19 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | WOW!! DIET PUN KENA BERETIKA? KETAHUI ETIKA BERDIET..

Berdiet pun ada etikanya. Mungkin agak pelik tetapi bagi meraka yang merupakan pengamal diet tegar, kita perlu mematuhinya. Ia memberi impak yang berkesan sekaligus mempercepatkan proses untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan dengan berat yang ideal.

Diet yang beretika
Ketahui Etika Diet

Bagi yang berusaha menurunkan berat badan, jangan dipersoalkan kenapa diet kurang berkesan.. Tetapi kita perlu akur pada etika diet ini.

ELAK TERTEKAN
  • Sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan, jangan sesekali memilih makanan untuk mengatasinya. Makan ketika stres akan menyebabkan kita makan dengan lebih banyak. Oleh itu, pilihlah cara lain untuk mengurangkannya tetapi bukan dengan menikmati makanan.

GABUNGAN MAKANAN
  • Apa itu gabungan makanan? Ia adalah proses menggabungkan semua jenis makanan baik karbohidrat, protein mahupun lemak. Contohnya jika kita bersarapan dengan buah-buahana atau susu soya, makan tengahari nanti kita perlu menikmati hidangan yang agak berat seperti tiga sudu nasi bersama sayur-sayuran atau hidangan berasaskan soya. Namun begitu, kurangkan pengambilan karbohidrat pada waktu malam.

MINUM AIR
  • Air tidak mengandungi sebarang kalori dan minum segelas air sebelum makan adalah satu tindakan bijak agar kita berasa kenyang sebelum makan. Selain air kosong, kita boleh menukarnya dengan jus buah-buahan atau sebarang jus berperisa lain tanpa kalori.

LAPAR WAKTU PETANG
  • Waktu makan sangat penting jika kita sedang berdiet. Jangan sesekali melangkaui waktu makan kerana ia akan menwujudkan rasa lapar yang mempengaruhi kita untuk makan lebih banyak. Lapar pada waktu petang adalah perkara normal, jadi makanlah snek sihat tanpa gula. Sekiranya kita teringin hendak mengambil makanan bergula, digalakkan menuruni anak tangga selama lima minit.

VEGETARIAN
  • Jika ingin mengamalkan diet vegetarian, tidak bermaksud kita harus makan sayur-sayuran sahaja. Ada beberapa kategori vegetarian yang boleh kita amalkan mengikut keselesaan.

PENGHIDAP DIABETES
  • Bagi penghidap diabetes, dicadangkan pengambilan makanan seharian mestilah meliputi 15% protein, 30% lemak dan 55% karbohidrat.

MAKAN KISMIS
  • Kajian mendapati kismis mengandungi sebatian untuk menurunkan berat badan 400 kalori kismis setiap hari dapat menurunkan berat badan sehingga 8% jika diamalkan secara konsisten.

Shaklee bukan saja menyediakan suplemen untuk kesihatan tetapi juga mampu membantu dalam mengurangkan berat badan atau lebih glemernya BERDIET..  klik  Diet Secara Sihat Dengan ESP untuk mendapatkan tip-tip diet Shaklee.   



With Love,
MamaMia

No comments: