07 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | HUJAN, BANJIR KINI MELANDA SABAH.. BENARKAH TSUNAMI BAKAL MELANDA PANTAI TIMUR SABAH?

Hujan oh hujan mengapa engkau turun? Bagaimana aku tak turun katak panggil aku.. Inilah lagu yang sering dinyanyikan Caca sejak 2-3 hari ini.. Hujan tak henti turun sehari semalam, akhirnya banjir melanda beberapa bandar di area Kota Kinabalu.


Banjir di Kota Kinabalu
Banjir yang melanda kawasan Pekan Dogongon, Penampang

Dek kerana banjir melanda, hari ini saya terpaksa mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke tempat kerja.. Mana tidaknya, laluan utama yang sering saya lalui di kawasan Bandar Sierra tengelam.. Kereta memang tak boleh nak lalu... Tapi ada gak yang berani, namun kecundang.. Ingat kereta tu boleh bertukar jadi bot ke kalau lalu kat banjir.


Banjir dibandar sierra
Banjir di area Bandar Sierra

Terpaksa patah balik ke arah telipok dan meredah kesesakan lalu lintas tahap kritikal juga lah.. Ikut lagi laluan alternatif lain kat area KKIP.. Alhamdulillah tak banjir, cuma jalan raya sesak teruk dan slow giler mengalahkan siput.. Nasib baik semalam dah isi minyak kereta, kalau tidak confirm tersadai, bukan pasal banjir tapi minyak abis.. huhuhu.

Sepanjang jalan laluan KKIP, saya berzikir dan memohon supaya perjalanan saya dipermudahkan.. Bimbang dalam hati saya ni hanya Allah saja yang tau.. Alhamdulillah! dah selamat lepas laluan KKIP, hati berbunga-bunga... kira dah selamat lah sampai office.. Tup-tup simpang nak masuk area office kat Menggatal pulak banjir.. Ohhhhh tidakkkkkkk.

Saya tarik nafas dalam-dalam.. saya perhati kereta kat depan saya satu-satu kereta tu redah banjir.. Saya tengok lepas pulak.. Hati ni pun yakin yang saya juga boleh lepas banjir tu... Dengan lafaz Bismillah, saya pun redah gak banjir tu.. Ya Allah, terima kasih atas pertologan Mu, saya berjaya melepasi kawasan banjir di simpang masuk office dengan selamat... Yeahhhh! 

Hari ni tepat jam 9:45 pagi saya sampai kat tempat keja... Perrrrrrghhhh! Hebat.... Betul-betul hari ini dalam sejarah tu.. Semua gara-gara banjir.. Syukur Alhamdulillah.

Belum sampai sejam dok office, dapat pulak whatsApp tentang amaran Tsunami...

"Sebarkan Dari P5 ATB 2 - maklumat di terima dari ESSCOM menyatakaan tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur sabah dalam masa 36 jam. Mereka terima dari Jabatan Kajicuaca Sabah. Maklumat lengkap akan menyusul di Tv3 tadi disiarkan esok diramalkan ribut di Sabah dan Labuan. Brunei juga. Pahand diberi amaran banjir besar lagi kali kedua. TERKINI!! Jepun telah memberi amaran tsunami 6-7 S.R dalam masa 36 jam dan semua diarah berjaga-jaga. Amaran angin kencang, laut bergelora - http;//www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/2 0131226/dn_30/Amaran-angin-kencang-laut-bergelora. Doakan perlindungan & keselamatan"

Rasa-rasanya saya pernah menerima sms/whatsApp sebegini sebelum ini. Nampak sangat kepalsuan messagenya.. Terima kasihlah atas keperihatinan memberi info tu ya.. Tapi kalau iya pun nak memberi info tu, tengok dulu kesahihanya... Janganlah menambahkan lagi kerisauan kami yang berada di Sabah ni.

Semua ini hanyalah ujian kecil dari Allah untuk kita sebagai umatnya.. Menguji sejauh mana kita mampu bertahan dan menghadapi semuanya. Mungkin juga Allah ingin kita sentiasa mengingati dan berdoa padaNya. Rasulullah SAW pernah menjelaskan "Dua doa yang tidak pernah ditolah, iaitu doa pada waktu azan dan doa pada waktu hujan." Doa yang dipanjatkan pada waktu hujan tidak ditolak ataupun jarang ditolak kerana pada saat itu sedng turunnya rahmat, terutama curahan hujan pertama diawal musim. 


With Love,
MamaMia

No comments: