08 December 2014

INSAN YANG PALING KU SAYANG | MY LOVE MY ANGEL

Setiap insan di dunia ini pasti akan menyayangi dan ingin disayangi bukan.. Sama seperti saya, saya juga ingin disayangi dan menyayangi.. Saya sentiasa mendapatkan kasih sayang dari mak saya sejak saya masih dalam kandungan sehingga lah kini.. Saya terlalu menyayanginya! Begitu juga dengan cinta hati saya, anak perempuan tunggal saya.. Mereka berdua ini adalah insan yang paling saya sayang.

Insan yang paling ku sayang
Insan yang paling ku sayang
Mak adalah insan yang mengandungkan saya selama 9 bulan.. Melahirkan dan membesarkan saya sehingga kini usia saya telah mencecah 35tahun, Mak masih setia berada disisi saya... Mungkin mak saya agak garang, tetapi rasa sayang saya padanya sedikit pun tidak pernah pudar.. Mak seorang wanita yang cekal dan tabah dalam mengharungi hidup dalam membesarkan kami empat beradik.. Mak adalah insan yang paling ku sayang di dunia ini.

Sehingga saya melahirkan bayi perempuan saya, mak adalah orang pertama yang memandikan dan menguruskan segala keperluan bayi saya ketika itu.. Terima kasih mak! saya sangat-sangat menyayangi mak saya.. Rasanya tidak dapat saya mengambarkan rasa sayang saya pada insan terhebat ini.. Walaupun saya mati dan hidip semula, belum tentu saya dapat membalas jasa-jasa mak saya.

1 Januari 2007, lahirlah seorang bayi perempuan seberat 2.75kgs ke muka bumi ini atas dasar cinta dan kasih sayang saya.. Bayi itu diberi nama Dania Mairisya @ Caca, satu-satunya zuriat, permata hati saya hingga kini telah berusia 8 tahun.. Saya amat menyayanginya.. Insan yang paling saya sayang dan mampu membuatkan segala kerisauan, kelelahan saya hilang sekelip mata, hanya dengan menatap wajahnya.. 

Mak dan puteri tunggal saya ini adalah insan yang paling saya sayang... Mereka adalah segala-galanya buat saya.. Kesunyian sangat terasa bila mereka tiada dirumah.. Terima kasih mak kerana menyayangi saya dan cucu mak ini.. Kasih sayang mak tidak pernah berbelah bagi terhadap saya mahupun cucunya.. Saya sayang mak! Saya sayang anak saya... Saya terlalu sayangkan mereka berdua. 

Terima kasih mak kerana sentiasa ada ketika saya susah, sentiasa menyokong apa saja yang saya lakukan.. Terima kasih puteriku kerana sentiasa memahami apa yang mama buat, sentiasa bersabar dengan apa jua yang mama lakukan.. Both of you are my angel.. Always make my life full of colour... I love you!

Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love,
MamaMia

No comments: