17 November 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | KENALI PENGASAS DAN SEJARAH SHAKLEE

Setelah beberapa beberapa bulan aktif berblog, inilah kali pertama saya nak share tentang pengasas Shaklee dan juga sejarah syarikat Shaklee ini. Sepatutnya awal-awal berblog dah kena buat entry pasal ini. Apa-apapun masih tidak terlambat untuk kita kenali pengasas dan sejarah Shaklee.

Falsafah Dr Forrest C.Shaklee

Dr. Forrest C.Shaklee adalah merupakan pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 yang ketika itu beliau berusia 61 tahun. Jangankan saya, mak saya pun tak lahir lagi pada tahun 1956 tu. Dr Forrest C.Shaklee atau juga dikenali sebagai Dr Shaklee adalah seorang yang berbakat besar dan melalui pelbagai pengalaman yang berbeza-beza yang telah membantu membentuk wawasan beliau. 

Hari ini, falsafah Shaklee "Better You Better World" mencerminkan secara langsung visi awal Dr Shaklee dalam penubuhan Syarikat Shaklee. Minat Dr Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit yang di alami pada zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering. Ketika itu Dr Shaklee tidak mengambil ubat-ubatan atau menerima apa-apa rawatan hospital. Beliau hanya berehat dengan cukup, mengambil makanan berkhasiat dan menghabiskan masa hidup berharmoni dengan keindahan alam semulajadi. 

Sejarah Shaklee
Multivitamin Pertama yang dihasilkan oleh Shaklee

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan yang sangat mendalam telah membawa beliau ke makmal. Dr Shaklee telah berusaha membantu kan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Maka, pada tahun 1915 Dr Shaklee telah memperkenalkan "Vitalized Mineral" yang kini dikenali sebagai "Vitalea". Bagi Dr Shaklee, kesihatan yang baik di perlukan untuk kesejahteraan hidup, bukan hanya merawat penyakit. 

Pada tahun 1956, Dr Shaklee dan dua orang anak-anaknya, Forrest Jr dan Lee (Raleigh) mengasaskan Shaklee Corporation. Secara langsung pemakanan pencegahan dan ko step hidup secara positif juga tertumpu pada tahun 1956. 

Bangunan Shaklee Cooperation yang dulu dan kini

Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa keluarga Shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi ianya lebih kepada membantu orang untuk hidup lebih sihat. Dengan ini, ianya telah meletakkan Shaklee Cooperation bertahan hingga kehari ini. Malah, telah membawa beratus ribu orang kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat, seterusnya membantu kita semua hidup daam dunia yang lebih baik.

Keratan Majalah tentang Multivitamin Pertama Dunia

Jika anda ingin membantu lebih ramai orang untuk sihat diluar sana, anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai Shaklee. Hanya mereka yang menghargai kesihatan diri yang tahu akan kepentingan tentang penubuhan Shaklee. Berminat menjadi keluarga Shaklee?

 Registration Form


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

No comments: