18 January 2015

PETUA PALING PELIK UNTUK SENTIASA CANTIK DAN AWET MUDA | OH TIDAK... AWET MUDA DENGAN BILASAN DARAH HAID

Pada zaman yang serba moden ini tidak ramai lagi yang mengamalkan petua-petua tradisional turun temurun nenek moyang kita. Tidak seperti saya yang masih mengamalkan beberapa petua tradisional, apatah lagi nenek saya masih hidup dan tinggal bersama kami sekeluarga.. So, bermacam-macam petua dan patang larang pelik yang kadang-kadang tak masuk akal dibuatnya, tapi kerana sayang dan menjaga hati nenek, saya turutkan saja.. 

Petua Paling Pelik Untuk Sentiasa Cantik & Awet Muda


Mengamalkan Selawat keatas Nabi Setiap Kali Membasuh Muka

Petua pelik ini bukan saja diamalkan oleh wanita, malah juga boleh diamalkan oleh lelaki. Setiap kali kita membasuh muka, berselawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Tidak kira berapa kali kita membasuh muka sehari.. InsyaAllah, muka kita akan kelihatan berseri-seri dan nampak cantik walaupun tanpa make-up yang tebal. 

Menggunakan Seluar Dalam Sendiri Untuk Mengosok Badan Ketika Mandi

Petua yang agak pelik bukan.. Menggunakan seluar dalam mengosok badan ketika mandi?? Bagaimana... Mungkin ada yang seluar dalam buang masuk mesin basuh je bila nak mandi.. Sejak kecil kami diajar untuk membasuh seluar dalam sendiri ketika hendak mandi.. So, bila time mandi yang time kita nak bersabun-sabun mandi ni, kita just guna seluar dalam untuk mengosok seluruh badan kita.. just like that.. Alah! yang macam tuala kecil yang kita gunakan menghilangkan daki kat badan ketika mandi tu.. Nenek saya cakap, amalan ini adalah untuk membuatkan kulit kita sentiasa cantik & bersih.. Memanglah bersih, dah badan kita sental dengan kain seluar dalam.. Bersih ooo..

Membasuh Muka dan Seluruh Badan dengan Air Bilasan Terakhir Ketika Haid 

Petua ini memang paling pelik sedunia.. Geli weiii darah haid tu... eaaauuuuww... Siapa kata kita kena membasuh muka dengan darah haid, kotorlah.. Sebagai seorang wanita muslim, setiap kali saya haid, saya tidak akan membuang pad begitu saja.. Saya akan membasuh dan membersihkan darah-darah haid tersebuat terlebuh dahulu sebelum membuang pad yang telah digunakan.. Kalau kita buang begitu saja tanpa membersihkan nya, kan itu lagi pengotor, darah haid sendiri pun geli ke?.. Bila kita membasuh darah-darah haid kat pad ketika mandi, basuh bersih-bersih kalau boleh pakai sabun mandi sehingga bilasan airnya jernih.. Ha'aaa air bilasan terakhir itulah yang kita guna sapu kat muka dan seluruh badan.. Nenek saya cakap petua pelik inilah yang membuatkannya awet muda dan cantik..  


Ini adalah petua paling pelik yang nenek saya amalkan untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik.. Malah kini, mak dan saya juga mengamalkan petua ini.. Mungkin ramai yang tidak percaya.. Tapi buktinya nenek saya memiliki kulit yang cantik putih gebus berbanding saya.. hahahaha.. Maklumlah saya ni on off je amalkan.. 

But its really works! Itu pun kalau kita amalkan secara konsisten.. Tapi kalau rasa ragu-ragu tu jangan buat.. apa saja yang kita lakukan tanpa ada rasa yakin pasti tidak akan berhasil.. Sekarang ni, bila saya satukan kan petua tradisional yang pelik ni dan cara moden.. Perggghhhh! Memang osemmmm... Buktinya, saya dah umur 30++ , but as you can see.. no botox! no plastic surgery! no injection! all natural..

Ingin mengetahui petua moden & produk-produk kecantikan yang saya gunakan? Ingin sentiasa kelihatan awet muda dan cantik... bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya akan cuba berkongsi dan memberikan anda tip terbaik..


With Love, 
MamaMia

No comments: