13 November 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | APA ITU RESDUNG? ATASINYA SEBELUM TERLAMBAT

Resdung? Apa itu resdung? Resdung atau dikenali juga sebagai sinutasi yang merupakan satu penyakit yang agak sukar untyk diatasi. Resdung atau sinutasi ini dihadapi oleh ramai orang tidak kiralah golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Saya dan dua orang adik lelaki saya merupakan pengidap resdung. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi sedikit tentang penyakit resdung ini.

Tip Atasi Resdung
Apa itu Resdung? Tip Atasi Masalah Resdung

Resdung adalah merupakan keradangan yang berada di lapisan memran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pul merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak dibahagian muka. Ruang tersebut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung.

Punca berlakunya keradangan sinus atau penyakit resdung ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, masalah alergik atau masalah sistem imun badan seseorang. Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. 

Resdung kritikal
Beginilah keadaan di antara hidung dan mulut bagi pengidap resdung tahap kritikal

Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Kebanyakan pengidap resdung seperti saya akan menjadi lebih sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang perubahan cuaca terutamanya cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Pengidap resdung biasanya akan selalu mengalami gejala selesema seperti masalah hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Inilah yang saya alami hampir setiap hari yang ada kalanya menganggu rutin harian saya.

Cara Mengaasi Resdung
Masalah Selesema yang sering dialami oleh pengidap resdung

Hal ini banyak berlaku terutamanya pada waktu pagi. Saya turut merasakan tekak ini bagai dipenuhi dengan kahak dan kadang kala ianya menjadi punca kepada sistem pernafasan yang mana akan menjadi berbau apabila dijangkiti kuman. Kebiasaannya saya akan cuba untuk mengelakkan diri daripada punca-punca berlakunya alahan terutamanya habuk.

Ramai diantara kita yang tidak mengetahui yang kita adalah pengidap resdung. Ini kerana ramai yang beranggapan mereka hanya mengalami masalah selesema atau hidung tersumbat. Walhal, sebenarnya mereka adalah pengidap resdung. Resdung masih boleh diatasi, cuma ia mungkin akan memakan masa yang agak lama jika telah berlarutan tanpa sebarang pencegahan atau rawatan dibuat.

Di negara kita Malaysia, dianggarkan bahawa 60% hingga 65% rakyatnya mengalami masalah resdung... Wah! banyak tu.. Tetapi daripada jumlah ini, kurang daripada 50% saja yang datang mendapatkan rawatan. Kebanyakan diantara kita tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala resdung hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa saja.

SIMPTOM RESDUNG
  • Batuk-batuk sehingga kerongkong dan anak tekak berasa gatal-gatal.
  • Telinga sering terasa tersumbat.
  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
  • Gatal-gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi sehingga mengakibatkan masalah mata merah dan berair.
  • Bersin yang melampau dan terlalu kerap.
  • Simptom yang paling ketara adalah apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak sehingga amat sukar untuk dihembus keluar. Akibatnya, suara pengidap menjadi agak 'sengau' apabila berkata-kata.

INDIVIDU YANG BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
  • Mereka yang alah kepada habuk, bulu dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung sehingga menyebabkan ruang sinus sangat sempit.


KESAN AKIBAT RESDUNG
Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada pengidapnya sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Kesan Resdung kepada Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah masalah resdung boleh merebak ke dalam mata sehingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Di dalam kes yang sangat kronik, resdung boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Kesan Resdung kepada Dewasa
Resdung yang kronik boleh menyebabkan nanah bertakung di dalam ruang sinus frontal. Jika nanah dari sinus frontal tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi dengan bakteria. Risikonya ialah bakteria tersebut boleh memasuki otak pesakit dan menyebabkan jangkitan di otak atau meningitis dan jika dibiarkan, boleh menyebabkan kematian di dalam kes-kes yang ekstrem.


KAEDAH MENCEGAH / MENGURANGKAN RESDUNG
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  3. Sering membersihkan karpet atau permaidani, seeloknya gunakan penyedut hampagas
  4. Pakailah penutup hidung ketika mengemas rumah bagi mengelak dari terhidu habuk
  5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak pada setiap hari
  6. Selalulah mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  7. Elakkan memakan makanan laut yang gatal-gatal seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Pelbagai kaedah rawatan resdung yang ditawarkan oleh beberapa pusat-pusat perubatan mahu pun badan-badan swatsa. Namun, sejauh mana keberkesanannya tidak dapat saya pastikan kerana saya belum pernah mencubanya lagi.

    BAGAIMANA MENGURANGKAN DAN MENGATASI MASALAH RESDUNG DENGAN PRODUK SHAKLEE.
    Ini adalah diantara produk Shaklee yang saya amalkan untuk mengurangkan masalah penyakit resdung yang saya alami. Alhamdulillah, sejak mengamalkannya masalah selesema dan bersin yang saya alami setiap pagi telah berkurangan. 

    Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

    Cara mengatasi resdung
    Set Resdung produk Shaklee yang harus diamalkan oleh pengidap resdung

    Alfalfa Complex
    • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
    • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
    • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

    B Complex
    • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
    • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
    • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

    Vitamin C
    • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
    • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
    • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
    Apa itu Resdung
    Manfaat Pengambilan Set Resdung Shaklee untuk mengatasi masalah resdung

    Paling utama sebagai hambaNya, kita haruslah sentiasa berdoa dan memohon padaNya kerana setiap kesembuhan itu adalah dengan IzinNya. Tetapi kita berusaha dan mencuba mengatasinya.


    Apa itu Resdung
    Doa bagi yang mengalami maslah resdung, InsyaAllah membantu

    Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut! So, jangan tunggu lama-lama ya! 

     Set Resdung

    Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!

    With Love,
    MamaMia

    No comments: