Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts

27 December 2014

EXTENDED BREASTFEEDING | MENYUSUKAN ANAK LEBIH DARI 2 TAHUNMEMUDARATKAN KESIHATAN

Kebanyakkan dan umumnya mengetahui penyusuan susu ibu bagi si manja secara eksklusif 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Namun begitu ada juga ibu-ibu yang menyusukan anak selepas usia 2 tahun. Adakah penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh diteruskan?

Menyusukan anak lebi dari 2 tahun memudaratkan kesihatan
Extended Breastfeeding 

Menurut kenyataaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF), masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap. ini bermakna penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh di teruskan.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.

Kelebihan Extended Breastfeeding bagi Si Ibu

Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk si ibu dan anak juga. Sekiranya kita bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh.

Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental si ibu.

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu kita memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan kita dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit seperti:-

1. Kanser payu dara
2. Kanser ovari
3. Kanser rahim
4. Endometrium
5. Osteoporosis
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes

Kelebihan Extended Breastfeeding Bagi Si Manja

Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi :

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah, kandungan nutrisi susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak kita. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

9 MITOS TENTANG SUSU IBU

Terlalu banyak mitos tentang susu ibu yang kebanyakkan menjadi kepercayaan segelintir ibu-ibu yang  menyusukan anak walhal tidak dikaji atau diselidik dahulu akan kebenarannya.. Sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan anak, saya sedikit sebanyak juga turut mengetahui beberapa mitos tentang susu ibu ini.

Mitos Susu Ibu
9 Mitos Tentang Susu Ibu

MITOS 1

Susu Berwarna Kekuningan Sewaktu Kali Pertama Kali Bayi Menyusu Adalah Susu Basi


Fakta ~ Lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair berwrna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi pertama bayi. Kolostrum hanya hadir pada tiga atau empat hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh enam bulan atau tempoh dua tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang.

Kolostrum adalah makan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


MITOS 2

Payu Dara Ibu Menyusu Lebih Cepat Mengendur


Fakta ~ Secara alami saiz payu dara akan berisi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis – pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payu dara ibu akan menurun cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.


MITOS 3

Bayi Akan Sentiasa Melekap Pada Ibu


Fakta ~ Ibu adalah manusia pertama bayi kenal. Manakan tidak sembilan bulan bayi menumpang teduh di dalam rahim ibunya, setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 kali sehari.

Impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak. Usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat, mungkin sekitar enam bulan sahaja, dua tahun atau mungkin lebih sehingga tida tahun atau lima tahun.

Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu ibu akan membesar menjadi individu yang lebih berdikari, berasa selamat dan dilindungi, lebih berkeyakinan dan kurang menangis.Ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.


MITOS 4

Susu Ibu Tidak Sesedap Susu Formula


Fakta ~ Hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya. Sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka, belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu.

Gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.


MITOS 5

Payu Dara Kecil Punca Susu Ibu Kurang


Fakta ~ Semua ibu secara semula jadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda.


MITOS 6

Apabila Memilih Untuk Menyususkan Anak Sepenuhnya, Pemakanan Ibu Haruslah Terkawal

Fakta ~ Semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara ekslusif. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan.Bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafeina (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu dua jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


MITOS 7 

Susu Ibu Terlalu Cair


Fakta ~ Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi tiga lapisan iaitu warna keruh di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.

Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80 peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi.

Naluri semula jadi manusia minum sebab dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan menyebabkan kenyang.


MITOS 8

Puting Susu Ibu Perlu dicuci Sebelum Menyusukan Bayi


Fakta ~ Puting payu dara bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi.

Bintik-bintik kecil disekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payu dara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci.


MITOS 9

Menyusu Boleh Mengubah Saiz Badan Ibu


Fakta ~ Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan, selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.


Jika anda mengalami masalah kekurangan susu ibu, tidak salah mencuba pengambilan suplemen yang membantu menambahkan susu badan anda. Ketahui info lanjut << Sumber Makanan yang Membantu Tambah Susu Ibu >>


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

26 November 2014

SUSU IBU BERKURANG? | KENALI PUNCA SUSU IBU BERKURANG

Susu ibu berkurang? Bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan masih menyusukan anak, susu badan berkurang adalah satu perkara yang membimbangkan. Mana tidaknya, anak dah nangis-nangis nak menyusu, tetapi air susu ibu terlalu sedikit tidak dapat memenuhi keperluan anak. Pastinya ibu yang cuba menyusukan anak ini akan berasa susah hati jika susu badannya berkurang..

Kenali punca susu sibu berkurang
Susu Ibu Berkurang? Kenali Puncanya

Mengapa susu ibu berkurang? Susu ibu berkurang adalah adalah di sebabkan beberapa perkara yang mungkin kita sendiri sebagai ibu tidak menyedarinya.  Maka, jom kita kenali 7 punca susu ibu berkurang.


1. KELETIHAN
  • Sebagai seorang ibu pastinya akan berapa letih menguruskan segala hal-hal rumahtangga, apatah lagi ibu yang bekerja. Keletihan biasanya di alami apabila ibu menyusu kurang rehat, badannya juga akan menjadi lesu. Ini akan menjadi punca kuantiti susu ibu berkurang dan tidak cukup untuk memenuhi keperluan anak. Maka, ibu yang menyusu perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya tidak menjadi terlalu keletihan.

2. KESIHATAN
  • Apabila ibu menyusu sakit atau dijangkiti kuman, kuantiti susu ibu akan berkurang. Ini kerana apabila dijangkiti kuman atau sakit, doktor akan memberikan ubat seperti antibiotik. Kebanyakan ubat-ubatan ini akan menganggu pengeluaran susu ibu dan seterunya menyebabkan susu ibu berkurang. 

3. ALKOHOL & ROKOK
  • Alkohol sangat-sangat bahaya jika diamalkan oleh ibu yang masih menyusukan bayi. Ianya menggangu LDR yang boleh perkembangan otak dan fizikan bayi yang menyusu menjadi lambat. Malah, rasa susu ibu juga berubah yang menyebabkan bayi tidak menyukainya dan tidak suka akan menyusu susu ibu.
  • Merokok dan asap rokok akan menganggu pelepasan oxytocin iaitu hormon peting dalam penghasilan susu ibu. Hormon ini akan merangsang LDR yang mana susu akan dikeluarakn daripada payudara kepada bayi. Maka, sekiranya susu tidak berjaya dikeluarkan bermakna tiadalah ransangan untuk menghasilkan susu ibu yang lebih banyak. Ini merupakan punca susu ibu berkurang. 

4. STRES
  • Bila susu ibu bekurang, ibu yang menyusukan anak pastinya akan berasa stres. Sedangkan stres itu adalah merupakan salah satu punca susu ibu berkurang. Maka, untuk merealisasikan penyusuan susu ibu ini, kita sebagai ibu yang masih menyusukan anak haruslah tahu mengawal punca-punca stress ini, lagi-lagi ibu yang berkerja. Jangan sesekali stres di tempat kerja terbawa-bawa sampai ke rumah, kawal lah stres kita. Baca disini Tip Atasi Stres

5. MENGAMALKAN PENGAMBILAN HERBA
  • Ketahui dan kenali apa yang kita makan terutamnya ibu yang masih menyusukan anak. Terdapat jenis herba yang boleh membuatkan kuantiti susu ibu berkurang. Maka, ibu yang masih menyusukan anak haruslah berhati-hati dalam pemakanan terutamanya yang mengandungi herba. Amalkan pemakanan yang sihat yang boleh membantu mengatasi masalah susu ibu berkurang. Baca disini Makanan Sihat Tambah Susu Ibu 

6. MENGAMALKAN PIL PERANCANG KEHAMILAN
  • Selalunya pil perancang kehamilan ini diamalkan oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil. Tidak salah sebenarnya mengamalkan pil perancang kehamilan ini, tetapi kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen yang boleh menjadi punca susu ibu berkurang. Jadi, pilihlah pil perancang kehamilan progesterone yang bukan saja boleh membantu kita merancang kehamilan, malah kuantiti pengeluaran susu ibu juga tidak akan terjejas.

7. IBU HAMIL
  • Bila seseorang ibu itu hamil dan masih menyusukan, hormon penyusuan akan berkurangan dan secara tidak langsung pengeluaran susu ibu berkurang. Malah, rasa susu ibu akan menjadi lebih masin dan ini adalah tidak baik untuk anak yang disusukan. 

Sebagai seorang ibu, kita janganlah megambil mudah penyusuan susu ibu. Sekurang-kurangnya kita perlu mengambil tahu tentang susu ibu. Apatah lagi ibu-ibu muda yang bakal menimang cahaya mata tu. Jangan nanti impian untuk menyusukan anak dua tahun tidak kesampaian malah kurang dari enam bulan.. Nah! lagi parah ye tak.. So, kena tahu punca dan cara mengatasinya. InsyaAllah ia akan membantu kita.



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love,

MamaMia

23 November 2014

TIP TAMBAH SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

Sebagai seorang ibu, menyusukan si manja adalah kenangan yang paling indah dalam hidup ini. Malangnya ketika itu saya hanya sempat menyusukan bayi saya tidak sampai setahun. Itu semua atas tuntutan kerja.. Namun, begitu saya bersyukur kerana anak saya kini telah berusia 8 tahun, dia telah tumbuh membesar dan sihat. InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya akan pastikan bayi saya mendapat ibu ibu selama 2 tahun.

Tambah susu ibu
Tip Tambah Susu Ibu Secara Semulajadi

Sebenarya penyusuan susu ibu hendaklah diberikan kepada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu mereka kurang menyebabkan mereka hanya memberikan susu formula kepada bayinya. Tiada istilah susu tiada atau susu kurang terutama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.

Sebagai seorang ibu atau bakal ibu, kita perlulah kuat semangat dan keazaman yang tinggi dalam memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu penyusuan. Bukan susah sangat pun dengan hanya google dan satu klik saja kita akan memperolehi info-info tentang penyusuan di internet. Entry kali ini saya nak sharekan sedikit sebanyak tip tambah susu ibu secara semulajadi


TIP TAMBAH SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

1. Pemakanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Salah satu cara untuk menambah susu badan ialah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan dan tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu atau bahasa orang putihnya  Milk Booster, diantaranya..

  • Lobak Putih amat sesuai dibuat sup bersama sayur-sayuran dan ikan bilis. Boleh juga diparut dan direndam didalam air suam dan kemudian airnya di minum begitu saja.
  • Buah Longan Kering selalunya akan di rebus bersama kismis, barli atau buah kurma. Campurkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
  • Kurma adalah merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protien, serat, glukosa. vitamin A & C, sodium dan potassium. Selain itu, kurma juga kaya dengan zat besi dan mampu membekalkan tenaga segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
  • Habbatus Sauda / Jintan Hitam (Black Seed) juga merupakan salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullaj. Sangat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Kini, bole didapati dalam bentuk kapsul.
  • Pucuk Betik / Betik Muda boleh dimakan mentah atau di makan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
  • Halba (Fenugreek) sangat mudah disediakan hanya dengan merendamnya besama air suam dan kemudia boleh diminum begitu saja. Bagi yang rajin, halba juga boleh diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
  • Moringga atau Pokok Kelor amat terkenal di kalanagn masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat melayu. Selain menambah susu ibu, ia juga sesuai di makan ketika sakit tekak ataupun selesema.
  • Jantung Pisang sangat mudah diperolehi dan boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman. Lagi sedap jika dimasak gulai lemak.
  • Daun Cekur Manis / Pucuk Manis pula sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
  • Kacang Soya merupakan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu yang berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

2. Pengambilan Air

Pengambilan Air kosong yang cukup oleh ibu menyusu amatlah penting bagi mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi atau kekurangn air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkn susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslaj meminum air masak sekurang-kurangnta 3 liter sehari


3. Pemakanan Seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahab dalam diet seharian. Selain untuk menyusukan bayi, ibu menyusu juga haruslah menjaga kesihatan.

Diantara makanan yang perlu diamalkan oleh ibu menyusu

4. Psikologi

Dari sudut psokologi, para ibu digalakkan untuk berfikiran positif dengan sentiasa tetapkan dalam minda bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan stress atau tekanan kerana ianaya akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Bila kita sentiasa berfikiran positif, InsyaAllah, kita akan berasa lebih tenang dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kitaran punca susu ibu kurang


5. Kekerapan Mengepam

Pengeluaran susu inu adalah berdasarkan kepada konsep Deman Vs Supply. Apabila kita semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi kita. Mengepamlah secara konsisten tanpa menunggu payudara bengkak atau breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutama semasa bayi tiada bersama kita.

Salah satu alat pengepan susu yang boleh membantu ibu menambah susu ibu

6. Doa

Amalkan lah zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, Selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya kita berjaya menyusukan anak kita sehingga berumur dua tahun tertutamanya setiap kali selepas solat.

tambah susu ibu
Doa yang diamalkan untuk membantu tambah susu ibu

Tip-tip ini adalah antara cara menambah susu ibu. Selain itu, jika ada ibu-ibu yang menyusukan bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya sangat-sangat mencadangakan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh kita. Suplemen ini selalunya berfungi untuk memastikan tubuh kita sihat, bertenaga, tidak stress. Maka, proses penyusuan bayi dapat berlangsung dengan lancar.

tambah susu ibu
Keratan Majalah iSihat tentang tip tingkatkan susu ibu


Ini adalah suplemen set penyusuan Shaklee yang sering menjadi pilihan ibu-ibu menyusu. Di datangkan dalam pelbagai set untuk pilihan dan budget anda. Ingin mencuba set lengkap penyusuan Shaklee?




Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

03 May 2014

BERHATI-HATI DENGAN MEALSHAKE SHAKLEE TIRUAN

Betulkah Meal Shake Shaklee ni ada yang TIRUAN? 



Ternyata semuanya adalah berita yang tidak benar. 


Tiada Meal Shake Shaklee TIRUAN!!!

Meal Shake Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Mealshake
Fakta tentang Meal Shake Shaklee:
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

15 KEBAIKAN Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak yang ibubapa perlu tahu:
  1. Mengatasi Ekzema
  2. Membantu Tumbesaran
  3. Perkembangan Minda
  4. Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  5. Meningkatkan berat badan
  6. Sesuai untuk anak yang telah berhenti menyusu ibu
  7. Anak yang kekal Aktif 
  8. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak
  9. Membantu kanak-kanak focus dalam pembelajaran
  10. Membantu mengurangkan kekerapa asthma
  11. Mengatasi Masalah sembelit bagi kanak-kanak
  12. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak yang obesiti
  14. Meningkatkan kecergasan seawal pagi selepas bersarapan
  15. Supplement yang mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin dan susu

Atasi Masalah Kanak-Kanak


Meal Shake Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shake Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shake Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
Mengapa saya memilih Meal Shake Shaklee?
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segra yang mampu milik
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan Ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Saraoan Mealshake

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shake Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

mealshake
Selain itu, Meal Shake Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein. Hebatkan Meal Shake Shaklee ni!!! MAHAL??? Oh Semestinya TIDAK.. Promosi BELI 6 PECUMA 1 sedang berjalan sepanjang bulan Mei 2014.. Kalau nak murah lagi, meh join member, gerenti murah punya... 
Bagaimana untuk mendapatkan Mealshake Shaklee? Boleh hubungi saya bila-bila masa.. Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda...