Showing posts with label Makanan Tambah Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Makanan Tambah Susu Ibu. Show all posts

23 November 2014

TIP TAMBAH SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

Sebagai seorang ibu, menyusukan si manja adalah kenangan yang paling indah dalam hidup ini. Malangnya ketika itu saya hanya sempat menyusukan bayi saya tidak sampai setahun. Itu semua atas tuntutan kerja.. Namun, begitu saya bersyukur kerana anak saya kini telah berusia 8 tahun, dia telah tumbuh membesar dan sihat. InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya akan pastikan bayi saya mendapat ibu ibu selama 2 tahun.

Tambah susu ibu
Tip Tambah Susu Ibu Secara Semulajadi

Sebenarya penyusuan susu ibu hendaklah diberikan kepada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu mereka kurang menyebabkan mereka hanya memberikan susu formula kepada bayinya. Tiada istilah susu tiada atau susu kurang terutama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.

Sebagai seorang ibu atau bakal ibu, kita perlulah kuat semangat dan keazaman yang tinggi dalam memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu penyusuan. Bukan susah sangat pun dengan hanya google dan satu klik saja kita akan memperolehi info-info tentang penyusuan di internet. Entry kali ini saya nak sharekan sedikit sebanyak tip tambah susu ibu secara semulajadi


TIP TAMBAH SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

1. Pemakanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Salah satu cara untuk menambah susu badan ialah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan dan tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu atau bahasa orang putihnya  Milk Booster, diantaranya..

  • Lobak Putih amat sesuai dibuat sup bersama sayur-sayuran dan ikan bilis. Boleh juga diparut dan direndam didalam air suam dan kemudian airnya di minum begitu saja.
  • Buah Longan Kering selalunya akan di rebus bersama kismis, barli atau buah kurma. Campurkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
  • Kurma adalah merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protien, serat, glukosa. vitamin A & C, sodium dan potassium. Selain itu, kurma juga kaya dengan zat besi dan mampu membekalkan tenaga segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
  • Habbatus Sauda / Jintan Hitam (Black Seed) juga merupakan salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullaj. Sangat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Kini, bole didapati dalam bentuk kapsul.
  • Pucuk Betik / Betik Muda boleh dimakan mentah atau di makan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
  • Halba (Fenugreek) sangat mudah disediakan hanya dengan merendamnya besama air suam dan kemudia boleh diminum begitu saja. Bagi yang rajin, halba juga boleh diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
  • Moringga atau Pokok Kelor amat terkenal di kalanagn masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat melayu. Selain menambah susu ibu, ia juga sesuai di makan ketika sakit tekak ataupun selesema.
  • Jantung Pisang sangat mudah diperolehi dan boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman. Lagi sedap jika dimasak gulai lemak.
  • Daun Cekur Manis / Pucuk Manis pula sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
  • Kacang Soya merupakan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu yang berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

2. Pengambilan Air

Pengambilan Air kosong yang cukup oleh ibu menyusu amatlah penting bagi mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi atau kekurangn air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkn susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslaj meminum air masak sekurang-kurangnta 3 liter sehari


3. Pemakanan Seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahab dalam diet seharian. Selain untuk menyusukan bayi, ibu menyusu juga haruslah menjaga kesihatan.

Diantara makanan yang perlu diamalkan oleh ibu menyusu

4. Psikologi

Dari sudut psokologi, para ibu digalakkan untuk berfikiran positif dengan sentiasa tetapkan dalam minda bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan stress atau tekanan kerana ianaya akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Bila kita sentiasa berfikiran positif, InsyaAllah, kita akan berasa lebih tenang dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kitaran punca susu ibu kurang


5. Kekerapan Mengepam

Pengeluaran susu inu adalah berdasarkan kepada konsep Deman Vs Supply. Apabila kita semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi kita. Mengepamlah secara konsisten tanpa menunggu payudara bengkak atau breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutama semasa bayi tiada bersama kita.

Salah satu alat pengepan susu yang boleh membantu ibu menambah susu ibu

6. Doa

Amalkan lah zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, Selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya kita berjaya menyusukan anak kita sehingga berumur dua tahun tertutamanya setiap kali selepas solat.

tambah susu ibu
Doa yang diamalkan untuk membantu tambah susu ibu

Tip-tip ini adalah antara cara menambah susu ibu. Selain itu, jika ada ibu-ibu yang menyusukan bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya sangat-sangat mencadangakan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh kita. Suplemen ini selalunya berfungi untuk memastikan tubuh kita sihat, bertenaga, tidak stress. Maka, proses penyusuan bayi dapat berlangsung dengan lancar.

tambah susu ibu
Keratan Majalah iSihat tentang tip tingkatkan susu ibu


Ini adalah suplemen set penyusuan Shaklee yang sering menjadi pilihan ibu-ibu menyusu. Di datangkan dalam pelbagai set untuk pilihan dan budget anda. Ingin mencuba set lengkap penyusuan Shaklee?




Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

04 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MAKANAN TAMBAH SUSU IBU (MILK BOOSTER)

Cabaran HEBAT untuk saya kali ini.. Mana tidaknya kena buat entry tentang makanan tanbahan yang mampu membantu menambahkan susu ibu dan juga petuanya dengan cara sihat dan semulajadi... Fuhhhhh! Rasa-rasanya dah hampir 8 tahun yang lalu kot yang melahirkan anak tunggal perempuan saya tu.. Lama bangettt.

Akhirnya Mr Google dan buku-buku ibu hamil menjadi panduan saya... Seperti yang kita sedia ketahui bahawa seseorang ibu yang baru melahirkan harus menjayakan proses penyusuan bayi sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan.. Sedihlah plak saya kerana hanya mampu menyusukan anak saya dulu hanya dalam tempoh kurang 6 bulan.. InsyaAllah jika diberikan rezeki dariNYA, saya akan cuba menjayakan proses penyusuan untuk tempoh dua tahun.

Banyak factor yang mesti kita diambil perhatian. Ini kerana ramai ibu-ibu yang baru melahirkan mengalami masalah susu badan mereka  tiada, susu mereka kurang. Tetapi semua ini berlaku kerana kita tidak memenuhkan ilmu didada dengan mempelajari tentang ilmu penyusuan.. Memang menyusukan bayi nampak sangat mudah.. Namun hakikatnya tidak! Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. 

Milk Booster
Susu Ibu lebih berkhasiat daripada susu tepung dipasaran


MAKANAN TABAH SUSU ATAU PENGGALAK SUSU (MILK BOOSTER)
Diantara cara untuk menambah susu badan ibu yang baru melahirkan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster seperti berikut:-  


Lobak Putih
  • Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


Buah Longan Kering
  • Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


Kurma
  • Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


Pucuk Betik/Betik Muda
  • Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.


Halba/Fenugreek
  • Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


Habbatus Sauda/Jintan hitam/Black seed
  • Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.


Moringa/Murunggai/Pokok Kelor
  • Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


Jantung Pisang
  • Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.


Daun Cekur Manis/Pucuk Sayur Manis
  • Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.


Kacang Soya
  • Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
  • Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Pemakanan seimbang
  • Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.



PSIKOLOGI
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  InsyaAllah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Tip tambah susu ibu
Doa Tambah Susu Ibu

Jika seseorang ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 



BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU DALAM MENAMBAH SUSU IBU?

Set Breastfeeding Shaklee disediakan khas bagi memudahkan ibu-ibu yang baru melahirkan untuk menyusukan bayi mereka.. Set ini termasuklah supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi dan penambah susu terbaik... So, kita cuma sebut Set Breastfeeding, satu set dah tersedia.

Set breastfeeding
Set Breastfeeding


Set ini mengandungi:

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Sumber protein yang mampu membekalkan tenaga

Vitalea 
  • Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.


Vitamin-C
  • Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.


B Complex
  • Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.


Alfalfa Complex  
  • Telah digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. 



Namun, 3 PERKARA PENTING ini WAJIB diamalkan
  1. Minum 3 Liter air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa, tawakal

Kita juga harus ingat, set ini bukan ubat ajaib, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya macam pil-pil yang jual kat pasaran tu.. anda silap!  Suplemen Shaklee adalah natural atau semulajadi, suplemennya bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas. InsyaAllah masalah kekurangan susu ibu akan dapat diatasi.

Ingin mencuba Set Breastfeeding Shaklee? Anda hanya perlu mencari SID yang mampu memberikan info ISTIMEWA, tip ISTIMEWA, harga ISTIMEWA, penghantaran ISTIMEWA seperti saya, kerana bagi saya bayi anda terlalu ISTIMEWA.. 


With Love,
MamaMIa