Showing posts with label Nikmat Allah. Show all posts
Showing posts with label Nikmat Allah. Show all posts

12 October 2014

Benarkah Haram? | APAKAH HUKUMNYA MENYIMPAN PATUNG, PERHIASAN & LUKISAN?

Saya ni bukannya pandai sangat ilmu agama, tapi apa yang orang tua-tua cakap tu saya memang ikut gak.. Lagi-lagi kalau nenek saya yang bagi nasihat, katanya tak elok letak anak patung kat rumah, lagi-lagi yang menyerupai manusia... kira patung yng sebijik macam manusia ni.. faham-faham sendirilah patung jenis camana.. apa sebab dan patang larangnya tidak pulak saya diberitahu.

Benarkah Haram menyimpan patung, perhiasan & lukisan di rumah


Macam-macam cerita pulak yang saya dengar tentang patung-patung ni.. cuma saya ni jenis kurang percaya kepada cerita-cerita yang bagi saya hanya mistik tanpa penyampaian bukti nyata... Akhirnya saya menemui fakta dan jawapan berkaitan hukum meletakkan patung perhiasan dan lukisan di dalam rumah yang disiarkan di dalam Majalah Al-Ustaz penulisan oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed. 

=======================================================================

Patung Unsur Syirik

Apa hukum meletakkan patung perhiasan dalam rumah? Di rumah saudara saya terdapat banyak perhiasan dalaman berbentuk patung yang dibelinya dari luar negara yang dilawati sebagai kenangan.

Jawapan: Antara adab menghias rumah ialah tidak dibenarkan wujudnya unsur-unsur syirik seperti patung. Bahkan Rasulullah pernah melarang hal ini dalam pesanannya kepada Aisyah dengan maksudnya :
“sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

=============================================================

Patung Nabi Sulaiman

Namun menurut saudara saya itu, al-Quran sendiri membenarkannya sebagaimana patung-patung yang dibuat untuk Nabi Sulaiman

Jawapan: Berkaitan dengan patung yang terdapat dalam pemerintahan Nabi Sulaiman, ada baiknya jika kita bincangkan ayat berkenaan supaya terhindar silap faham.
Firman Allah mafhumnya : “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki berupa bangunan-bangunan yang tinggi, tamathil(patung atau gambar) dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu kami perintahkan): ‘Beramallah kamu wahai keluarga Dawud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali antara hamba-ku yang bersyukur.” (Surah Saba’: 13)

Tafsiran Ulama
  • 1Memang benar patung ataupun gambar dibenarkan dalam syariat Nabi Sulaiman. Namun amalan ini diharamkan dalam syariat Nabi Muhammads.a.w.
  • 2Patung ataupun gambar yang dimaksudkan hanya merujuk kepada sesuatu yang tidak memiliki roh seperti pokok, laut dan pemandangan bukannyahaiwan ataupun manusia
Tafsiran Pilihan
Dengan pentafsiran kedua ini, maka syariat Nabi Sulaiman menyamai syariat Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan hal ini selari dengna realiti dakwah para nabi sejak zaman berzaman iaitu menghalang manusia daripada menyembah patung berhala.
Perhatikan ucapan Nabi Ibrahim yang dirakamkan dalam al-Quran :

“Ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya : ‘Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?’” (Surah al-Anbiya’: 52)
Terdapat banyak hadis yang menekankan pengharaman gambar dan patung. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi dalam kesempatan lain yang bermaksud :
http://avn.innity.com/rt/?cb=1412658774&a=1221&e=8760
“Sesungguhnya para pelukis ini akan dikenakan azab pada akhirat. Lalu akan dikatakan kepada mereka: ‘Berikanlah nyawa pada apa yang kamu jadikan ini!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila ditanyakan kepada Ibn Abbas tentang gambar yang dilukis, beliau mengatakan bahawa di akhirat nanti Allah akan menyuruh sesiapa yang melukis gambar yang memiliki roh agar meniupkan nyawa kepada gambar itu, sedangkan dia tidak akan dapat melakukannya.
Lanjutan itu Ibn Abbas berkata:

“Jika kamu inginkan juga, maka lukislah gambar pokok atau apa jua yang tidak mempunyai roh”

Berpandukan penjelasan oleh Ibn Abbas ini, harus hukumnya perhiasan berbentuk lukisan ayat-ayat suci al-Quran, gambar pemandangan seperti laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan benda yang tidak bernyawa.

============================================================

Anak Patung

Bagaimana pula dengan hadis yang menyebut bahawa Aisyah,isteri Nabi pernah bermain dengan anak patung di dalam rumah tetapi Nabi tidak melarangnya?

Jawapan : Ya, hadis itu sahih riwayat Muslim. Apabila kita mengkaji lanjut tentang larangan membuat patung dan melukis gambar makhluk yang mempunyai roh, jelaslah kepada kita bahawa faktor larangannya kerana perkara ini dibimbangkan menjurus pada kesyirikan dan pemujaan serta usaha menandingi ciptaan Allah s.w.t.

Unsur ini tidak ada dalam patung permainan kanak-kanak. Menurut Muhammad Ali al-Sabuni dalam Rawa’i al-Bayan, patung-patung permainan anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan seperti ini boleh mengajar mereka cara mendidik anak-anak mereka kelak. Bahkan dalam hadis lain, Nabi membenarkan gambar atau lukisn pada bantal, selimut, tempat duduk atau pada tempat-tempat yang tidak dimuliakan.

============================================================

Gambar Keluarga

bagaimana pula hukum meletakkan gambar keluarga di dinding rumah?

Jawapan : Hukum meletakkan gambar keluarga dalah harus dengan syarat :
  • 1Tiada pendedahan aurat. Gambar akan menjadi tatapan umum para tetatu yang bukan mahram.
  • 2Tiada unsur syirik. Contohnya gambar ahli keluarga yang masih kafir dengan perhiasan salib pada mereka. Jangan salah faham, gambar mereka itu sendiri tidak salah.
============================================================

Beza Lukisan Dan Gambar Foto

Kepada boleh berbeza hukum? Lukisan manusia haram tetapi gambar foto manusia pula dibolehkan?

Jawapan: Gambar yang diambil secara fotografi adalah harus kerana gambar itu dihasilkan dengan tujuan kenangan. Walhal lukisan pula bertujuan untuk menyamai atau menandingi ciptaan Allah s.w.t.
Kata Syeikh Muhammad Ali Sais dalam Tafsir Ayat al Ahkam :

“Pengharaman lukisan adalah kerana disebabkan seseorang pelukis itu berusaha mencipta suatu gambar yang menandingi ciptaan Allah s.w.t”

Hal ini berbeza dengan daripada gambar fotografi yang terhasil daripada tindak balas cahaya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Walhal lukisan hanya mampu dilakukan oleh sesorang yang berkemahiran sahaja.
Wallahhu a’lam

Sumber : Majalah Al-Ustaz Isu 11


10 October 2014

SIHAT ITU NIKMAT YANG MUDAH DILUPAKAN

Ketika kita melihat atau menziarahi orang sakit, barulah kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan-akan lupa akan nikmat yang satu ini.

Nikmat Allah yang mudah kita lupakan adalah kesihatan


KESIHATAN merupakan nikmat daripada Allah Taala yang selalu diperbaharui. 
  • Seseorang hamba akan dihisab atas nikmat ini iaitu daripada sisi mana ia mesyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau kemaksiatan kepada Allah SWT.

Mensyukuri nikmat KESIHATAN dapat dilakukan dengan HATI, LISAN dan ANGGOTA BADAN. 
  • Syukur hati dapat dilakukan dengan cara metakini bahawa ALLAH SWT adalah satu-satunya zat yang memberi kesihatan. 
  • Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dengan melafazkannya. 
  • Syukur anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam Namun, ramai orang yang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ALLAH SWT ini kecuali selepas kehilangann kedua-duanya.

Kebanyakan kita, ketika masih sihat walafiat, kita jarang sekali mensyukuri nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. KIta lalai ketika tubuh kita masih tegap dan sempurna dan mampu melakukan apa pun kerana kita masih segar-bugar dan stamina kita masih cukup.. Kita tidak menggunakan kesihatan untuk memperbanyak ibadah dan berbuat kebajikan.. 

Tup.. tup.. Bila sakit datang, semuanya menjadi berubah, kita tidak dapat melakukan aktiviti yang biasanya kita lakukan.. Ketika sakit itulah baru kita nak menyedari akan pentingnya kesihatan.. Masa sakit itulah baru kita mengingati Maha Pencipta dengan memohon kesembuhan.. betul tidak??

Macam-macam janji yang kita buat.. siap bersumpah jika siha nanti akan melakukan pelbagai perkara baik-baik. Ironinya, setelah kita kembali sihat seperti asal, kita lupa akan ucapan-ucapan doa yang pernah dipanjatkan ketika sakit.. Inilah lumrah manusia!! Sepatutnya ketika kita sihatlah, kita harus menjadikan kesihatan kita sebagai tonggak untum menyebarkan kebaikan kepada manusia.

Kesimpulannya, KESIHATAN amat pentin disisi ISLAM. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mestilah mengambil berat terhadap aspek kesihatan sasa ada dari segi MENTAL, ROHANI dan JASMANI. 

Berdasarkan peringatan daripada ALLAH dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenikmatan yang diberikan lantas mengundang azab ALLAH SWT.. Maka, umat Islam mestilah menekankan aspek kesihatan ini kerana kesihatan merupakan nikmat ALLAH yang teramat besar kepada kita.

Oleh sebab itu, dengan mengabaikan kenikmatan atau tidak mensyukuri kenikmatan akan mengundang azab. Ini bermakna sesiapa yang tidak ambil perhatian terhadap aspek kesihatan mental, rohani datau kesihatan fizikal, maka akan mendapat azab iaitu SAKIT dimana ia merupakan seksaan hidup ini. 

Inilah makna penting yang tersirat daripada amaran Nabi SAW bahawa kesihatan adalaha nikmat yang mudah dilupakan... Jadi, marilah kita menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah dan jangan sesekali kita melupakannya.


With Love,
MamaMia

09 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | TANAH RUNTUH JALAN TAMBUNAN-PENAMPANG

Hujan tanpa henti beberapa hari di kebanyakan kawasan di Sabah, bukan saja mengakibatkan banjir.. Tetapi juga tanah runtuh di beberapa kawasan. 

Tanah Runtuh Tambunan Keningau
Tanah Runtuh dikawasan Penampang-Tambunana-Keningau

Ini menyebabkan laluan menghala ke Kota Kinabalu dari Tambunan seterusnya Keningau ditutup sementara. Aktiviti penghantaran  kontena ke kawasan tersebut juga terpaksalah ditunda untuk sementara waktu.

Selain itu, beberapa laluan jalan raya juga retak.. Macam gempa bumi la pulak kan... menakutkan! 

Tanah Runtuh di tambunan
Jalan raya merekah -  Jln Tambunan


Keadaan Jalan raya semakin teruk

Keadaan Jalan Raya di Jln Tambunan

Lagi berita terkini yang saya dapat, jalan dekat area Bundu Tuhan Ranau juga mengalami tanah runtuh... Tapi tidaklah seteruk jalan menghala ke Tambunan dan Keningau.. harap-harap masalah ini dapat diatasi oleh pihak berkenaan dengan segera. 

Itupun jika hujan berhenti... Jika tidak, alamatnya makin banyak lagi lah jalan-jalan raya terutamanya dikawasan lereng-lereng bukit akan runtuh.. Hebat sungguh  kuasa hujan ini. 

Sekarang ni musim hujan dan ribut saling mendahului melanda negeri kita dibawah Bayu ini.. Ada yang mengeluh.. Ada yang bersyukur... Ada yang ditimpa musibah banjir, namun masih bersabar menghadapinya. 

Tidak kurang juga yang menyumpah-yumpah, memaki hamun dan menyalahkan pihak tertentu kerana sistem perparitan, longkang dan benteng yang tidak utuh... tidak mampu menghalang masalah daripada berlaku. 

Walhal tahukah kita semua ini adalah dariNYA.. Berdoa dan memohonlah padaNya... pun begitu berusahalah! 


Pastinya semua yang berlaku ini ada hikmah.. bersama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan negeri dan rakyat di negeri Sabah tanah airku ini.


With Love, 
MamaMia