11 October 2014

Kisah Benar | ANAK PATUNG ANNABELLE

Baru-baru ini saya memberanikan diri menonton wayang tentang cerita anak patung yang berhantu “Before the Conjuring There Was Annabella” atau lebih glemer “Annabella”.. Kira seram juga lah jalan ceritanya.. Bila saya fikir-fikir balik jalan ceritanya macam berkisar pada kisah benarlah pulak… Maka, dengan rajinnya saya buat searching dengan Mr Google..  

Kisah seram anak patung annabelle
Kisah Benar Anak Patung Annabelle
Rupa-rupanya anak patung Annabelle merupakan kes yang paling luar biasa yang menjadi tumpuan oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dengan kes paranormal pada awal tahun 1970 yang direkodkan dalam buku Demonologist.

Menurut pembacaan saya, pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya. Ketika itu, Donna ialah pelajar di kolej yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama rakannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan tidak merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah setelah beberapa hari kemudian.

Before The Conjuring There Was Annabelle
Ketika itu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi.

Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle tu dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.

Tidak lama kemudian, penyiasat itu menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.

Annabelle
Tempat penyimpanan patung Annabelle

Sehingga sekarang, patung Annabelle telah disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh oleh sesiapa sekalipun kotak tempat simpanannya.

Apapun cerita disebalik anak patung Annabelle ini, kita sebagai hamba Allah hanya perlu takut kepadaNya yang satu. Semua ini adalah angkara syaitan yang ingin menyesatkan umat Nabi Muhammmad di muka bumi ini. 


With Love,
MamaMia


No comments: