31 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | TESTIMONI OMEGA GUARD BAGI KANAK-KANAK

Testimoni adalah bukti nyata terhadap keberkesanan dan kehebatan produk dalam membantu mengatasi sesuatu permasalahan penyakit yang dialami.. Begitu juga dengan salah satu produk HEBAT Shaklee ini iaitu Omega Guard.. Kini telah ramai ibu bapa memberikan anak mereka Omega Guard dan hasilnya sangat-sangat positif.

anak minat dan focus belajar
Testimoni anak yang semakin minat dan focus belajar

kanak-kanak sembelit, asma dan demam
Testimoni anak yang mengidap asma, sering demam dan sembelit

Kanak-kanak semakin minat belajar
Testimoni kanak-kanak yang semakin minat belajar

Anak selesma dan batuk berkahak
Testimoni anak yang sering selesma dan berkahak

Sebagai ibu bapa, kita selalunya menginginkan yang terbaik untuk kesihatan dan perkembangan minda anak kita. Pilihan kita adalah penentu akan kesihatan dan masa depan mereka.. Saya memilih Omega Guard Shaklee untuk anak perempuan tunggal saya, hanya sebiji kapsul sehari cukup


With Love, 
MamaMia

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | 5 TIP MENDIDIK ANAK MENJADI SOPAN

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya menginginkan anak kita menjadi seorang yang baik, berbudi bahasa dan bersopan santun. Ramai diantara kita berusaha membentuk agar anak kita menjadi anak yang sopan, namun kita tidak sedar sebagai ibubapa kita seharusnya menunjukan caranya bermula dari rumah lagi.

5 tip mendidik anak mejadi sopan
Ibubapa berperanan penting dalam mendidik anak menjadi lebih baik dan bersopan-santun

Kebelakangan ini ada dikalangan anak kecil yang sudah pandai berkata kasar kepada orang yang lebih tua. Kata-kata seperti "maaf", "tolong" dan "terima kasih" seperti sukar diluahkan dari mulut mereka. Mengapa? Tahukah kita anak kecil selalunya akan mencontohi sikap ibubapa nya, maka sebgai ibubapa kita seharunya memberikan contoh terbaik kepada anak kita. 

Menurut pakar etika ternama dari Amerika Syarikat, kesopanan adalah salah satu elemen kejayaan seseorang. Anak yang bersopan santun akan lebih mudah bersosial dan mengadaptasi dirinya dengan masyarakat. Jadi, bagaimana untuk mendidik buah hati kita agar lebih menghargai tatasusila? Ikuti panduan berikut:-

1. Cinta dan Penghargaan
  • Pelajaran sopan santun boleh dimulai semenjak anak lahir. Ia adalah kesedaran terhadap apa yang dirasakan oleh orang lain. Bagi memiliki kesedaran tersebut, seseorang perlu memiliki sensitiviti yang boleh dibentuk sejak kecil.
  • Caranya adalah dengan menciptakan suasana penuh cinta dan penghargaan semenjak si manja kecil lagi. Jika sudah terbiasa dicintai dan dihargai, kemungkinan anak akan lebih mudah melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Berilah pujian setiap kali anak melakukan tingkah laku yang baik.


2. Ajarkan Perkataan Ajaib
  • Ibu bapa disarankan memperkenalkan kata-kata ajaib yang boleh digunakan sehari-hari. Didik anak menyebut "maaf" jika menyinggung orang lain, "tolong" ketika meminta sesuatu dan "terima kasih" ketika mendapatkan sesuatu dari orang lain. Walaupun awalnya anak belum begitu memahami makna disebalik penggunaan kata-kata tersebut tetapi pemahamannya akan meningkatt seiriang pertambahan usia dan pengalamannya.


3. Berkelakuan Sopan
  • Menyapa dan memberi salam merupakan adab kesopanan yang perlu dikuasai anak-anak. Keterampilan asas ini penting dikuasai untuk menyokong kemampuannya bersosial kelak. Selain cara menyapa yang dilakukan secara langsung, ajar pula si kecil cara menyapa orang lain melalui telefon. Menginjak usia empat tahun, kemungkinan anak akan mulai tertarik dengan tugasnya sebagai penjawab telefon.


4. Kenalkan Amalan Beratur
  • Budaya beratur perlu diketahui anak sejak dia mulai berinteraksi dengan orang lain. Dalam mempraktikkan budaya ini ajar anak menyusun permainannya. Ajak si kecil menemani anda beratur ketika membeli barangan, tiket dan lain-lain. Jika sudah terbiasa melihat kita melakukannya, akan lebih mudah baginya untuk menerapkan sendiri budaya ini di kemudian hari.


5. Belajar Berkongsi
  • Tanamkan dalam minda anak kita bahawa berkongsi adalah kewajipan yang harus diamalkan. Berkongsi disini adalah bagi menerapkan nilai pemurah dan tidak kedekut dalam segala hal. Tegurlah anak jika mereka bertindak keterlaluan dan jelaskan kepadanya kesan tindakan yang dilakukannya kelak. 


Mudah-mudahan perkongsian tip ini mampu membantu ibu bapa diluar sana mendidik anak supaya menjadi lebih sopan dan berakhlak baik. 


With Love,
MamaMia

30 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | MANFAAT IKAN UNTUK PERTUMBUHAN SEL OTAK KANAK-KANAK

Ikan adalah sejenis haiwan atau binatang buruan laut yang halal dan merupakan salah satu sumber makanan yang mempunyai banyak manfaat untuk kita manusia (untuk dinikmati kelazatannya). 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Ia (air laut) airnya suci lagi menyucikan, bangkainya (ikan dan seumpanya) adalah halal dimakan" (Riwayat Abu Daud no.83)

Manfaat Ikan Untuk Pertumbuhan Sel Otak Kanak-Kanak
Diantara Ikan yang mengandungi Omega-3

Khasiat yang terkandung dalam Ikan adalah menyihatkan badan kerana  ia merupakan salah satu sumber bahan makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrisi. Ikan mengandungi Omega-3 yang mana Omega-3 ini dapat membantu mengatasi beban penderita penyakit asma, penyakit kulit, komplikasi diabetes dan juga kanser payudara.

Bahkan, pertumbuhan sel otak manusia sangat bengantung pada kadar Omega-3 yang diambil sejak bayi berada di dalam kandungan ibunya sehinggalah lahir dan usianya lima tahun. Sehingga waktu itu, pengambilan Omega-3 yang mencukupi akan membantu kanak-kanak membesar dengan potensi kecedasan maksimun.

Justeru, ibu-ibu hamil perlu mengambil ikan sebagai sumber makanan dalam jumlah yang cukup sehinggaa bayinya lahir. Setelah bayi lahir dan mampu makan bubur nasi, perkenalkan ikan dalam setiap hidangan makanannya sehingga usianya meningkat.

Secara umumnya kita ketahui bahawa di dalam minyak ikan ada asid lemak tidak tepu Omega-3 terutama yang disebut eikosapentaenoat (EPA) dan dokosaheksaenoat (DHA) yang mampu membantu dalam perkembangan dan pertubuhan sel otak. Secara tidak langsung memberikan kecerdasan otak kepada kanak-kanak. 

Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak yang suka makan ikan jarang mendapat penyakit asma kerana kandungan Omega-3. Dengan itu, kita seharusnya mengalakkan anak-anak kita mengambil Ikan sebagai makanan utama berbanding yang lain bagi perkembangan sel otak mereka.

Namun begitu, mampukah kita menyediakan makanan seperti ikan kerisi atau pun salmon yang mengandungi asid lemak Omega-3 kepada anak kita setiap hari? Mungkin ada diantara ibubapa yang mampu, tetapi adakah anak-anak kita tidak jemu dengan makanan yang sama dihidangkan untuk mereka setiap hari? 


Bagaimana Shaklee Membantu dalam Menyediakan Makanan Tambahan yang Kaya dengan Omega-3

Kini kebanyakkan pengusaha kilang menggunakan penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang bakal membahayakan kesihatan kita.

Minyak Ikan Terbaik Dunia
Omega Guard Shaklee 

Shaklee nyata berbeza kerana ianya menggunakan kaedah untratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard yang penuh dengan 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Ini membuatkan Omega Guard Shaklee mengandungi Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.

Kecerdasan Otak Kanak-kanak
Keratan Akhbar Tentang Minyak Ikan dalam membantu kecerdasan Kanak-kanak

Hanya dengan memberikan anak kita satu softgel kapsul Omega Guard setiap hari mampu meningkatkan pertumbuhan sel otak dan juga kecerdasan minda mereka. Malah, ianya juga mampu membantu meningkatkan sistem imum kanak-kanak sepaya mereka sentiasa sihat dan cergas serta bebas melakukan aktiviti riadah disekolah mahupun dirumah.


With Love, 
MamaMia

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | PUNCA ANAK TIDAK FOCUS BELAJAR

Perkembangan minda anak-anak pada waktu usianya pra-persekolahan berkembang dengan amat pesat. Pada saat ini perkembangan mereka harus dijaga dengan baik daripada sebarang gangguan yang merencatkan perjalanannya. Gangguan yang kerap diterima akan memberi kesan kepada dirinya kelak.

cara membuat anak focus pada pembelajaran mereka
Ketahui punca mengaoa anak tidak focus dalam pembelajaran mereka

Sebagai ibubapa kita sering berhadapan dengan perubahan tingkah laku anak-anak dimana sewaktu kecil amat rajin dan gemar mengetahui sesuatu dengan mendalam sehingga mengajukan pelbagai jenis soalan. Namun, setelah masuk ke alam persekolahan, tingkah laku positif terhadap pembelajaran ini seakan pudar dan tidak lagi menjadi kegemaran anak-anak. Mengapa berlaku hal sedemikian?

Berbalik kepada usia "crucial" perkembangan kanak-kanak, di sinilah detik perubahan minat kepada pembelajaran boleh berubah. Anak-anak tidak berubah dengan sendirinya setetlah usia mereka dewasa tanpa ransangan dan "feedback" yang kerap diterima daripada persekitaran. Ini kerana segala ransangan dan "feedback" ini akan di simpan di dalam minda bawah sedarnya kemudian di simpan sebagai pangakalab data yang akan diaktifkan apabila stimulasi-stimulasi yang sama diterima.

So, apa yang di tunjukkan oleh kanak-kanak adalah respons yang diterima sewaktu usianya masih dua hingga tujuh tahun. Segala memori dan data kesan daripada maklumat yang diterima daripada persekitaran ini akan di bongkar kembali kerana data-data ini sudah pun di program didalam minda bawah sedarnya dan menjadi rujukan kepada setiap langkahnya sehingga pangkalan data tersebut diubah semula. Wah! macam program data komputer pulak ye.

Ini bermakna perubahan minat anak terhadap pembelajaran, kehilangan focus ada kaitannya dengan stimulasi yang diterimanya sewaktu usia dua hingga tujuh tahun. Cuba kita imbau semua sifat dan fitrah anak-anak sewaktu pada usia ini terhadap pembelajaran. Kita mungkin tidak dapat melihatnya secara langsung minatnya terhadap buku, kerana kanak-kanak sewaktu dia sedang bermain. Sebaliknya, secara pandagan mata kasar kita sebagai ibu bapa merasakan mereka ini suka bermain sehingga mungkin kita memarahi anak kita.

Hakikatnya mereka sedang menghadapi proses pembelajaran pada waktu ini. Pelbagai jenis kemahiran langsung dipelajari, imaginasinya berkembang dan sel-sel otaknya juga sedang menerima rangsangan untuk berhubung antara satu sama lain. Jadi adakah aktiviti bermain ini suatu yang tidak baik untuk anak? Jika ada presepsi begitu, maka haruslah segera di ubah.

Sifat semulajadi anak-anak pada usia ini profesion tetapnya ialah bermain. jadi, jika kita sekat fitrahnya itu dengan memberikan aktiviti-aktiviti yang pasif seperti menonton televisyen atau bermain game sahaja, maka keadaan ini mungkin mengganggu perkembangan mindanya. Jadi ianya perlulah diseimbangkan.

Jika dia sedang asyik bermain sesuatu permainan, biarkan saja dia berbuat demikian. Seeloknya jangan diganggu dengan herdikan atau arahan untuk berhenti bermain. Ini kerana sewaktu ini dia sedang focus  terhadap pembelajaran  melalui aktiviti bermain. Focus ini kelak yang akan digunakan sewaktu dia menhadapi pembelajaran yang lebih serius. Jika focus itu di ganggu, lama-kelamaan anak akan menjadi hilang minat untuk belajar dan sukar focus terhadap pembelajarannya yang lebih serius kelak.

Apa yang perlu ibubapa lakukan adalah menyediakan tempat bermain yang selamat dan jika berkesempatan libatkanlah diri kita dalam permainan tersebut. Pada waktu ini juga dia gemar mengajukan soalan kerana mindanya sedang giat berkembang. Maka berilah ruang berbuat demikian. Usah rencatkan dan sempitkan ruang tersebut dengan memberikan alternatif pasif seperti gajet. 

Ketahuilah bahawa tahap perkembangan ini hanya sekali sahaja dilalui sepanjang kehidupannya, maka benarkan dia melaluinya dengan gembira sekaligus meransang perkembangan mindanya.


Bagaimana Shaklee Membantu Dalam Perkembangan Minda dan Otak Kanak-Kanak?

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA iaitu nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting di amalkan oleh ibu mengandung terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. Ibu yang baru melahirkan yang mengamalkan pengambilan Omega Guard juga mampu membantu perkembangan otak bayi kerana susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi yang mampu membantu perkembangan otak bayi dan perkembangan memori.

Omega Guard membantu dalam perkembangan otak anak-anak
Omega Guard Shaklee membantu perkembangan otak anak-anak

Manakala pengambilan Omega Guard yang mengandungi DHA yang tinggi dikalangan kanak-kanak juga mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran disamping memelihara penglihatan dan pendengaran. Satu hindangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega3 EPA dan HDA.

semakin minat belajar dan focus belajar dengan Omega Guard
Testimoni kanak-kanak yang semakin minat dan focus dalam pembelajaran sejak mengamalkan pengambilan Omega Guard secara konsisten

Tidak salah jika saya mengatakan bahawa Omega Guard mampu membantu anak-anak kita untuk lebih focus dalam pembelajaran disamping memberikan tahap kesihatan yang optimum.


With Love,
MamaMia

29 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | BAHAYA GAJET TERHADAP ANAK-ANAK

Di zaman yang serba moden ni, rasa-rasanya tiada lagi kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan gajet seperti handphone, komputer, ipad, ipod dan macam-macam lagi lah.. Mana tidaknya, bila anak kita merengek, kita pun hulurlah gajet-gajet ni... niat kita baik nak bagi anak kita tak buta IT, betul tidak? 

Tetapi masalahnya sekarang, kebanyakkan kanak-kanak terlalu leka dan bergantung kepada gajet-gajet ini.. Sampaikan bila masa kita bercakap dengan mereka pun buat endah tak endah, asyik leka memandang gajetnya aje.. Bila kita sorok dan tak bagi mereka gajet tu, confirm ada yang masam muka, mulut mancung je (macam anak sayalah), tak kurang juga yang mengamuk, memberontak kerana ingin mengunakan gajet tersebut.


Bahaya gajet pada anak-anak
Bahaya Gajet terhadap Kanak-Kanak

Memang betul, anak-anak sekarang ni, pemikiran mereka lebih advance daripada kita.. Bila gajet depan mana, tangan mereka bergerak sepantas minda.. Masalahnya bila terlalu leka atau dibiarkan, ini akan membuatkan anak-anak tidak focus toward something hands on.. Nak suruh buat kerja sekolah pun lambat.. Tumpuan tidak lagi pada buku, hanya focus pada screen gajet.


Jika kita perasan, ramai kanak-kanak sekarang baru disekolah rendah sudah rabun.. dah kena pakai spec mata pulak... semua ini berpunca daripada gajet.. Buka itu saja kebergantungan menyelesaikan masalah juga semua letak pada gajet, which block her from being independent and interested untuk lakukan sesuatu yang tangible.


Kesan lain, bila kita biarkan anak-anak kita berterusan dengan penggunaan gajet, mereka akan menjadi susah untuk bergaul dengan kawan-kawan baru... Ini kerana mereka jarang nak communicate dengan orang lain.. so bila cuti sekolah atau kenduri keluarga, bila jumpa saudara ke sepupu kat kampung pun asyik main gajet


KAJIAN PAKAR-PAKAR MENGENAI GAJET TERHADAP ANAK-ANAK


Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. 

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.


Harap-harap info ini dapat membantu kita selaku ibubapa dalam mengurangkan penggunaan gajet kepada anak-anak kita.. Bukan tak boleh guna langsung pun, but control it better than fix it back, right?


With Love,
MamaMia

28 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | KENALI DAN ATASI PENYAKIT ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Masih ramai yang menganggap pengidap asma tidak boleh terbabit dalam kegiatan aktif, bimbang mereka akan ‘semput’. Malah ada ibu bapa yang meminta doktor memberi surat supaya anak mereka dikecualikan daripada program tertentu khususnya jika ia membabitkan banyak aktiviti fizikal.


Awas bahaya penyakit asma
Bila melihat keadaan anak kita seperti pasti menyiksakan, atasi segera

Apa Itu Asma?

  • Asma adalah antara penyakit kronik kanak-kanak yang paling lazim di seluruh dunia sehingga ada pakar perubatan menganggapnya sebagai wabak. Di Amerika Syarikat saja dianggarkan ada 22.2 juta pesakit asma dan 6.5 juta daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun (data 2005). Asma dihidapi kira-kira 8.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
  • Kajian menunjukkan 85 peratus kes asma di kalangan pesakit kanak-kanak yang tinggal di bandar adalah tidak terkawal. Manakala di kalangan pesakit yang kerap mendapat serangan asma, hanya 20 peratus yang berjaya mengawal penyakit mereka.



FAKTA Tentang Penyakit Asma

  • Keadaan di negara kita juga tidak jauh berbeza. Kajian pada 1995 mendapati 14 peratus remaja berusia 13 hingga 14 tahun di Lembah Klang menghidap asma
  • Hasil kajian juga menunjukkan pertambahan kes asma kanak-kanak dan dalam masa 10 tahun kemasukan pesakit kanak-kanak ke hospital akibat asma meningkat 20 kali ganda.
  • Menurut Perunding Paediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Azam Mohd Nor, asma adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan kanak-kanak yang menduduki tangga ketiga kepada punca  kemasukan ke hospital di kalangan kanak-kanak bawah 15 tahun. Satu pertiga daripada keseluruhan kes kecemasan paediatrik adalah membabitkan kes asma.
  • Asma juga menjadi punca utama ketidakhadiran kanak-kanak ke sekolah. Dianggarkan empat juta kanak-kanak yang mengalami sekurang-kurangnya satu serangan asma kehilangan 12.8 juta hari persekolahan akibat penyakit ini.


Benarkan Asma Adalah Penyakit Paru-Paru Kronik?

  • Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk,” katanya.

Kebimbangan sesetengah ibu bapa membenarkan anak yang menghidap asma menyertai aktiviti cergas memang berasas kerana senaman atau sebarang kegiatan membabitkan banyak pergerakan adalah antara faktor pencetus serangan asma.

Untuk mengelakkan masalah ini, kanak-kanak asma selalunya diberi kelonggaran untuk duduk di tepi padang atau gelanggang ketika kawan-kawan bersukan. Kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya ingin merasai keseronokan itu tetapi kebimbangan ia akan mendatangkan mudarat menyebabkan mereka rela menjadi pemerhati.
 

Jadi tidak hairanlah jika pesakit asma sering dilabel sebagai orang yang lemah sedangkan mereka boleh hidup cergas dan aktif seperti orang lain jika penyakit mereka dikawal dengan baik. Bagi kebanyakan orang, asma bermula sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya.


Punca Penyakit Asma

  • Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal. Keadaan ini membezakan kualiti hidup setiap pesakit. Asma yang terkawal dan stabil membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang baik-sebaik individu sihat.

Bagi kanak-kanak asma, kualiti hidup dianggap baik jika dapat bermain, pergi ke sekolah dan tidak perlu ditahan di hospital untuk mendapat rawatan. Bagi orang dewasa pula, kualiti hidup dan prestasi kerja terjejas jika kerap mengambil cuti sakit.


Bagaimana Mengetahui Sama Ada si Kecil Menghidap Asma?

  • Bukan semua pesakit akan menunjukkan gejala yang sama. Bagaimanapun antara gejala yang paling kerap dialami ialah batuk berterusan ketika bermain, ketawa atau menangis, dan lebih teruk pada waktu malam; nafas anak menjadi kasar, pendek dan cepat (tercungap-cungap); pernafasannya berbunyi kasar.
Diantara FAKTOR Pencetus Serangan Asma
1. Selesema dan flu
2. Pencemaran udara
3. Kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
4. Senaman atau aktiviti cergas
5. Sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
6. Sesetengah ubat dan persediaan herba
7. Asap rokok
8. Cuaca sejuk




Bagaimana SHAKLEE Membantu Kanak-Kanak yang Mengidap Asma

Menurut kajian,  jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Jika kita mempunyai anak penghidap asma, anda tentu sekali gusar dan susah hati kan? Ialah anda terpaksa berualang alik ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan NEB untuk anak anda. Seksa kan bila tengok anak meronta-ronta semasa menerima rawatan NEB tu kan?

 
SET CADANGAN ASMA UNTUK KANAK-KANAK
 
Set Cadangan Shaklee Untuk Pesakit Asma bagi Kanak-Kanak
Set Cadangan Bagi Mengurangkan Masalah Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

Omega Guard
Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan laut dalam yg bersifat panas, cuba bayangkan mcm mana ikan ni boleh hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi

Omega-3 boleh mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan, yang boleh memberi manfaat kepada orang-orang dengan asma. Satu kajian kecil daripada 29 kanak-kanak dengan asma mendapati bahawa mereka yang mengambil minyak ikan selama 10 bulan telah kurang gejala daripada orang-orang yang tidak mengambilnya. 

Meal Shakes
Meal Shakes mampu membekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh kerana ia kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), juga mampu meningkatkan sistem imum bagi kanak-kanak. 


TESTIMONI Berbicara.....

Omega Guard atasi masalah asma
Testimoni kanak-kanak pengidap asma yang kini berkurangan dengan pengambilan Omega Guard


Mencegah itu lebih baik dari mengubati, Kita mencuba apa jua cara mengatasi segala sesusatu penyakit. Selebihnya kita memohon kepada NYA, InsyaAllah akan terlaksana. 
 

With Love,
MamaMia

27 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia, itulah yang mengambarkan  tentang Omega Guard Shaklee. Ianya di ekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun dan 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. 

Apa itu Omega Guard Shaklee?
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia
  • Mengandundi rangkaian  spectrum penuh 7 jenis asid semulajadi termasuk ESP, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA
  • Penghasilan Omega Guard adalah menggunakan kaedah  untratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini.
  • Omega Guard juga dihasilakn  memlalui suatu proses penyulingan proprirtari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi.


Omega Guard Shaklee
Omega Guard Shaklee


MANFAAT UTAMA Omega Guard Shaklee
  • Asid Lemak - Omega 3 meruapakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan
  • Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepakatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh itu, ia effective untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala.
  • Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin dan Membantu Perkembangan Memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan
  • Menigkatkan sistem imun dan Menyihatkan Paru-Paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, proriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang Cancer - kajian menunjukkan Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ianya juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara Fungsi-Fungsi Sendi (Arthritis) - Paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oeh itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Mampu membantu merawat sendi dan gout secara effective.
  • Mencegah Insomnia dan Membantu Mengurangkan Tekanan - Kajian telah membuktikan bahwa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilakn emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


Omega Guard Shaklee Sesuai Untuk Siapa?
  1. Kanak-Kanak
  2. Pelajar
  3. Wanita Hamil
  4. Ibu Menyusu
  5. Pesakit Asma
  6. Pesakit Jantung dan Strok
  7. Pesakit Sendi dan Gaut
  8. Pengidap Darah Tinggi dan Kolesterol
  9. Mengalami Masalah Alzheimer
  10. Mengalami Masalah Alahan dan Kulit Sensetif
  11. Mengalami Masalah Berat Badan Berlebihan


Sebotol Omega Guard Shaklee mengandungi 90 softgel kapsul untuk pengambilan selama 1 hingga 2 bulan bergantung kepada permasalahan yang kita alami. Amatlah disarankan mencuba mengambil dan mengamal Omega Guard secara konsisten untuk mendapatkan keberkesanan yang optimum. Sebagai makhluk Allah di muka bumi ini, kita seharusnya berusaha mengatasi dan mengubati sesuatu penyakit. Selebihnya kita bedoa dan berserah kepadaNya untuk kesembuhan.


With Love, 
MamaMia

26 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | HIMPUNAN TESTIMONI MEAL SHAKES

Sempena cuti-cuti kerja ni, saya nak sharekan beberapa TESTIMONI pengguna yang mengamalkan MEAL SHAKES untuk anak-anak mereka.. Semua telah memberikan feedback yang POSITIF, malah hingga kini masih mengamalkannya dan menjadikan makanan tambahan untuk anak-anak.

Testimoni Selesema, Batuk dan Demam
Testimoni berjaya atasi  masalah selesema, batuk dan demam


Testimoni menambah selera makan anak
Testimoni berjaya meningkatkan selera makan kanak-kanak


Testimoni meningkatkan selera makan kanak-kanak
Testimoni berjaya meningkatkan Selera Makan Anak


Testimoni Atasi Masalah Sembelit Kanak-Kanak
Testimoni berjaya mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak


Testimoni mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
Testimoni berjaya mengatasi masalah sembelit kanak-kanak



With Love,
MamaMia

25 October 2014

KISAH BAPA DAN HOSPITAL SEBELUM PEMBEDAHANNYA

Sepanjang tahun ni, entah berapa kali ulang alik ke hospital.. Dari hospital Tuaran sampailah hospital Queen Elizabeth I dan II.. Bukan itu saja, hampir seluruh klinik pakar dijelajahi di sepanjang area Damai dan juga Penampang..

Bukan nak kata Hospital Kerajaan ni tak elok.. tapi itulah service agak slow motion pasal tu saya tak suka dengan hospital ni terutama hospital Tuaran.. Namanya jer Emergency Wad tapi takdenya service emergency, masih kena ambik nombor dan kena tunggu macam pesakit luar biasa.. Kalau kena tunggu kejap takpe gak, ni kena tunggu hampir berjam-jam.. Sempat pesakit tu pengsan baru kena attend.. Terukkkkk betul la servicenya.

Beberapa hari sebelum Raya puasa lepas, bapa saya tiba2 sakit perut, bawa ke klinik Rajang Telipok, doktor kata macam ada bengkak kat bahagian perut, so, dia bagi referral letter ke Hospital Tuaran.. Kitorang satu family memanglah panic, terus bawa bapa ke bahagian Emergency Hospital Tuaran.. Tapi diorang just suh ambik nombor & tunggu giliran kat bahagian pesakit luar.. So, bayangkan.. Apa guna Emergency Dept tu??? Hampir sejam jugak lah tunggu.

Bila giliran bapa kena check, doktor bagi referral letter ke Klinik Kissey Penampang untuk scan.. Alasannya Hospital takde facility untuk scan abdomen... A'aaaa biar betul? Kerajaan bagi peruntukan juta-juta kot untuk Kementerian Kesihatan, tak kan mesin scan untuk pesakit pun tak mampu beli.. Pelik bin ajaib juga saya dengan doktor cakap macam tu.. Ok fine! Saya call Klinik Kissey untuk buat bapanya appointment, schedulenya semua full till second week after Raya Puasa baru turn bapa buat scan.. Kitorang tunggu dan redha jela.

After two week, saya bawa bapa buat scan abdomen kat Klinik Kissey Penampang.. Result, ada ketumbuhan kat bahagian luar perut bawah kulit bahagian kiri yang mesti kena buang dengan segera.. Dapat lagi referral letter dari Klinik Kissey untuk Hospital Tuaran.. Saya tanya doktor Klinik, kenapa untuk Hospital Tuaran tak direct ke Hospital Queen Elizabeth jer.. Menurutnya kena gak ke Hospital Tuaran untuk dapatkan surat rujukan dan fail-fail bapa di sana sebelum ke Hospital Queen Elizabeth. Memang memeningkan!

Dengan laju saya drive bawa bapa dari Klinik Kessey ke Hospital Tuaran.. Cian pulak saya tengok bapa menangung kesakitan... Sampai Hospital Tuaran hampir-hampir jam 5 petang.. Macam biasa Emergency Departmentnya takde fungsi langsung, kena juga ambik nombor dan tunggu giliran kat bahagian pesakit luar.. Bila giliran bapa dipanggil untuk pemeriksaan, diorang kata doktor yang incharge takde sampai jam 5 petang jer, suh datang esok.. Gilaaaaa ke apa diorang kat Hospital Tuaran ni?

Tahap kesabaran saya memang dah hilang, direct je saya sound "korang nak tunggu bapa saya mati ke baru nak take action?".. Semua tergamam! saya cuma nak kan fail-fail dan referral letter untuk saya bawa bapa saya ke Hospital Queen Elizabeth pun payah nak mampus! Dah saya bising-bising baru diorang nak kelam-kabut call sana call sini.. Itu pun masih nak kena tunggu lagi 3 hari baru dapat jumpa doktor pakar kat Hospital Queen Elizabeth.. Betapa slow motionnya service kat Hospital Kerajaan ni.

Sampai masa jumpa doktor pakar kat Hospital Queen Elizabeth I, hari tu juga bapa kena hantar masuk wad di Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan lanjut.. Itupun dari bulan Ogos bapa keluar masuk wad kat Hospital Queen Elizabeth II... 15 Oktober barulah ketumbuhan dalam bahagian abdomen bapa kena buang.. Tiga bulan jugalah bapa menahan kesakitan sebelum pembedahan dijalankan.. Begitulah kelembapan service Hospital Kerajaan yang saya sekeluarga alami selama bapa saya sakit. 

Hospital yang mengerikan
Ini bapa saya yang telah menjalani pembedahan di HQE II


Apa-apa pun saya berterima kasih dengan Doktor Siti pakar bedah Hospital Queen Elizabeth, she did the operation with her team for my dad very well.. Male Surgery Department HQE II, thank you very much! Am really appreciate it... Saya cuma berharap service di semua Hospital Kerajaan dipertingkatkan supaya tiada lagi pesakit yang mengalami nasib seperti bapa saya. 

Doakan kesembuhan bapa saya ya! 


With Love,
MamaMia

24 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | AMALAN ROHANI YANG TERSEMBUNYI



Amalan rohani yang tersembunyi... Cuba kita perhatikan apa amalan kerohanian yang telah kita lakukan. Tentu kita ada sesuatu amalan yang telah sering kita lakukan secara konsisten sejak lama dulu.. Ataupun belum pernah melakukan apa-apa amalan kerohanian ini.

Terus terang saya hanya mengenali dan mengamalkan amalan kerohanian ini sejak saya mengenali perniagaan Shaklee.. Hanya mengenali sejak saya mula bergaul dengan SID Shaklee yang lain.. Saranan seeorang leader ketika memberithu rahsia kenapa dia boleh menjalankan perniagaan Shaklee dengan lancar sedangkan ada ramai lagi SID diluar sana tidak.

Memang ada orang yang lebih cenderung untuk melihat amalan luaran atau kebijaksanaan tertentu pada seseorang yang berjaya. Ada pula yang lebih cenderung untuk mengetahui amalan rahsia kerohanian seseorang yang berjaya. Begitu juga dengan saya... Masing-masing dengan pendapat tersendiri. Ada yang kata amalan rohani lebih penting. Ada pula yang kata amalan luaran dan kebijaksanaan lebih penting. Ada pula yang kata perlu ada gabungan kedua-duanya.

Maklumat ini dikongsikan oleh salah seorang daripada leader saya yang cuba mengorek rahsia amalan rohani hidup ringkas yang sering diamalkan dalam kehidupan sehariannya... selain itu, saya juga mengambil sedikit info dari beberapa blog untuk perkongsian kita bersama.. 

Kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa jika kita merasakan diri kita lebih berjaya daripada orang lain, perasaan itu tidak semestinya benar. Barangkali orang yang kita sangkakan berjaya itu sebenarnya merasakan perkara sama. Dia rasakan bahwa kita pula yang jauh lebih berjaya daripadanya.

Itulah lumrah hati manusia. Kita tidak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. kita mula berpusing melihat orang lain lalu membandingkan apa yang dia ada, tetapi kita tak ada.

Untuk membuat kerja perbandingan itu memang mudah, oleh kerana amalan ini kita amalkan sejak kecil lagi sampai dewasa, maka dalam masa kurang dari satu saat, kekurangan kita berbanding orang lain akan dapat disenaraikan.

Sejurus selepas itu, kita lalu menarik nafas panjang. Merenung jauh dan mula menyesali diri sendiri. Rasa merendah diri, rasa kekurangan dan bermacam-macam campuran rasa lain yang akhirnya menimbulkan perasaan tidak bahagia.

Bukankah itu satu kerja bodoh?

Kita sedang menikmati kehidupan yang aman, merasa lega dengan apa yang kita ada, tiba-tiba kita menoleh pada jiran dan mula membuat kiraan apa yang kita tak ada berbandingnya dan seterusnya mula bersedih. Memang satu amalan yang cukup bodoh jika sengaja mencari pasal untuk merasa sedih. Membuang masa! 

Amalan rohani hidup ringkas paling utama
Berdasarkan pemerhatian itulah maka saya bertekad untuk hanya melihat diri saya sendiri dan membanding diri saya hari ini dengan yang semalam. Membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain adalah satu perkara yang perlu dielakkan seboleh mungkin walau apapun yang berlaku.

Itulah yang saya cuba amalkan untuk mengukuhkan jiwa agar tidak buat kerja bodoh tunduk dan kecewa setiap kali bertemu orang yang kita rasa lebih dari kita. Saya mula amalkannya sejak buat keputusan untuk berniaga secara online mahupun offline awal-awal dulu. Sejak itu saya berusaha memujuk hati agar jangan buat perbandingan antar saya dengan orang lain.

Jika dia kaya ratusan juta dan saya cukup makan untuk satu keluarga, biarkanlah begitu keadaan hartanya, kerana dia lain saya lain. Lagipun tidak ada pengadil yang sedang mengambil kira markah antara dia dengan saya berapa jumlah harta masing-masing…kenapa kita nak kisah?

Apa yang penting, kita sasarkan apa yang kita mahu dan berusaha secara konsisten sehingga mencapainya. Bukannya membuat sasaran untuk menjadi lebih kaya dan berjaya daripada si anu atau sesiapa saja, kerana itu cukup meletihkan.

Senarai amalan rohani hidup ringkas

Berikut saya senaraikan beberapa amalan rutin yang sudah diamalkan sejak lama dulu dalam kehidupan seharian.

Beristigfah 100 kali, berselawat 100 kali dan berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali. Amalkan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam. Jadikan ini amalan rutin.

Berjalan kaki setiap pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit sambil berzikir nama-nama Allah seperti berikut:
        Ya Aziz – Membawa maksud ‘Yang maha perkasa’. Ulama menyatakan barang siap sering memgamalkan zikir Ya Aziz ini setiap pagi sebanyak 41 kali, nescaya akan dicabut rasa gementar atau takut pada orang lain atau makhluk lain.

        Ya Muhaimin – Membawa maksud yang Maha Memberi Perlindungan. Diberitakan bahawa sesiapa yang megamalkan zikir ini 115 kali selepas tiap kali mandi, Allah akan membuka perkara yang terlindung dari orang lain yang membuatkan kita tahu apa yang orang lain tak tahu.

        Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.

          Ya ‘Aliim – Membawa makna Yang Maha Pengetahui

     Ya ‘Alimal Ghaibi – Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib. Jika diamalkan zikir no.4 tadi lalu disambung pula dengan yang ini, Allah akan membuka pintu Kasyaf dalam hati anda dengan mengetahui dan melihat perkara yang tidak diketahui dan dilihat oleh orang lain.
        
          Solah dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 9.30 pagi dan berdoa.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi cukuplah untuk entry kali ni.. mudah-mudahan kita melaksakan semua yang diatas dengan seikhlas hati kita tanpa ada sedikit pun rasa keterpaksaan... InsyaAllah! 

Namun begita, ada  juga orang yang tak percaya dengan semua amalan-amalan sebegitu dapat mempengaruhi kehidupan kita, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing. Tetapi bagi saya jika kita yakin atau sekurang-kurangnya mahu membuat kajian apa akan berlaku jika kita amalkan semua yang saya sebutkan di atas, silalah lakukannya dan lihat perkembangan jiwa anda selepas itu.

Demikianlah saya kongsikan serba sedikit Amalan Rohani Hidup Ringkas untuk para pembaca. Moga ada manfaatnya untuk mereka yang dapat mengamalkannya. Wallahu’alam.


With Love,
MamaMia

23 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | LEMAK BAIK UNTUK TUBUH

LEMAK oH LEMAK...
Sebut je pasal lemak kat badan semua kata tak suka.. Macam-macam presepsi kita tentang lemak sedangkan kita sebenarnya tidak tahu pun lemak tu apa? Jenis-jenis lemak? Kebanyakkan diantara kita cuma tahu lemak tu mengemukkan badan, menggeleber kat perut, lengan kiri kanan.. betul ke tidak?

Sebenarnya lemak ni terbahagi kepada dua.. Lemak jahat dan lemak baik.. macam kelakarlah pulak bunyinyakan, tetapi inilah yang sebenarnya. 

Lemak baik vs lemak jahat
Lemak Baik Vs Lemak Jahat 

KITA melakukan pengorbanan yang amat berharga kepada badan sekiranya dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan. Bagaimanapun jangan sampai keterlaluan kerana pemakanan yang tiada lemak langsung boleh membunuh kita secara perlahan-lahan.


Lemak
Jenis dan sumber utama lemak yang perlu ditambah dan dihindari

Sehingga kini masih ramai skeptikal terhadap lemak dan menganggap ia sebagai bahan yang memburukkan kesihatan. Hakikatnya ia adalah antara bahan penting yang membolehkan kita hidup dengan sejahtera kerana lemak adalah sumber penting untuk tenaga, melembapkan kulit, membolehkan organ berfungsi dengan baik dan menyingkirkan bahan toksin dari badan.

Lemak amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan, mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, merendahkan tekanan darah, mengelakkan keradangan terutama dalam sistem pencernaan dan sendi serta mengekalkan kesuburan.

Bahkan makanan yang mengandungi lemak rasanya jauh lebih sedap dan menyelerakan. Fungsi dan manfaat lemak ini bagaimanapun sering ditenggelami pelbagai keburukan lemak seperti yang dialami kebanyakan orang terutama apabila mereka mendapat serangan jantung.

Pakar Pemakanan dari Kanada, Dr Udo Erasmus menegaskan bukan semua lemak itu memudaratkan kerana badan amat memerlukan jenis asid lemak perlu seperti omega-3 dan omega-6 untuk berfungsi dengan baik.

Memang benar semua minyak yang berasaskan sayur-sayuran tidak mengandungi kolesterol kerana kolesterol hanya wujud dalam makanan yang berasaskan haiwan.

Katanya, ada tiga proses yang boleh mengubah ciri baik minyak kepada tidak baik iaitu hidrogenasi - menjadikan minyak cecair ke bentuk beku, lebih stabil dan bersifat seperti plastik. Proses ini menyebabkan kemusnahan molekul dan mengubah susunan molekul ini menjadi `rantaian asing' kepada badan.

Proses inilah yang menjadikan asid lemak perlu bertukar kepada asid lemak trans (dengan susunan molekul berpilin dan kompleks). Bahan-bahan seperti marjerin, lelemak haiwan atau sayur serta minyak separa hidrogenasi juga mengandungi banyak asid lemak trans.

"Antara makanan yang mengandungi banyak asid lemak trans (hidgrogenasi atau separa hidrogenasi) ialah kek, biskut, biskut lemak, coklat, sup segera, sajian pencuci mulut, kerepek, mentega kacang, roti dan makanan ringan," kata

Asid lemak trans dikenal pasti menjadi faktor risiko utama penyakit jantung, mengubah sistem pertahanan badan, mengganggu fungsi insulin, mengurangkan penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan penghasilan sperma tidak normal serta boleh mempengaruhi kehamilan.

Kedua ialah menggoreng. Memanaskan minyak sehingga berasap boleh mengubah susunan semula jadi molekul minyak yang boleh menjejaskan fungsi sel dan menyebabkan masalah kesihatan membuat salur darah menjadi keras serta kanser.

Ketiga ialah proses penapisan dan `pengharuman' yang menghasilkan minyak tanpa warna, bau dan rasa. Proses ini katanya akan mengubah lebih banyak susunan molekul minyak dan menambah paras toksik minyak.

"Kebanyakan minyak masak mengalami 0.5 hingga satu peratus perubahan molekul atau satu camca teh (15 mililiter). Walaupun jumlah ini nampaknya sangat kecil tetapi ia mengandungi kira-kira 100,000 molekul toksik.

"Malah kebanyakan orang menggunakan tiga atau empat camca makan minyak untuk memasak makanan. Jadi fikirkanlah berapa banyak bahan toksik yang akan masuk ke dalam badan kita.

"Jika minyak itu selalu digunakan untuk menggoreng, jumlah molekul toksik akan bertambah menjadi tiga hingga 10 kali ganda. Kebanyakan minyak mengandungi dua peratus fitokimia yang amat penting tetapi bahan ini musnah ketika proses penghasilan minyak," katanya.

Malah ada kajian menunjukkan apabila minyak dipanaskan sehingga melebihi 150used Celsius, ia akan mengubah ciri minyak daripada memberi perlindungan terhadap mutasi genetik (perubahan bahan baka) kepada menyebabkan mutasi.

Dr Merasmus bagaimanapun menegaskan bukan semua minyak memudaratkan kerana kita memerlukan 15 peratus tenaga daripada lemak tetapi pengguna perlu bijak memilih dan menggunakan minyak yang mengandungi asid lemak Omega-3 dan omega-6.

Menurutnya minyak yang panjang jangka hayatnya kurang baik untuk kesihatan dan justeru itulah kita disaran mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

Apakah sumber asid lemak omega-3 dan omega-6? Walaupun ada yang mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) tetapi Dr Erasmus menyarankan supaya dua asid lemak ini diperolehi daripada makanan seperti biji flax, kacang pea, kacang kuda dan dal bagi omega-3.

Manakala bagi omega-6 pula boleh didapati daripada biji bunga matahari dan bijan. Bagaimanapun katanya, amalan pemakanan yang seimbang sebenarnya sudah membekalkan asid lemak omega-6 yang mencukupi.

Malah beliau juga tidak menggalakkan pengambilan minyak ikan kerana ia mengandungi lebih banyak kerosakan berbanding minyak masak biasa iaitu antara tiga hingga lima peratus.

Sebaliknya menyarankan khasiat daripada minyak ikan itu diperolehi daripada ikan segar yang dimasak dengan cara sihat iaitu menggunakan air sama ada rebus, kukus atau reneh dan bukannya goreng atau bakar.

Bahkan kita juga perlu memastikan pengambilan asid lemak omega-3 dan omega-6 ini dalam nisbah yang betul iaitu dua ke satu.

Kedua-dua asid lemak ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan tenaga dan kecerdasan otak, menajamkan daya tumpuan, menseimbangkan emosi, merendahkan risiko sakit jantung dan kencing manis serta memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang.

Kekurangan kedua-dua asid lemak ini boleh menyebabkan masalah ingatan, kemurungan, cepat penat dan bagi kanak-kanak, mereka berisiko mengalami masalah cemerkap (kelam kabut) dan kecerdasan terbantut...





22 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | ATASI KEKEJANGAN OTOT & KEBAS-KEBAS SEBELUM TERLAMBAT

Kebas-kebas pada jari-jemari biasanya disebabkan gangguan pada saraf akibat bebanan yang berlebihan. Ia biasa berlaku pada mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan dan jari seperti tukang jahit, jurutaip dan ada juga berlaku disebabkan gangguan hormon seperti menopaustiroid dan diabetes.

Atasi Kekejangan Otot
Atasi Kekejangan Otot


Kekejangan otot pula berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan tak terkawal. Salah satu sebab mengapa berlakunya kebas-kebas dan kekejangan ialah akibat KEKURANGAN KALSIUM & magnesium dalam tubuh.


ostematrix
Salah satu tanda kekurangan Kalsium

ostematrix
Kebas-kebas adalah tanda awal kekejangan otot

Jika anda sering mengalami perkara-perkara tersebut, ini lah masanya untuk mencuba OSTEMATRIX

Kekejangan Otot dan Kebas-kebas
OsteMatrix Shaklee


Ostematrix

Istimewanya Ostematrix ialah ia lengkap dengan Magnesium yang membantu tubuh memelihara paras kalsium, Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus. Kajian ada menunjukkan pengambilan kalsium beserta Vitamin D membantu;
 

  • merendahkan risiko diabetes tahap 2 terhadap mereka yang mempunyai pra-diabetes
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • meningkatkan sistem imun
  • menyokong berat badan ideal dan meningkatkan potensi kehilangan berat badan
Atasi Kebas-kebas
Kandungan dalam 1 Tablet OsteMatrix


Oleh itu, pastikan produk kalsium anda lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Boron, mangan, tembaga & zink untuk fungsi dan penyerapan kalsium yang optimum. Jika tidak, JOM BERTUKAR KE OSTEMATRIX hari ini!





ATASI KEKEJANGAN OTOT

Pengambilan OsteMatrix setiap hari membantu dalam mengatasi masalah-masalah berikut:

  • mengatasi kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi malah membantu mengatasi masalah sembelit.
  • membina dan memelihara kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi
    memelihara fungsi saraf
  • memelihara fungsi membran sel & enzim
  • pengecutan otot
  • menghalang pembekuan darah
    menggalakkan tidur yang lena dan mengurangkan stress
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Pada usia 19 hingga 55 tahun lelaki dan wanita, sebanyak 1,000mg kalsium diperlukan setiap hari. Bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun, sebanyak 1,200mg kalsium diperlukan bagi memastikan fungsi tubuh yang optimum. Harga Ostematrix (120biji) hanya RM61 yang bagi saya harga yang mampu milik berbanding kos perubatan yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan rawatan pakar. Mencegah itu lebih baik dibanding mengubati. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya. Pastinya kos Penghantaran PERCUMA seluruh kawasan Kota Kinabalu.





With Love, 
MamaMia

20 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | PETUA SEMULAJADI TAMPIL CANTIK

Orang tua-tua cakap kalau nak kelihatan cantik dan sihat yang berpanjangan, kita kenalah mengamalkan petua-petua semulajadi atau cara alami.. Semuanya dari sumber semulajadi.. Diantaranya...

Petua Cantik Semulajadi
Petua Semulajadi untuk Tampil Cantik


WAJAH LEBIH BERSERI
  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kita dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari.

HILANGKAN BAU MULUT
  • Tumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

MENGHILANGKAN JERAWAT
  • Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang

KULIT MUKA HALUS GEBU
  • Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering sebelum dibasuh dengan air bersih.

MEMERAHKAN BIBIR
  • Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu agar bibir merah seperti memakai gincu.

GIGI PUTIH, BERKILAT
  • Bakar beberapa helai daun kelapa kering hingga jadi abu. Gosokkan gigi dengan abu daun tersebut. Lakukan berulang kali dan gigi akan putih berkilat


Selamat Mencuba! 


With Love,
MamaMia