06 November 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | SIAPA SAYA?

Assalamualaikum.. Siapa saya? 35 tahun yang lalu, seorang bayi perempuan dilahirkan di Tawau, Sabah, diberi nama Hasmiah, dan itu adalah saya. Merupakan anak sulung dari 4 adik beradik yang di besarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Hidup saya penuh dengan kesederhanaan. Ini serba sedikit pengenalan tentang diri saya. 

Pengedar Shaklee Sabah
Siapa Saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee di kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah yang mula mengenali Shaklee setahun yang lalu melalui housemate lama saya Tumarawati @ Tum yang tinggal di Bintulu, Sarawak. Tum housemate saya time study kat Poli Kuching dulu, dia rajin sangat pm saya kat Facebook pasal Shaklee. Mula-mula tu saya baca je, pastu ada juga saya google pasal Shaklee ni... Terus terang saya memang tak tahu langsung apa itu Shaklee, produknya lagi lah saya tak tahu. 

Bila dah google, saya terbaca dan tertarik pulak dengan produk-produk Shaklee ni.. Yes! saya nak cuba produknya, tapi bukan untuk saya tau, untuk mak saya.. Kalau nak tahu mak saya adalah mengidap tekanan darah tinggi dan kolesterol yang telah beberapa kali kena masuk Emergency wad kat HQE walaupun mengamakan pengambilan ubat-ubatan dari hospital. 

Saya mula balas message Tum at Facebook, saya bagitau dia yang saya nak cuba produk Shaklee.. Saya siap nak order dengan dia, tapi Tum ni baik tau.. Dia tolong saya register jadi member dan suh saya ambik produk tu sendiri kat Shaklee KK branch.. Aik! kat KK ada branch Shaklee ke? nampak sangat saya tak tahu menahu langsung pasal Shaklee.. Rupa-rupanya branch tak jauh dari tempat saya bekerja.

Produk Shaklee pertama yang saya beli ialah Omega Guard, Lecithin, Garlic dan B Complex.. Semua produk tu saya beli untuk Mak saya.. Start July hingga September 2013, mak saya amalkan pengambilan suplemen Shaklee ini secara kosisten. Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan, kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi mak saya back to normal. 


Sharing PERTAMA yang saya buat di Facebook tentang Shaklee ialah testimoni mak saya sendiri

Hingga ke hari ini mak saya masih mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee. Tapi dah advance la, mak saya dah amalkan pengambilan VIVIX ooo.. semua supply secara percuma dari pengedar shaklee Kota Kinabalu yang seorang ni, siapa lagi kalau bukan saya.. Bertuah mak saya dapat anak SID macam saya ni.. Itu story camana saya mula kenal dengan Shaklee.

Bila masa saya mula amalkan produk Shaklee? Bila pulak saya mula jadi usahawan Shaklee? Alamak macam panjang pulak story saya kali ini.. Kalau nak ikutkan sampai 2-3 entry pun tak abis ni.

Produk Shaklee pertama yang saya sendiri amalkan ialah Lecithin dan Alfalfa.. tujuan saya untuk buang lemak-lemak la katakan.. saya start amalkan produk Shaklee ni bulan awal Ogos 2013, memang saya ambik secara konsisten dan pemakanan pun saya jaga. Pertengahan Ogos, saya add lagi satu produk shaklee iaitu Omega Guard. Time tu berat badan saya dalam 60++kgs, after 2 month amalkan 3 produk ni berat badan saya turun 55kgs.. Happy ooo..

Kawan-kawan pulak mula bertanya, apa produk yang saya amalkan.. diorang dah nampak saya slim sikit, jeles la tu kot.. hahaha.. Bila dah ramai bertanya, saya pulak jenis yang banyak cakap, maka berlakunya offline sales.. Bermula detik itu, saya terus fall in love dengan produk Shaklee. Pada penghujung tahun 2013 dengan rasminya saya menjalankan perniagaan Shaklee secara part time. First customer saya terdiri dari kawan-kawan rapat je.. kalau tak silap saya, first bonus Shaklee yang saya terima hanya RM70++, time tu dapat cheq coz takde lagi online2 sistem macam sekarang ni. Alhamdulillah, saya happy sangat kenal dengan Shaklee! 

Pengedar Shaklee Sabah
Diantara dua rakan saya yang mula-mula mempercayai dan menyertai Shaklee dibawah team saya

Bayangkan, upline saya jauh nun di Bintulu, saya di Kota Kinabalu.. kitorang berhubung guna message jer, itupun bukan selalu.. Tapi macamana saya boleh terus melangkah dengan business Shaklee hingga ke hari ini? Saya ingat lagi mula-mula saya nak attend NDT (New Distributor Training) di Palace Hotel KK penghujung 2013.. Dengan muka tak malunya, saya message satu-satunya master shaklee di KK iaitu Master Aya Chalo untuk dapatkan ticket NDT.. nasib baik dia tolong, kalau tidak confirm tak dapat attend NDT. 

Bersama Presiden Shaklee Malaysia Mr Victor Lim di NDT KK yang pertama saya hadiri

Sehari sebelum NDT tu, untuk pertama kalinya saya jumpa super-super upline saya iaitu Master Azrin Mohd (founder OSF) dan Dr Najihah (My Nanny Shaklee). Selepas jumpa orang-orang hebat ni, saya lebih bersemangat untuk buat business Shaklee.. Saya belajar dan mengaplikasikan semua ilmu yang saya peroleh untuk business Shaklee. 


Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Pertama kali berjumpa dengan Master Azrin (kiri), Dr Najihah (tengah memangku Anis), saya (kanan) 

Memandangkan saya mengamalkan produk Shaklee.. Bila saya dah cuba, saya dah amalkan, saya dah rasa keberkesanan produknya... akhirnya saya yakin dan berani berkongsi dengan orang lain tentang produknya.. Bila saya dah mula berkongsi kebaikan produk Shaklee, secara automatik saya dah start promo produk Shaklee. Maksudnya saya dah jadi usahawan Shaklee la jugak. 


Pengedar Shaklee Sabah
Bersama leader-leader hebat OSF

Kini, saya merupakan pengedar shaklee di kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Hampir setahun saya mengenali Shaklee. Perasaan cinta saya terhadapnya semakin hari semakin bertambah. Saya telah membantu ramai orang dalam meingkatkan tahap kesihatan dan juga menambah pendapatan sampingan dengan Shaklee.. Bermacam-macam yang saya perolehi sejak saya mengenali Shaklee. Terima kasih Shaklee! 


With Love,
MamaMia

No comments: