22 September 2014

3 TIP ATASI ANAK MALAS BANGUN PAGI

Ramai ibu bapa yang mengalami masalah anak malas bangun pagi.. Lebih-lebih lagi anak yang bersekolah sessi pagi dan cuti persekolahan berakhir semalam.. Pelbagai cara telah kita lakukan tetapi masih tidak berhasil.. Apa kata kita cuba cara ini pulak.


3 Cara mengatasi anak yang susah bangun pagi, apatah lagi selepas cuti persekolahan ini.

Masalah Anak Malas Bangun Pagi
Atasi Masalah Anak Malas Bangun Pagi


Punya anak merupakan kebahagiaan dan cabaran tersendiri bagi ibu bapa. Apalagi, jika anak kita sudah sekolah. Cabaran bertambah satu, yakni membangunkan mereka di pagi hari untuk berangkat ke sekolah, lebih-lebih lagi selepas habis cuti persekolahan seperti semalam.

Kalau setiap hari kita harus marah-marah kepada mereka, tentunya akan mengganggu emosi.
Bila setiap pagi kita harus beremosi tinggi, kemungkinan kita akan kehilangan energi atau tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. 

Anak-anak, terutama remaja, memerlukan waktu tidur selama 9 jam sehari dan secara biologis baru akan tertidur pada jam 11.00 malam. Namun, kita sendiri tahu bahwa jam sekolah akan bermula jauh sebelum waktu rehat mereka selesai. Itu sebabnya, sukar untuk meminta mereka segera membuka mata, kemudian mandi dan bersiap ke sekolah setiap pagi. 

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan agar masalah anak malas bangun tidur dapat diatasi.

1. Lakukan Hypnosleep

  • Ketika anak kita sudah terlelap maka bisikan kata-kata sugestif seperti “Mulai besok dan seterusnya mudah bagi kamu untuk bangun jam 6 pagi dan bersiap ke sekolah dengan gembira”.. Bisikanlah dengan penuh kesih sayang dan kelembutan  kata-kata positif yang mendorong anak kita bangun pagi. 

2. Berhati-hati di Hujung Minggu

  • Kebanyakan anak dan remaja ingin melewatkan waktu tidurnya di akhir minggu, kerana esok harinya mereka boleh bangun lewat berbanding hari bersekolah. Mereka cenderung ingin bangun agak lewat bukan masalah, sebagi ibu bapa kita harus memberi kelonggaran waktu bangun hanya lewat 1-2 jam daripada hari sekolah. Yang pasti, jangan biarkan mereka bangun setelah jam 10.00 pagi. Hal ini dapat mencegah gangguan pada pola tidur mereka.

3. Jauhkan Komputer, Gadjet dan TV dibilik Tidur

  • Selain itu, jangan biarkan mereka berinteraksi dengan alat-alat elektronik ini beberapa saat sebelum tidur, sebab ini akan dapat membuat mereka jadi sukar untuk tidur. Sementara itu, pastikan bilik tidur anak kita memiliki jendela yang menghadap keluar yang membolehkan sinar matahari di luar dapat membantu mereka bangun setiap pagi.

Mudah-mudahan info ini bermanfaat untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak malas bangun pagi seperti anak saya.. InsyaAllah selepas ini anak kita tidak akan malas bangun pagi lagi. 

No comments: