27 November 2014

INFO KEHAMILAN | IKATAN TERJALIN DARI DALAM PERUT

Minggu-minggu pertama kehamilan boleh menjadi meletihkan dan memberi tekanan kepada kita. Tetapi apabila usia  kehamilan semakin meningkat dan perut mula membesar, kita akan mula rasa seperti seorang bakal ibu. Apatah lagi yang hamil kali pertama, maka bagi membantu ibu hamil bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini nanti, luangkanlah sedikit masa untuk menjalin ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan. 

Info Kehamilan
Ikatan diantara ibubapa dan bayi Terjalin dari dalam perut

Kita mungkin tidak mengetahui bahawa kehamilan hanyalah satu permulaan bagi sebuah ikatan kasih sayang dengan anak. Ikatan secara semulajadi terjalin dari dalam perut.. Bagaimana ikatan terjalin antara ibu dan bayi yang masih dalam perut ibu?

1. URUT PERUT
  • Cara menenangkan ikatan bayi adalah dengan meyapu minyak pada perut dan mengurutnya perlahan-lahan. Gunakan minyak  dan krim sebagai cara mengelakkan tanda regangan dan satu kaedah menenangkan bayi dan ibu hamil.
  • Selain itu, urutan aromaterapi adalah satu cara terbaik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi atau bercakap-cakap dengannya.


2. BERCAKAP DENGAN BAYI
  • Deria pendengaran bayi berkembang sepanjang masa. Bermula minggu ke-23, bayi sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut anda yang berkeroncong. Bayu juga mula mendengar bunyi yang datang dari luar rahim ibu.
  • Kekerapan bayi mendengar suara ibu akan dapat membantunya segera membentuk ikatan dengan ibu setelah lahir nanti. 
  • Bercakap dan menyanyi kepada bayi lebih menyeronokkan apabila kita tahu bahawa bayi boleh mendengarnya. 


3. BERENANG
  • Tidak kira besar mana perut ibu hamil, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan kita nanti. 
  • Berenang bukan sahaj dapat merehatkan kaki, malah ia memberi peluang kepada ibu hamil merasa keadaan bayi yang ketika ini juga sedang  terapung di dalam air (air ketuban).


4. LATIHAN KELAHIRAN HIPNO
  • Kelas kelahiran hipno menggunakan teknik-teknik hipnoterapi untuk membantu ibu hamil fokus kepada bayi dan badan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran dan bersalin.
  • Keadaaan kelahran hipno dapat mengajar ibu hamil tentang cara menangani kesakitan semasa proses kelahiran dan belajar teknik bertenang untuk membantu merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan


5. LIHAT IMBASAN BAYI
  • Imbasan pertama bayi akan menentukan tarikh, ia boleh membantu kita membayangkan si kecil yang sedang membesar didalam rahim. Imbasan trimester kedua, kita mungkin akan mengetahui jantina bayi. 
  • Simpan gambar imbasan itu di handphone atau pada pintu peti sejuk, ia bagi mengingatkan bahawa perut kita adalah rumah kepada seseorang pada ketika itu. Adanya gambar imbasan 3D membolehkan kita melihat rupa bayi yang seterusnya membolehkan kita dan pasangan merasa lebih jelas bakal menjadi ibu dan bapa.


6. IKATAN AYAH DAN ANAK
  • Sebagai ibu, kita sudah mengalami simptom awal kehamilan dan ia membantu kita membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi. Naun bagi si ayah, ia ukan secara semulajadi. Bantulah suami membina ikatan rapat dengan bayi. 
  • Beritahu pada suami yang bayi sudah boleh mendengar bunyi yang datang dari luar rahim, minta suami bercakap-cakap dengan bayi. Suami juga harus membantu isteri sepanjang tempoh kehamilan supaya keduanya dapat merasa bahawa suami turut hamil bersama-sama.


7. LUANGKAN MASA BERSAMA BAYI
  • Luangkan masa dengan perut kita dengan pergi berjalan kerana aktiviti ini baik untuk mengisi waktu makan tengahari jika kita bekerja. Berjalan-jalan memberikan kita ruang memikirkan tentang bayi dengan berbual-bual dengannya semasa berjalan.


Sebagai bakal ibu, kita akan mula merasakan pergerakan bayi kira-kira minggu ke-18 hingga ke-20. Pergerakkan bayi ini boleh memberikan keyakinan bahawa bayi sedang membesar didalam perut. Apa yang perlu kita lakukan apabila bayi menendang? Usap perut kita secara perlahan untuk menunjukkan kita berkomunikasi dua hala dengannya sebelum bayi lahir.

Ingin mencuba suplemen Shaklee sepanjang kehamilan anda? Dapatkan Set Kehamilan Shaklee disini.



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: