Showing posts with label MealShake. Show all posts
Showing posts with label MealShake. Show all posts

10 November 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | RESEPI MINUMAN SHAKLEE KEGEMARAN SAYA

Resepi.. Selalunya bila sebut pasal resepi, tentu kita akan terfikir tentang resepi makanan.. Sebenarnya resepi bukan saja untuk makanan, tetapi juga minuman. Malah, ada yang mengaitkan resepi dengan rahsia.. Contoh nya resepi kejayaan bermaksud rahsia kejayaan. Perkataan resepi kini bukan hanya dikaitkan dengan makanan atau bab masak-memasak lagi.

Resepi Minuman Kegemaran Saya
Resepi Minuman Shaklee Kegemaran Saya


Entry kali ini saya nak kongsikan beberapa resepi minuman pemberi tenaga yang sedap yang saya amalkan setiap hari. Bukan saja memberi tenaga, malah membuatkan badan saya semakin sihat dan kulit pulak cantik gitu.. 


Resepi PERTAMA
Performance Drink dengan Sanquick Manggo
    Resepi Minuman Shaklee
    Performance Drink dicampur dengan Sunquick Manggo untuk Tenaga Berpanjangan

  • Performance Drink mampu membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal kepada tubuh kita. Dengan mengamalkan meminum Performance Drink setiap hari terutamanya seperti saya yang sentiasa sibuk, ianya akan membuatkan saya kekal aktif dan bertenaga
  • Sanquick Manggo ada rasa manis dan tidak masam berbanding minuman sunquick yang lain. Ini manjadikan rasa kedua kobinasi ini menjadi lebih sedap
  • Sangat sesuai diminum bersama air sejuk menjadikan kita terasa lebih segar dan bertenaga untuk memulakan apa jua aktiviti harian kita sama ada di dalam atau di luar rumah. 
  • Merupakan Resepi Minuman Shaklee yang meberikan tenaga berpanjangan kegemaran saya dan mungkin menjadi kegemaran anda juga.

Resepi KEDUA
Performance Drink dengan Vivix

Minuman Campuran Vivix bersama Performance Drink Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga
  • Vivix bukan sahaja untuk melambatkan proses penuaan, malah Vivix juga mampu membantu dalam menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, perlindungan antioksida, peningkatan tenaga pada tahap selullar, dan secara langsung meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup kita.
  • Campuran sesudu Vivix untuk diminum bersama Performance Drink setiap hari akan memberikan kita satu hidangan minuman yang sihat bertenaga. Pengamalan setiap hari sangat-sangat baik untuk kesihatan. 
  • Sangat sesuai dibancung bersama air sejuk dan akan memberikan satu rasa manis masam yang sangat unik dan ternyata sangat sedap.
  • Merupakan Resepi Minuman Shaklee kegemaran saya yang memberikan kita tahap kesihatan yang baik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Resepi KETIGA
ESP, Meal Shakes dan Buah Mangga

Resei minuman Shaklee
Minuman Menambah Tenaga, campuran PD + Meal Shakes + Buah Mangga
  • Meal Shakes yang kita tahu merupakan nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Campuran 2 sudu Meal Shakes dengan sesudu Performance Drink yang di blender bersama sebiji buah mangga bersama air sejuk  akan menghasilkan minuman sarapan pagi yang sedap dan lengkap untuk kita seisi keluarga
  • Minuman ini mampu mengurangkan rasa lapar dan memberikan kita tenaga dalam menjalankan aktiviti seharian
  • Merupakan salah satu Resepi Minuman Kegemaran saya dan anak saya dirumah. Bukan saja sesuai diminum pada waktu pagi tetapi juga tengahari dan malam


Resepi KEEMPAT
ESP, Meal Shakes dan Buah Avokado

Resepi Minuman Shaklee
Minuman Cantik dan Sihat, ESP + Meal Shakes + Avokado
  • ESP merupakan produk sumber protin tinggi berasaskan kacang soya yang sangat mudah di serap oleh tubuh kita. Merupakan pembekal tenaga segera dan sangat baik untuk mengekalkan tenaga, mencegah migrain, isomnia dan tekanan Juga sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet seperti saya.
  • Campuran 2 sudu besar ESP  bersama 2 sudu Meal Shakes didicampur dan di bleder dengan sebiji buah Avokado akan menghasilkan satu minuman pembelak tenaga yang sangat sedap.
  • Resepi Minuman Shaklee ini mampu membuatkan kita kekal cantik, sihat dan bertenaga. Sangat sesuai diamalkan untuk mereka sentiasa sibuk tetapi masih ingin kelihatan cantik setiap hari seperti saya.

Ini saja resepi minuman shaklee yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. So, jangan tengok je, mesti cuba dan rasakan kelazatan rasanya. Pastinya ia bukan saja lazat tetapi mampu membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Ingin mendapat produk Shaklee yang mencuba resepi minuman kegemaran ini sendiri dirumah? 

 Resepi Minuman


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

28 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | KENALI DAN ATASI PENYAKIT ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Masih ramai yang menganggap pengidap asma tidak boleh terbabit dalam kegiatan aktif, bimbang mereka akan ‘semput’. Malah ada ibu bapa yang meminta doktor memberi surat supaya anak mereka dikecualikan daripada program tertentu khususnya jika ia membabitkan banyak aktiviti fizikal.


Awas bahaya penyakit asma
Bila melihat keadaan anak kita seperti pasti menyiksakan, atasi segera

Apa Itu Asma?

  • Asma adalah antara penyakit kronik kanak-kanak yang paling lazim di seluruh dunia sehingga ada pakar perubatan menganggapnya sebagai wabak. Di Amerika Syarikat saja dianggarkan ada 22.2 juta pesakit asma dan 6.5 juta daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun (data 2005). Asma dihidapi kira-kira 8.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
  • Kajian menunjukkan 85 peratus kes asma di kalangan pesakit kanak-kanak yang tinggal di bandar adalah tidak terkawal. Manakala di kalangan pesakit yang kerap mendapat serangan asma, hanya 20 peratus yang berjaya mengawal penyakit mereka.



FAKTA Tentang Penyakit Asma

  • Keadaan di negara kita juga tidak jauh berbeza. Kajian pada 1995 mendapati 14 peratus remaja berusia 13 hingga 14 tahun di Lembah Klang menghidap asma. 
  • Hasil kajian juga menunjukkan pertambahan kes asma kanak-kanak dan dalam masa 10 tahun kemasukan pesakit kanak-kanak ke hospital akibat asma meningkat 20 kali ganda.
  • Menurut Perunding Paediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Azam Mohd Nor, asma adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan kanak-kanak yang menduduki tangga ketiga kepada punca  kemasukan ke hospital di kalangan kanak-kanak bawah 15 tahun. Satu pertiga daripada keseluruhan kes kecemasan paediatrik adalah membabitkan kes asma.
  • Asma juga menjadi punca utama ketidakhadiran kanak-kanak ke sekolah. Dianggarkan empat juta kanak-kanak yang mengalami sekurang-kurangnya satu serangan asma kehilangan 12.8 juta hari persekolahan akibat penyakit ini.


Benarkan Asma Adalah Penyakit Paru-Paru Kronik?

  • Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk,” katanya.

Kebimbangan sesetengah ibu bapa membenarkan anak yang menghidap asma menyertai aktiviti cergas memang berasas kerana senaman atau sebarang kegiatan membabitkan banyak pergerakan adalah antara faktor pencetus serangan asma.

Untuk mengelakkan masalah ini, kanak-kanak asma selalunya diberi kelonggaran untuk duduk di tepi padang atau gelanggang ketika kawan-kawan bersukan. Kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya ingin merasai keseronokan itu tetapi kebimbangan ia akan mendatangkan mudarat menyebabkan mereka rela menjadi pemerhati.
 

Jadi tidak hairanlah jika pesakit asma sering dilabel sebagai orang yang lemah sedangkan mereka boleh hidup cergas dan aktif seperti orang lain jika penyakit mereka dikawal dengan baik. Bagi kebanyakan orang, asma bermula sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya.


Punca Penyakit Asma

  • Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal. Keadaan ini membezakan kualiti hidup setiap pesakit. Asma yang terkawal dan stabil membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang baik-sebaik individu sihat.

Bagi kanak-kanak asma, kualiti hidup dianggap baik jika dapat bermain, pergi ke sekolah dan tidak perlu ditahan di hospital untuk mendapat rawatan. Bagi orang dewasa pula, kualiti hidup dan prestasi kerja terjejas jika kerap mengambil cuti sakit.


Bagaimana Mengetahui Sama Ada si Kecil Menghidap Asma?

  • Bukan semua pesakit akan menunjukkan gejala yang sama. Bagaimanapun antara gejala yang paling kerap dialami ialah batuk berterusan ketika bermain, ketawa atau menangis, dan lebih teruk pada waktu malam; nafas anak menjadi kasar, pendek dan cepat (tercungap-cungap); pernafasannya berbunyi kasar.
Diantara FAKTOR Pencetus Serangan Asma
1. Selesema dan flu
2. Pencemaran udara
3. Kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
4. Senaman atau aktiviti cergas
5. Sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
6. Sesetengah ubat dan persediaan herba
7. Asap rokok
8. Cuaca sejuk




Bagaimana SHAKLEE Membantu Kanak-Kanak yang Mengidap Asma

Menurut kajian,  jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Jika kita mempunyai anak penghidap asma, anda tentu sekali gusar dan susah hati kan? Ialah anda terpaksa berualang alik ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan NEB untuk anak anda. Seksa kan bila tengok anak meronta-ronta semasa menerima rawatan NEB tu kan?

 
SET CADANGAN ASMA UNTUK KANAK-KANAK
 
Set Cadangan Shaklee Untuk Pesakit Asma bagi Kanak-Kanak
Set Cadangan Bagi Mengurangkan Masalah Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

Omega Guard
Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan laut dalam yg bersifat panas, cuba bayangkan mcm mana ikan ni boleh hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi

Omega-3 boleh mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan, yang boleh memberi manfaat kepada orang-orang dengan asma. Satu kajian kecil daripada 29 kanak-kanak dengan asma mendapati bahawa mereka yang mengambil minyak ikan selama 10 bulan telah kurang gejala daripada orang-orang yang tidak mengambilnya. 

Meal Shakes
Meal Shakes mampu membekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh kerana ia kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), juga mampu meningkatkan sistem imum bagi kanak-kanak. 


TESTIMONI Berbicara.....

Omega Guard atasi masalah asma
Testimoni kanak-kanak pengidap asma yang kini berkurangan dengan pengambilan Omega Guard


Mencegah itu lebih baik dari mengubati, Kita mencuba apa jua cara mengatasi segala sesusatu penyakit. Selebihnya kita memohon kepada NYA, InsyaAllah akan terlaksana. 
 

With Love,
MamaMia

26 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | HIMPUNAN TESTIMONI MEAL SHAKES

Sempena cuti-cuti kerja ni, saya nak sharekan beberapa TESTIMONI pengguna yang mengamalkan MEAL SHAKES untuk anak-anak mereka.. Semua telah memberikan feedback yang POSITIF, malah hingga kini masih mengamalkannya dan menjadikan makanan tambahan untuk anak-anak.

Testimoni Selesema, Batuk dan Demam
Testimoni berjaya atasi  masalah selesema, batuk dan demam


Testimoni menambah selera makan anak
Testimoni berjaya meningkatkan selera makan kanak-kanak


Testimoni meningkatkan selera makan kanak-kanak
Testimoni berjaya meningkatkan Selera Makan Anak


Testimoni Atasi Masalah Sembelit Kanak-Kanak
Testimoni berjaya mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak


Testimoni mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
Testimoni berjaya mengatasi masalah sembelit kanak-kanak



With Love,
MamaMia

06 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | AWAS!! BAHAYA MEALSHAKES UNTUK SEMUA

Meal Shakes Shaklee berbahaya?? Oppsss!! Jangan cepat nak melatah... Kalau nak tahu sekarang ni Meal Shakes tengah buat promosi Beli 3 DAPAT 4, lagi banyak set kita beli, lagi banyak Meal Shake kita dapat.. Pasal tu BAHAYA kalau kita tak borong awal-awal, nanti kehabisan stock lah pulak.. 


Apa itu Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Apa itu Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

15 KEBAIKAN Meal Shakes Shaklee untuk kanak-kanak yang ibubapa perlu tahu
  1. Mengatasi Ekzema
  2. Membantu Tumbesaran
  3. Perkembangan Minda
  4. Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  5. Meningkatkan berat badan
  6. Sesuai untuk anak yang telah berhenti menyusu ibu
  7. Anak yang kekal Aktif 
  8. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak
  9. Membantu kanak-kanak focus dalam pembelajaran
  10. Membantu mengurangkan kekerapa asthma
  11. Mengatasi Masalah sembelit bagi kanak-kanak
  12. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak yang obesiti
  14. Meningkatkan kecergasan seawal pagi selepas bersarapan
  15. Supplement yang mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin dan susu


Meal Shake Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shake Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shake Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Mengapa saya memilih Meal Shake Shaklee?
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segra yang mampu milik
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan Ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shake Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

mealshake
Ini adalah diantara golongan yang memerlukan Meal Shakes Shaklee

Selain itu, Meal Shake Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein. Hebatkan Meal Shake Shaklee ni!!! 

MAHAL??? Oh Semestinya TIDAK.. Promosi BELI 3 PERCUMA 1 sedang berjalan sepanjang bulan Oktober 2014.. Beli 6 DAPAT 8.. Memang sangat murah!! Kalau nak murah lagi, meh join member, lagilah dapat harga murah.

Bagaimana untuk mendapatkan Meal shakes Shaklee? Boleh hubungi saya bila-bila masa.. Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda... 


With Love,
MamaMia

05 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : PETUA ATASI ANAK SEMBELIT

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku dikalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air, serat atau fiber, ataupun faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Atasi Anak Sembelit
Kasihanilah anak kita yang menghadapi masalah sembelit

3 Tanda-tanda UTAMA seseorang kanak-kanak dikategorikan mengidap sembelit sekiranya..
  1. Membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  2. Najis keras, kering atau besar
  3. Mengalami kesukaran ketika membuang air besar


BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT?

Berikan Air yang lebih
  • Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, ini bagi menolong memudahkan pergerakan najis melalui usus. Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimya kanak-kanak dialam persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari. Malah, boleh juga ditambah dengan satu atau dua cawan jus setiap hari.


Makanan yang kaya serat
  • Makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan roti bijirin mempunyai kandungan serat yang tinggi ini boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Serat ini biasanya tidak dihadam, jadi ianya boleh membantu membersihkan usus dalam pergerakan melalui sepanjang usus. Serat ini kurang digemari oleh kanak-kanak, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa memberikannya dalam bentuk yang lain.


Senaman yang cukup
  • Aktiviti fizikal mengerakkan lagi usus. Jadi galakkan anak kita bersenam dengan melakukan aktiviti mudah seperti berlari menangkap rama-rama atau berbasikal.


Jadual Pemakanan yang tetap
  • Makanan merupakan rangsangan asli atau semulajadi bagi pergerakkan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.


Mewujudkan satu tabiat tandas yang baik
  • Jika kanak-kanak suka menahan dan malas untuk ketandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk tandas sekurang-kurangnya 10minit setiap hari pada waktu yang sama, terutamanya selepas makan.



BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI ANAK SEMBELIT?

Meal Shakes Shaklee menyediakan hindangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian. Mengandungi bahan semulajadi yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga ke orang dewasa. Meal Shakes kaya dengan serat larut untuk membantu dalam membuang sisa buangan dari perut dan usus. 


Atasi Anak Sembelit
Meal Shakes Shaklee


Fakta tentang Meal Shake Shaklee
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Testimoni anak sembelit
Testimoni BUKTI MealShakes membantu mengatasi masalah anak sembelit

10 KEBAIKAN Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak yang ibubapa perlu tahu:
  1. Membantu Tumbesaran
  2. Perkembangan Minda
  3. Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  4. Anak yang kekal Aktif 
  5. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak
  6. Mengatasi Masalah sembelit bagi kanak-kanak
  7. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  8. Membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak yang obesiti
  9. Meningkatkan kecergasan seawal pagi selepas bersarapan
  10. Supplement yang mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin dan susu

Meal Shakes Atasi Sembelit
Meal Shakes PILIHAN ibubapa penyayang.. 

Meal Shake Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shake Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.


With Love,
MamaMia

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : RAHSIA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Ramai ibubapa kini tidak begitu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak. Janji anak tu makan je dah kira ok.. Burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan atau lebih glemer namanya jajan memang menjadi kegemaran kanak-kanak.  

Rahsia Meningkatkan Selera Makan Anak
Tetapi sebagai ibubapa, kita harus tahu bahawa tidak semua yang digemari anak kita baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu dididik untuk mengelak makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemah atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Pemilihan makanan yang tidak betul akan membantutkan tumbesaran anak-anak. Begitu juga dengan tahap kesihatan mereka akan turut terjejas. Mungkin dalam tempoh jangka pendek kita tidak melihat kesan tersebut, malah menganggap ianya adalah perkara biasa. Sehinggalah bila mana anak-anak kita mengadu sakit, mengalami penyusutan berat badan, peningkatan berat badan berlebihan, kurang selera makan, pada masa itu barulah kita mula gusar dan mencari alternatif mengubatinya. 

Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang boleh kita berikan kepada anak-anak kita, cuma ibu bapa tidak mengambil berat untuk menerangkan kepada anak-anak mereka bahawa makanan tersebut perlu lebih diutamakan.

Berikut adalah sumber makanan yang mampu membantu meningkatkan selera dan tumbesaran anak kita:-

SUSU
Susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak. Sejak masih bayi, anak kita minum susu, tetapi apabila besar sedikit, ramai yang terus berhenti minum susu. Antara sebabnya ialah terdapat banyak minuman lain disediakan di rumah. Jika pun begitu, cuba didik anak anda untuk terus minum susu dua hingga empat gelas sehari, tambahan kini susu boleh didapati dalam pelbagai perisa.

Meal Shakes - Susu perasa Vanilla sesuai untuk anak kita

Tidak salah jika kita mencuba memberikan anak kita meminum Meal Shakes Shaklee berperisa Vanilla setiap hari.. Ia sememangnya di gemari oleh kanak-kanak kerana rasa vanillanya yang sedap.. Bukan saja sedap, malah khasiat yang terkandung didalamnya sangat baik untuk tumbesaran anak kita.

Diantara MANFAAT UTAMA Yang Terkandung Didalam Meal Shakes 

  • Nutrisi Lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. 
  • Membekalkan Nutrisi kepada Sel Tubuh kerana ianya kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun.
  • Membantu Tumbesaran kerana kandungan asid folik biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk prose membesar kanak-kanak.

Selera Makan Anak
Testimoni seorang ibu yang berjaya meningkatkan selera makan anaknya dengan MealShake


YOGURT
Selain susu, kanak-kanak juga sukakan yogurt yang kaya dengan kalsium. Sebaiknya, pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk anak kita.


Jus buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak

BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori juga sebenarnya digemari kanak-kanak. Sungguhpun begitu ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebaliknya ramai lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat untuk anak-anak.


ROTI
Kebanyakan kanak-kanak juga gemar makan roti. Ibu bapa pula perlu memastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang, berbanding mentega, krim, keju atau lain-lain makanan yang kaya dengan lemak. Mentega kacang juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tak tepu, yang lebih sihat berbanding lemak tepu.

Pelbagaikan Cara Penyediaan Makanan untuk menarik minat anak kita makan

Selain menikmati roti dengan mentega kacang, kanak-kanak juga sukakan sandwic. Sediakan sandwic tuna berserta salad dan tomato segar. Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral. Jika menggunakan mayonis dalam sandwic, pilihlah yang rendah lemak, manakala roti pula yang berbijirin.

BIJIRIN
Untuk sarapan pagi, bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat, madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.

SAYUR-SAYURAN
Ramai kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi ada sayur-sayuran yang lebih digemari mereka. Contohnya, jagung, karot dan kekacang. Karot contohnya, tinggi kandungan fiber, vitamin A, vitamin C dan potasium.

BISKUT
Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain.


Anak kita tanggungjawab kita, kesihatan dan pemakanan mereka harus kita utama. Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.


With Love,
MamaMia

21 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MAKANAN BERKHASIAT KEGEMARAN KANAK-KANAK

Burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan lain memang digemari kanak-kanak.

Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk anak kita


Tidak semua yang digemari anak kita baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu dididik untuk mengelak makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemah atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang digemari oleh kanak-kanak, cuma ramai ibu bapa tidak mengambil berat untuk menerangkan kepada anak-anak mereka bahawa makanan tersebut perlu lebih diutamakan.

Contohnya, susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak. Sejak masih bayi, anak kita minum susu, tetapi apabila besar sedikit, ramai yang terus berhenti minum susu. Antara sebabnya ialah terdapat banyak minuman lain disediakan di rumah. Jika pun begitu, cuba didik anak anda untuk terus minum susu dua hingga empat gelas sehari, tambahan kini susu boleh didapati dalam pelbagai perisa.

Meal Shakes - Susu perasa Vanilla sesuai untuk anak kita


Tidak salah jika kita mencuba memberikan anak kita meminum Meal Shakes Shaklee berperisa Vanilla setiap hari.. Ia sememangnya di gemari oleh kanak-kanak kerana rasa vanilla nya yang sedap.. Bukan saja sedap, malah khasiat yang terkandung didalamnya sangat baik untuk tumbesaran anak kita.

Selain susu, kanak-kanak juga sukakan yogurt yang kaya dengan kalsium. Sebaiknya, pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk anak kita.


Jus buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak


Buah-buahan yang mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori juga sebenarnya digemari kanak-kanak. Sungguhpun begitu ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebaliknya ramai lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat untuk anak-anak.


Kebanyakan kanak-kanak juga gemar makan roti. Ibu bapa pula perlu memastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang, berbanding mentega, krim, keju atau lain-lain makanan yang kaya dengan lemak. Mentega kacang juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tak tepu, yang lebih sihat berbanding lemak tepu.

Pelbagaikan Cara Penyediaan Makanan untuk menarik minat anak kita makan

Selain menikmati roti dengan mentega kacang, kanak-kanak juga sukakan sandwic. Sediakan sandwic tuna berserta salad dan tomato segar. Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral. Jika menggunakan mayonis dalam sandwic, pilihlah yang rendah lemak, manakala roti pula yang berbijirin.

Untuk sarapan pagi, bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat, madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.

Ramai kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi ada sayur-sayuran yang lebih digemari mereka. Contohnya, jagung, karot dan kekacang. Karot contohnya, tinggi kandungan fiber, vitamin A, vitamin C dan potasium.

Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain.


With Love,
MamaMia

11 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : TERLALU KURUS? AKU NAK GEMUK!!

Anda terlalu kurus dan berhajat untuk menaikan berat badan? 

Terlalu KURUS.. Cantik? atau Sihat? 


Sebenarnya tidak ada gerakan khusus untuk membantu anda mencapai hasrat itu. Namun anda boleh melakukan gerakan berintensiti ringan sehingga ke peringkat sederhana. Pastikan anda tidak termengah-mengah sepanjang melakukan gerakan ini. Antara aktiviti yang sesuai ialah berjalan kaki, berenang, senamrobik dan sebagainya selama 20 hingga 30 minit. 


Sedikit Info Tentang Menggemukkan Badan 

Pada dasarnya ukuran gemuk atau tidaknya tubuh orang itu relatif, terkadang beberapa orang menyatakan tubuh seseorang GEMUK sementara beberapa orang lainnya menyatakan bahawa tubuhnya ideal. Sebelum memutuskan untuk mengikuti program penggemukan badan, ada baiknya anda mendapatkan nasihat dahulu dengan doktor berapa sebenarnya berat badan ideal anda.
Selain itu masalah berat badan juga menyangkut faktor genetik atau keturunan. Seseorang yang memiliki orang tua yang kurus akan cenderung untuk menjadi kurus, demikian juga sebaliknya. Jika orang tua anda bertubuh kurus, upaya untuk menggemukkan badan akan sedikit lebih susah.
Tidak hanya itu, berat badan juga dipengaruhi oleh riwayat kesihatan seseorang. Jika seseorang pernah terkena penyakit batuk kering atau masalah paru-paru, maka dapat dipastikan orang tersebut akan susah untuk menggemukkan badan

Tips Cara Menggemukkan Badan dengan Cepat

Setelah meninbang berat badan ideal kita, secarang saat Action! Sama hal nya dengan menguruskan badan, hal yang paling penting dalam menggemukkan badan adalah untuk tetap menjadikan tubuh kita sihat. Jangan pernah mengorbankan kesihatan hanya karena kita menginginkan tubuh ideal dan cantik.
Selain itu, perlu kedisiplinan diri yang tinggi untuk menjadikan tubuh kita menjadi ideal. Nah, salah satu cara menggemukkan badan yang cukup efektif jika kita menerapkannya secara disiplin dan konsisten. Jika kita ingin meningkatkan berat badan, makanlah makanan yang menandung biji-bijian, sayur, buah, produk makanan yang rendah lemak, makanan berprotein. Kita juga perlu menambahkan lemak dan gula untuk diet ekstra kalori.
Namun begitu, Shaklee juga turut menyediakan supplement yang membantu kita dalam menambahkan berat badan, terutama bagi yang TERLALU KURUS... Mungkin bagi sesetengah orang menganggap KURUS itu CANTIK, tetapi hakikatnya TERLALU KURUS itu ada TIDAK SIHAT... Jadi, bagi yang rasa-rasa diri tu TERLALU KURUS, bolehlah mencuba mengambil Meal Shakes Shaklee.


Hanya dengan mengamalkan minum Meal Shakes setiap hari. Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu yang membantu tumbesaran. Sesuai untuk golongan kanak-kanak dan juga dewasa. InsyaALLAH berat badan kita akan bertambah sedikit demi sedikit. 

TAWARAN harga TERBAIK Meal Shakes sepanjang bulan September ini saja. 

BELI 3 DAPAT 4
BELI 6 DAPAT 8
BELI 9 DAPAT 12

Jangan lepaskan peluang yang ada. Inilah masanya anda yang berniat menambahkan berat badan mencuba Meal Shakes Shaklee. Tiada yang setanding dengannya, lagi-lagi dibulan promosi ini. Hubungi saya MiaDania di 014-6737104 (Sms/WhatsApp/WeChat) untuk penghantaran terus ke rumah dan pejabat anda. Lagi best FREE DELIVERY within Kota Kinabalu area tau.. 

#ShakleeEffect
#ShakleeKotaKinabalu
#ShakleeSabah