ibubapa menjadi risau bila anak-anak dah mula melangkah ke sekolah.. Ketahui beberapa tip pujuk anak ke sekolah yang saya amalkan dan ramai ibu bapa tidak tahu.

Memberikan Pujian

Oleh kerana anak kita pertama kali ke sekolah, setiap kali menghantar dan mengambilnya di sekolah, sebagi ibubapa, kita berikanlah kata-kata pujian. Contohnya "adik ni ensem/cantiknya pakai baju sekolah" secara tidak langsung anak kita akan suka ke sekolah.. mana tidaknya, hati mereka dah berbunga-bunga kerana dikatakan handsome atau cantik dengan seragam sekolah.. Bonusnya pulak, anak kita seboleh-bolehnya tidak akan mengotorkan baju seragam yang dipakainya di sekolah, maklumlah nanti tak hansome or cantik bila baju dah kotor.. 

Memberikan Ganjaran

Memberikan ganjaran kepada anak-anak tidak salah, kerana ini akan lebih memberikan mereka semangat untuk ke sekolah dan juga belajar. Contohnya setiap bulan saya akan membawa anak saya menonton wayang atau makan ice cream atau berjalan-jalan hanya jika attendance nya ke sekolah penuh.. Dek kerana nak makan Icecream atau jalan-jalan untuk tengok wayang, anak saya jadi rajin ke sekolah. Mungkin ibubapa yang lain boleh memberikan ganjaran lain juga.

Menyediakan Makanan dan Minuman Yang Berwarna Warni

Menyediakan Makanan yang berwarna warni ni bukan bermakna kita bagi kat anak kita makanan bercampur warna.. hahaha.. kita hanya perlu sediakan bekalan makanan yang menarik untuk mereka ke sekolah, kita hiaslah cantik-cantik. Manakala minuman mereka, kita berilah rebina ke, sirap ke, oren ke.. kita cuba pelbagaikan setiap hari.. ini secara langsung menarik perhatian mereka untuk ke sekolah.. dapat bawa bekal makanan dan minuman yang sedap.. stay kat umah mana dapat..

Luangkan Masa dan Dengarkan Luahan Hati Anak

Sesibuk mana pun kita, luangkan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam bersama anak-anak sehari.. Tanya apa yang mereka buat di sekolah, apa yang mereka suka di sekolah, apa yang mereka tidak suka.... Tanya saja apa-apa yang berkaitan dengan anak kita dan sekolah mereka.. Pastinya mereka akan suka dan sentiasa bercerita dengan kita.. Setiap hari saya akan bertanya kat anak saya tentang aktiviti sehariannya di sekolah, dan sekarang ni saya dah tak sempat nak tanya coz anak saya sendiri yang akan bercerita dengan saya.. Saya akan mendengar dah berbual seakan berminat sangat dengan ceritanya walaupun cerita anak saya tu dah berulang 10x dah.. hahaha.. 

Memotivasi Dengan Kata-Kata Positif

Kanak-kanak sangat mudah menerima dan mencopy paste apa yang ibu bapa mereka lakukan.. Jadi, sentiasanya menunjukan perilaku yang baik kepada mereka. Bila anak-anak jadi malas ke sekolah, memanglah kita sebagai ibubapa ni marah, tapi janganlah pula kita memaki hamun anak kita... Cubalah bercakap dengan mereka "adik tak nak pergi sekolah, mama tak marah, tapi kalau adik nanti tak pandai, orang gelak kan adik, siapa yang malu?" atau "anak kawan mama dapat hadiah di sekolah, dia rajin.. adik tak nak hadiah juga ke?" atau "mama sayang adik, adik sayang mama tak? klu adik sayang mama, adik mesti rajin ke sekolah".. apa-apa saja kata-kata yang positif, InsyaAllah akan berkesan pujuk anak kita ke sekolah.

Ini adalah antara tip pujuk anak ke sekolah yang saya amalkan yang pastinya ramai ibubapa tidak tahu.. Kalau ada yang tahu pun tapi tak praktik kan tak guna juga apa.. So, bila dah tahu ini, cuba-cubalah amalkan.. Bukan hanya memudahkan kita sebagai ibubapa tetapi untuk masa depan anak-anak kita juga. Semoga kita menjadi ibubapa yang baik, InsyaAllah! 


With Love,
MamaMia


11 January 2015

KALAU SAYA DAPAT 1 JUTA RM | BILA AKU KAYAAAAA...

Bila aku kayaaaaa... Bila aku kayaaaaa... Hari hari hari raya... hahahaha.. teringat pulak lagu Awie Rafael time nak buat entry kali ini.. Mana tidaknya, kalau saya dapat 1 JUTA... bukan jutaan rupiah tau, ringgit malaysia.. Fuyoooohhhh!! Kayooooooo kita.. Angan-angan yang pasti dan InsyaAllah akan menjadi kenyataan.. siapa yang tak nak 1 JUTAAAAA.. 

Kalau Saya Dapat 1 juta

Tipulah kalau ada yang cakap tak nak duit 1 juta.. Saya dah sah-sah dan confirmed nak juga 1 juta.. Kalau saya dapat 1 juta... Kalau saya dapat 1 juta.... Kalau saya dapat 1 juta... Apa yang saya akan buat kalau saya dapat 1 juta??.. Macam-macam saya nak buat ni kalau saya dapat 1 juta.. 

PERTAMA.. Kalau saya dapat 1 juta, saya nak realisasikan impian atau resolusi 2015 saya untuk membina sebuah rumah bagi keselesaaan keluarga saya.. 

Membina Rumah untuk kedua ibubapa saya

Kos pun takde lah banyak sangat dalam lebih kurang RM350,000.00 lengkap dengan perabot semualah... Sekurang-kurangnya saya dapat membuatkan ibubapa saya gembira dan menduduki rumah itu sebelum ajal menjemput.. InsyaAllah!


KEDUA... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan membawa kedua ibubapa dan anak saya termasuk ahli keluarga yang rapat dengan saya menunaikan umrah.. Dengar-dengar kos menunaikan umrah dari travel agen dalam lebih kurang RM6,000.00 ke RM7,000.00 seorang.. 

Menunaikan Umrah bersama keluarga saya
So, kalau saya bawak ibubapa saya, anak saya, nenek saya, adik saya dua orang termasuk diri saya dalam 7 orang lah.. Kos anggaran untuk tujuh orang dalam RM49,000.00.. duit sejuta masih berbaki lagi kan.. hihihi..


KETIGA... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan mendermakan sebanyak RM50,000.00 untuk pembinaan surau / masjid di kawasan penempatan di mana rumah kediaman keluarga saya akan di bina kelak. 
Menderma untuk pembinaan Masjid / Surau
Ini bukan saja memudahkan saya dan keluarga dalam menunaikan ibadah, tetapi juga menyenangkan seluruh masyarakat yang tinggal berhampiran untuk menunaikan ibadah.


KEEMPAT... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan melunaskan semua hutang piutang saya dan juga hutang piutang ibubapa saya.. Pastinya saya akan bebas dari sebarang masalah kewangan. InsyaAllah! ini adalah salah satu resolusi 2015 saya iaitu bebas kewangan.

Bebas Kewangan

KELIMA... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan membuka sebuah butik kesihatan dan kecantikan yang selama ini saya idam-idamkan.. Dalam butik tersebut saya akan sediakan pakaian-pakaian muslimah dan juga hijab-hijab terkini yang saya suka yang pastinya menjadi kegemaran ramai wanita-wanita di luar sana.. 

Membuka butik idaman saya
Of course butik saya akan menjadi tempat saya memperkembangkan lagi biz shaklee saya.. Semua ini akan memudahkan anda semua! 


KEENAM... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan membeli beberapa bidang tanah untuk pelaburan jangka panjang dan masa depan saya sekeluarga.

KETUJUH... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan memastikan anak tunggal perempuan saya mendapat pendidikan di sekolah yang terbaik di Sabah dan juga Malaysia. Saya juga akan menabung sebahagian dari 1 juta itu untuk masa depan anak saya. 

KELAPAN... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan buat kenduri doa selamat dan meraihkan mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim dan juga orang-orang tua yang telah diabaikan oleh anak-anak mereka. 

KESEMBILAN... Kalau saya dapat 1 juta, saya akan melancong dan mengunjungi tempat-tempat menarik di serata dunia terutama nya di negara-negara eropah bersama ibu dan juga anak perempuan tunggal saya. 

Melancong ke negara europe bersama ibu dan anak saya

Itu kalau saya dapat 1 juta... Tapi saya memang berangan nak dapat 1 juta.. semua itu InsyaAllah akan kita kecapi jika kita tidak pernah putus berusaha dan momohon padaNya.. Tentu ada yang mengata saya ni kuat berangan! Ada saya kisah? Ini hanya 9 impian saya kalau saya dapat 1 juta.. 1 juta tu, macam-macam lagi saya boleh buat.. tapi cukup untuk yang 9 ini dulu la.. hihihi.. 


With Love, 
MamaMia