Showing posts with label Chewable VitaC Plus. Show all posts
Showing posts with label Chewable VitaC Plus. Show all posts

04 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MAKANAN TAMBAH SUSU IBU (MILK BOOSTER)

Cabaran HEBAT untuk saya kali ini.. Mana tidaknya kena buat entry tentang makanan tanbahan yang mampu membantu menambahkan susu ibu dan juga petuanya dengan cara sihat dan semulajadi... Fuhhhhh! Rasa-rasanya dah hampir 8 tahun yang lalu kot yang melahirkan anak tunggal perempuan saya tu.. Lama bangettt.

Akhirnya Mr Google dan buku-buku ibu hamil menjadi panduan saya... Seperti yang kita sedia ketahui bahawa seseorang ibu yang baru melahirkan harus menjayakan proses penyusuan bayi sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan.. Sedihlah plak saya kerana hanya mampu menyusukan anak saya dulu hanya dalam tempoh kurang 6 bulan.. InsyaAllah jika diberikan rezeki dariNYA, saya akan cuba menjayakan proses penyusuan untuk tempoh dua tahun.

Banyak factor yang mesti kita diambil perhatian. Ini kerana ramai ibu-ibu yang baru melahirkan mengalami masalah susu badan mereka  tiada, susu mereka kurang. Tetapi semua ini berlaku kerana kita tidak memenuhkan ilmu didada dengan mempelajari tentang ilmu penyusuan.. Memang menyusukan bayi nampak sangat mudah.. Namun hakikatnya tidak! Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. 

Milk Booster
Susu Ibu lebih berkhasiat daripada susu tepung dipasaran


MAKANAN TABAH SUSU ATAU PENGGALAK SUSU (MILK BOOSTER)
Diantara cara untuk menambah susu badan ibu yang baru melahirkan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster seperti berikut:-  


Lobak Putih
  • Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


Buah Longan Kering
  • Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


Kurma
  • Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


Pucuk Betik/Betik Muda
  • Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.


Halba/Fenugreek
  • Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


Habbatus Sauda/Jintan hitam/Black seed
  • Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.


Moringa/Murunggai/Pokok Kelor
  • Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


Jantung Pisang
  • Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.


Daun Cekur Manis/Pucuk Sayur Manis
  • Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.


Kacang Soya
  • Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
  • Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Pemakanan seimbang
  • Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.



PSIKOLOGI
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  InsyaAllah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Tip tambah susu ibu
Doa Tambah Susu Ibu

Jika seseorang ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 



BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU DALAM MENAMBAH SUSU IBU?

Set Breastfeeding Shaklee disediakan khas bagi memudahkan ibu-ibu yang baru melahirkan untuk menyusukan bayi mereka.. Set ini termasuklah supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi dan penambah susu terbaik... So, kita cuma sebut Set Breastfeeding, satu set dah tersedia.

Set breastfeeding
Set Breastfeeding


Set ini mengandungi:

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Sumber protein yang mampu membekalkan tenaga

Vitalea 
  • Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.


Vitamin-C
  • Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.


B Complex
  • Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.


Alfalfa Complex  
  • Telah digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. 



Namun, 3 PERKARA PENTING ini WAJIB diamalkan
  1. Minum 3 Liter air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa, tawakal

Kita juga harus ingat, set ini bukan ubat ajaib, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya macam pil-pil yang jual kat pasaran tu.. anda silap!  Suplemen Shaklee adalah natural atau semulajadi, suplemennya bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas. InsyaAllah masalah kekurangan susu ibu akan dapat diatasi.

Ingin mencuba Set Breastfeeding Shaklee? Anda hanya perlu mencari SID yang mampu memberikan info ISTIMEWA, tip ISTIMEWA, harga ISTIMEWA, penghantaran ISTIMEWA seperti saya, kerana bagi saya bayi anda terlalu ISTIMEWA.. 


With Love,
MamaMIa


23 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : JOM KITA MAKAN UNTUK BAKAR LEMAK!! BIAR BETUL??

Siapa yang mampu menahan diri apabila melihat makanan manis yang lazat dan sedap??.. Bukan sekadar rasanya, tekstur makanan juga boleh menjadi penggoda untuk kita menikmatinya.. Sadap bah tu!

Membakar lemak dengan cara makan
Makan juga salah sau cara membakar lemak..  Bagaimana?


Menurut Paul Bresin, profesor di Rutgers University dan ahli Monell Chemical Senses Center, lidah mampu menjadi saingan dalam merasakan teksturnya dan juga organ badan menjadi penggera terbaik untuk mengesan perbezaan tekstur makanan... Wah2 macam pakar pemakanan pulak den ni.. hihihi.

Masalahnya, kita hanya mengenali teksturnya yang merangsang untuk terus mengunyah walaupun tidak lapar.. Lebih teruk lagi, kita memilih makanan yang berkalori tinggi tanpa kita sedari... Kalau nak tau, keadaan inilah yang membuatkan diet kita terganggu.. 

Jom kita belajar untuk bersahabat dengan makanan!! Mungkin cara ini boleh membuatkan badan kita kekal sihat dan langsing.

SEDIKIT SAHAJA
  • Penelitian menunjukkan lemak makanan yang berminyak dimulut boleh menghidupkan orbitofrontal contex (mengarahkan kita makan lebih banyak).
  • Namun, kita tidak perlu menghilangkan lemak sama sekali dalam piggan makanan kita. Bagilah lidah kita untuk merasa sedikit makanan lemak (sekadar memuaskan)

PILIH YANG TEBAL
  • Penelitian oleh Kess de Graaf, profesor di Wageningen, Belanda (jauhnya Belanda ooo) menunjukkan semakin cair atau lembut sesuatu makanan, semaki sedikit isyarat ke perut dan otak. Inilah yang membuatkan semakin banyak kita ingin mengambilnya... So, pasni cari makanan yang tebal-tebal tau!
  • Kebanyakan produk makanan sekarang dibuat untuk lebih cepat dinikmati. Keadaan ini boleh menjadi alasan untuk kita menghadkan makanan yang di proses... Maka, bertukarlah kepada bahan-bahan makanan yang segar.

KERANA EMOSI
  • Kebanyakan kita makan berlebihan dengan alasan bosan, sedih, geram, marah dan sebagainya. Kajian mendapati apabila seseorang itu marah, mereka lebih cenderung untuk mengunyanh makanan yang ranggup.. Manakala ketika seseorng itu inginkan hiburan, mereka inginkan sesuatu yang berkrim dan lembut.
  • Alihkan kebiasaan kita dengan membuat senarai perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan makanan seperti bersenam. mandi, menonton televisyen atau menelefon seseorang.
  • Ketika kita menikmati makanan kesukaan kita, makanlah dengan penuh perhatian... jangan gelojoh tau!! Ini akan membuatkan kita makan dengan lebih sedikit.

KUNYAH INI, BUKAN ITU...
Ini biasanya terjadi apabila makanan kegemaran kita melambai-lambai.. hahahha... gantigkan dengan makanan ini.. Kita akan berasa puas dan berat badan tidak akan bertambah.. 

Anda Inginkan:
  • Kekerapan kerepek, bertih jagung, biskut.
Kunyah Ini:
  • Baby lobak merah, potongan buah atau badam (hati-hati kerana 1/2 gelas mengandungi 400kalori)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda Inginkan:
  • Makanan yang berkrim (jem kacang, burger dengan keju)
Gantikan Ini:
  • Jeli tanpa gula atau semangkuk sup (untuk makan malam)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Inginkan:
  • Makanan berminak atau berlemk seperti kentang gorang, burger dan pizza

Kunyah Ini:
  • Ubi panggang yang disapu dengan minyak atau pizza nipis dengan topping sayuran
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Inginkan:
  • Minuman berjus, soda atau ais

Cuba Ini:
  • Penelitian mengatakan bahawa menghadkan kalori minuman boleh membantu menurunkan berat badan kita.
  • Semakin pekat minuman, semakin menyedapkan.. Namun, kita boleh tukarkan dan kurangkan kalori dengan menyediakan sendiri minuman seperti pisang yang dikisar sendiri (tak pernah cuba lagi ni).. Must try it! 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudah-mudahan info ini membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi tidak mampu menahan lapar.. yang penting kawal sedikit kuantiti yang kita ambil.. InsyaAllah akan berhasil. Selamat Mencuba!


With Love
MamaMia

26 May 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau, Sabah : MENGUATKAN DAYA TAHAN TUBUH KANAK-KANAK

Sebagai seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang baru berusia 7 tahun, saya sangat-sangat cerewet dalam memilih dan memberikan apa jua keperluannya. Tidak kiralah dari segi pemakaian, pemakanan, pendidikan dan kesihatan. Semua akan saya teliti kerana saya mahukan semua yang terbaik untuknya...

Anak Mama Sayang (Dania Mairisya @ Caca)

Namanya juga kanak-kanak kan, pergerakan terlalu aktif, kita jaga dan perhati selalu pun kalau malang tu tak berbau, semua boleh terjadi sekelip mata. Macam tula yang terjadi dekat anak perempuan saya seorang ni.. Entah bagaimana dia boleh tergelincir didalam bilik air dan kepala terkena bucu pintu bilik air.. Kena kat kepala plak tu... Oh tidakkk... 

Jantung ni macam terhenti sekejap bila dapat call dari rumah bagitau yang anak saya di klinik dirawat kerana kepala berdarah akibat terkena bucu pintu bilik air.. Kepala tu! Sebut saja luka atau perdarahan bahagian kepala, tentu kita dah rasa seram sejuk. Apatah lagi bila menimpa kat anak kita yer tak..

Laju je saya sampai Klinik tempat anak saya dirawat, saya masuk je terus dalam bilik emergency tu.. Tengok-tengok makbapak saya dah kat dalam menemani cucu kesayangan nya. Siapa lagi, anak saya lah.. Masa tu doktor dah siap cukur dah rambut dibahagian luka di kepala anak saya tu.. Darah masih keluar tau.. Anak saya takya cakaplah memang menangis, lagi-lagi bila nampak saya.. Airmata saya ni pun laju keluar... Sedih tau! 

Adalah juga dalam lima ke enam jahitan di kepala anak saya tu.. Doktor cuma bagitau kena jagalah takut jahitan terbuka dan terkena jangkitan.. Tangisan anak saya dah reda dah bila dah sampai rumah.. Tapi tidak sampai sejam gitu, dia dah boleh ketawa-ketawa siap boleh menari geleng-geleng kepala tengok chanel astro 611... Ishhh! Biar betul budak seorang ni? Tak sakit ke kepala tu berjahit... 

Meal Shake

Syukur Alhamdulillah.. Dalam tempoh tidak sampai seminggu anak saya dah recover.. Saya cuba bawa dia ke klinik untuk check keadaan kepala & jahitan tu.. Just untuk pastikan tiada kesan-kesan yang tidak baik.. Doktor sendiri pun suprise tengok, cepatnya! Menurutnya kebanyakan kes-kes begini mengambil masa 2-4minggu untuk recover.. 

Bila saya fikir-fikir balik, ehhhh anak saya ni kan mengamalkan pengambilan Meal Shake Shaklee sebelum incident jatuh di bilik air tu... Tidak penah miss pun meminumnya setiap hari...  Selain tu anak saya juga mengamalkan pengambilan supplement Chewable VitaC Plus... Wah!!! Mungkin kah kerana mengamalkan kedua-dua supplement ni membuatkan anak saya cepat recover?
Meal Shake

Jawapan saya "YA"... Kini saya percaya dan yakin dengan mengamalkan pengambilan MealShake dan Chewable VitaC plus secara konsisten untuk anak saya dapat membantu menguatkan daya tahan tubuhnya... Buktinya! Kepala dah bocor berdarah, dia cuma menangis sekali saja semasa proses jahitan di klinik.. Selepas tu, anak saya back to normal, tak macam budak sakit pun...

Anak Mama Sayang (Dania Mairisya @ Caca)
Mama proud of you my dear! Mama luv u much! Thank you Allah! Thank you Shaklee!.. Now you show me the easy way to take care of my daughter... Wang ringgit tidak dapat membeli kesihatan dan kecerian anak saya.. Apalah sangat nilai pelaburan wang ringgit kita dibanding kesihatan anak kita!.. 

Untuk ibubapa diluar sana...  Untuk ibubapa yang hanya sayangkan anak-anak.. saya sangat-sangat menyarankan untuk memberikan MealShake dan Chewable VitaC Plus kepada anak-anak seawal usia 1tahun... Mana nak dapatkannya? Bole menghubungi saya di talian 014-6737104 (call/SMS/WhatsApp/WeChat/Telegram) atau email ke hasmiah79@gmail.com.. Penghantaran terus ke hadapan pintu rumah anda seluruh Malaysia.