26 November 2014

SUSU IBU BERKURANG? | KENALI PUNCA SUSU IBU BERKURANG

Susu ibu berkurang? Bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan masih menyusukan anak, susu badan berkurang adalah satu perkara yang membimbangkan. Mana tidaknya, anak dah nangis-nangis nak menyusu, tetapi air susu ibu terlalu sedikit tidak dapat memenuhi keperluan anak. Pastinya ibu yang cuba menyusukan anak ini akan berasa susah hati jika susu badannya berkurang..

Kenali punca susu sibu berkurang
Susu Ibu Berkurang? Kenali Puncanya

Mengapa susu ibu berkurang? Susu ibu berkurang adalah adalah di sebabkan beberapa perkara yang mungkin kita sendiri sebagai ibu tidak menyedarinya.  Maka, jom kita kenali 7 punca susu ibu berkurang.


1. KELETIHAN
  • Sebagai seorang ibu pastinya akan berapa letih menguruskan segala hal-hal rumahtangga, apatah lagi ibu yang bekerja. Keletihan biasanya di alami apabila ibu menyusu kurang rehat, badannya juga akan menjadi lesu. Ini akan menjadi punca kuantiti susu ibu berkurang dan tidak cukup untuk memenuhi keperluan anak. Maka, ibu yang menyusu perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya tidak menjadi terlalu keletihan.

2. KESIHATAN
  • Apabila ibu menyusu sakit atau dijangkiti kuman, kuantiti susu ibu akan berkurang. Ini kerana apabila dijangkiti kuman atau sakit, doktor akan memberikan ubat seperti antibiotik. Kebanyakan ubat-ubatan ini akan menganggu pengeluaran susu ibu dan seterunya menyebabkan susu ibu berkurang. 

3. ALKOHOL & ROKOK
  • Alkohol sangat-sangat bahaya jika diamalkan oleh ibu yang masih menyusukan bayi. Ianya menggangu LDR yang boleh perkembangan otak dan fizikan bayi yang menyusu menjadi lambat. Malah, rasa susu ibu juga berubah yang menyebabkan bayi tidak menyukainya dan tidak suka akan menyusu susu ibu.
  • Merokok dan asap rokok akan menganggu pelepasan oxytocin iaitu hormon peting dalam penghasilan susu ibu. Hormon ini akan merangsang LDR yang mana susu akan dikeluarakn daripada payudara kepada bayi. Maka, sekiranya susu tidak berjaya dikeluarkan bermakna tiadalah ransangan untuk menghasilkan susu ibu yang lebih banyak. Ini merupakan punca susu ibu berkurang. 

4. STRES
  • Bila susu ibu bekurang, ibu yang menyusukan anak pastinya akan berasa stres. Sedangkan stres itu adalah merupakan salah satu punca susu ibu berkurang. Maka, untuk merealisasikan penyusuan susu ibu ini, kita sebagai ibu yang masih menyusukan anak haruslah tahu mengawal punca-punca stress ini, lagi-lagi ibu yang berkerja. Jangan sesekali stres di tempat kerja terbawa-bawa sampai ke rumah, kawal lah stres kita. Baca disini Tip Atasi Stres

5. MENGAMALKAN PENGAMBILAN HERBA
  • Ketahui dan kenali apa yang kita makan terutamnya ibu yang masih menyusukan anak. Terdapat jenis herba yang boleh membuatkan kuantiti susu ibu berkurang. Maka, ibu yang masih menyusukan anak haruslah berhati-hati dalam pemakanan terutamanya yang mengandungi herba. Amalkan pemakanan yang sihat yang boleh membantu mengatasi masalah susu ibu berkurang. Baca disini Makanan Sihat Tambah Susu Ibu 

6. MENGAMALKAN PIL PERANCANG KEHAMILAN
  • Selalunya pil perancang kehamilan ini diamalkan oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil. Tidak salah sebenarnya mengamalkan pil perancang kehamilan ini, tetapi kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen yang boleh menjadi punca susu ibu berkurang. Jadi, pilihlah pil perancang kehamilan progesterone yang bukan saja boleh membantu kita merancang kehamilan, malah kuantiti pengeluaran susu ibu juga tidak akan terjejas.

7. IBU HAMIL
  • Bila seseorang ibu itu hamil dan masih menyusukan, hormon penyusuan akan berkurangan dan secara tidak langsung pengeluaran susu ibu berkurang. Malah, rasa susu ibu akan menjadi lebih masin dan ini adalah tidak baik untuk anak yang disusukan. 

Sebagai seorang ibu, kita janganlah megambil mudah penyusuan susu ibu. Sekurang-kurangnya kita perlu mengambil tahu tentang susu ibu. Apatah lagi ibu-ibu muda yang bakal menimang cahaya mata tu. Jangan nanti impian untuk menyusukan anak dua tahun tidak kesampaian malah kurang dari enam bulan.. Nah! lagi parah ye tak.. So, kena tahu punca dan cara mengatasinya. InsyaAllah ia akan membantu kita.



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love,

MamaMia

No comments: