17 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Apa itu kebersihan? Sama seperti kesihatan dan juga kecantikan, semua ingin sihat dan cantik TETAPI jika kebersihan tidak diamalkan, maka sama seperti kita menngabaikan kesihatan dan kecantikan diri kita.. Pada hakikatnya kebersihan jasmani dan rohani adalah mengangkat manusia pada martabat yang tinggi.

Sihat itu bersih
Kebersihan Sebahagian daripada keimanan

Kebersihan adalah pangkal kesihatan menurut kepada pakar kesihatan. Allah SWT dalam Al-Quran juga banyak menyatakan yang intipatinya Allah itu suci dan tidak menerima hamba Nya kecuali hamba itu suci.

"Kebersihan adalah sebahagian daripada keimanan" -Riwayat Muslim no.223-

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, bermakna kalau tidak bersih maka sebahagian iman kita hilang atau luntur. Kita yang tidak tahu kebersihan seolah-olah tidak menyakini bahawa dengan bersih dapat menguntungkan diri sendiri. Seringkali kemerosotan peribadi seseroang adalah ditunjukkan dengan sikap yang tidak mempedulikan kebersihan.

Orang yang tidak peduli kebersihan seperti tidak mengosok gigi atau memotong kuku, biasanya orang yang tidak mempedulikan diri, keluarga dan teman bahkan akan mengabaikan aspek moral. Wah!! Hebat sungguh pengertian kebersihan pada diri kita ini.

Dalam Islam, aspek kebersihan menjadi perbahasan pertama dan utama. Bahkan dalam Islam, kebersihan menjadi syarat sahnya ibadah dan banyak lagi amalan kebersihan seperti bersugi dan memotong kuku adalah sebahagian daripada amalan sunnah.


5 KELEBIHAN BAGI GOLONGAN YANG MENJAGA KEBERSIHAN
  1. Mempercepatkan Daya Berfikir
  2. Meningktkan Kemampuan
  3. Menguatkan Keinginan
  4. Merangsang Tenaga & Daya Hidup
  5. Meneguhkan Martabat & Penghargaan Diri

Dengan menjaga kebersihan, keuntungan langsung ayang diperolehi adalaha kesihatan dan persekitaran yang ceria dan kondusif. Persekitaran yang kondusif akan menjelmakan tatacara atau sistem kehidupan yang lebih sempurna, pola fikiran manusia yang baik dan hati yang bersih. Ternyata hidup yang bersih dapat mengatasi kemungkinan manusia diserang oleh pelbagai macam penyakit.

Tidak berpenyakit juga bereti dapat menyelamatkan kos rawatan hospital, Sedangkan dalam dunia yang semakin mencabar ini, pelbagai kos terpaksa diperuntukkan untuk perkara-perkara lan yang tidak kurang penting. Dalam kata lain, dengan mengamalkan kebersihan kita dapat berjimat. 

Oleh sebab itu, sejak kecil seharusnya kita membiasakan atau mengajar anak-anak kita tentang kebersihan. Jika sejak kecil anak-anak erbiasa hidup bersih maka tabiat ini akan terus dibawa sehingga mereka dewasa dan mempunyai keluarga. Umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Semua anggota keluarga harus mempunyai tanggungjawab penuh agar selalu menjaga kebersihan. Setelah itu, barulah kita dapat mengajak dan memberi contoh kepada masyarakat dipersekitaran untuk menjaga kebersihan. 

Terpenting yang perlu kita ketahui yang kebersihan adalah benteng utama daripada penyakit. Dengan mengamalakan kebersihan, kita dapat menjauhkan diri kita daripada penyakit kerana kekotoran itu adalah sumber penyakit pada tubuh. Jaga kebersihan ya!


With Love
MamaMia

No comments: