12 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | APA ITU RESDUNG?

Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. 


Kesan Resdung pada wajah
Di antara kesan resdung atau sinus pada wajah

Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.

Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah system imun badan seseorang itu.

Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Pesakit resdung atau sinusitis juga akan menjadi lebih sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutamanya cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Pengidap resdung biasanya akan selalu mengalami gejala selsema seperti masalah hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Hal ini banyak berlaku terutamanya pada waktu pagi. Pesakit turut akan merasakan tekak mereka bagai dipenuhi dengan kahak dan nafas mereka akan menjadi berbau apabila dijangkiti kuman.


Simpton Resdung
Simptom Resdung

SIMPTOM RESDUNG
  • Batuk-batuk sehingga kerongkong dan anak tekak berasa gatal-gatal.
  • Telinga sering terasa tersumbat.
  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
  • Gatal-gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi sehingga mengakibatkan masalah mata merah dan berair.
  • Bersin yang melampau dan terlalu kerap.
  • Simptom yang paling ketara adalah apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak sehingga amat sukar untuk dihembus keluar. Akibatnya, suara pengidap menjadi agak 'sengau' apabila berkata-kata.

INDIVIDU YANG BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
  • Mereka yang alah kepada habuk, bulu dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung sehingga menyebabkan ruang sinus sangat sempit.

KESAN AKIBAT RESDUNG
Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada pengidapnya sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Kesan Resdung kepada Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah masalah resdung boleh merebak ke dalam mata sehingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Di dalam kes yang sangat kronik, resdung boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Kesan Resdung kepada Dewasa
Resdung yang kronik boleh menyebabkan nanah bertakung di dalam ruang sinus frontal. Jika nanah dari sinus frontal tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi dengan bakteria. Risikonya ialah bakteria tersebut boleh memasuki otak pesakit dan menyebabkan jangkitan di otak atau meningitis dan jika dibiarkan, boleh menyebabkan kematian di dalam kes-kes yang ekstrem.


KAEDAH MENCEGAH KERADANGAN RESDUNG
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  3. Sering membersihkan karpet atau permaidani, seeloknya gunakan penyedut hampagas
  4. Pakailah penutup hidung ketika mengemas rumah bagi mengelak dari terhidu habuk
  5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak pada setiap hari
  6. Selalulah mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  7. Elakkan memakan makanan laut yang gatal-gatal seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.



MENGURANGKAN RESDUNG DENGAN SHAKLEE

Atasi Masalah Resdung
Set Resdung Shaklee
Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

So, jangan tunggu lama-lama ya! 


With Love,
MamaMia

No comments: