Asma adalah antara penyakit kronik kanak-kanak yang paling lazim di
seluruh dunia sehingga ada pakar perubatan menganggapnya sebagai wabak.
Di Amerika Syarikat saja dianggarkan ada 22.2 juta pesakit asma dan 6.5
juta daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun (data 2005). Asma
dihidapi kira-kira 8.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
Kajian menunjukkan 85 peratus kes asma di kalangan pesakit kanak-kanak
yang tinggal di bandar adalah tidak terkawal. Manakala di kalangan
pesakit yang kerap mendapat serangan asma, hanya 20 peratus yang berjaya
mengawal penyakit mereka.
Keadaan di negara kita juga
tidak jauh berbeza. Kajian pada 1995 mendapati 14 peratus remaja
berusia 13 hingga 14 tahun di Lembah Klang menghidap asma. Hasil kajian
juga menunjukkan pertambahan kes asma kanak-kanak dan dalam masa 10
tahun kemasukan pesakit kanak-kanak ke hospital akibat asma meningkat 20
kali ganda!
Menurut Perunding Paediatrik Hospital Pantai Kuala
Lumpur, Dr Azam Mohd Nor, asma adalah penyebab utama kepada masalah
kesihatan kanak-kanak yang menduduki tangga ketiga kepada punca
kemasukan ke hospital di kalangan kanak-kanak bawah 15 tahun. Satu
pertiga daripada keseluruhan kes kecemasan paediatrik adalah membabitkan
kes asma.
“Asma juga menjadi punca utama ketidakhadiran
kanak-kanak ke sekolah. Dianggarkan empat juta kanak-kanak yang
mengalami sekurang-kurangnya satu serangan asma kehilangan 12.8 juta
hari persekolahan akibat penyakit ini.

“Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang
boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke
paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit.
Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah,
dada terasa sempit atau ketat serta batuk,” katanya.
Keberatan
sesetengah ibu bapa membenarkan anak yang menghidap asma menyertai
aktiviti cergas memang berasas kerana senaman atau sebarang kegiatan
membabitkan banyak pergerakan adalah antara faktor pencetus serangan
asma.
Untuk mengelakkan masalah ini, kanak-kanak asma selalunya
diberi kelonggaran untuk duduk di tepi padang atau gelanggang ketika
kawan-kawan bersukan. Kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya ingin
merasai keseronokan itu tetapi kebimbangan ia akan mendatangkan mudarat
menyebabkan mereka rela menjadi pemerhati.
Jadi tidak hairanlah
jika pesakit asma sering dilabel sebagai orang yang lemah sedangkan
mereka boleh hidup cergas dan aktif seperti orang lain jika penyakit
mereka dikawal dengan baik.
Bagi kebanyakan orang, asma bermula
sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur
antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang
apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan
sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya.
Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak
faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada
ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat.
Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi
ia dalam keadaan terkawal.
Keadaan ini membezakan kualiti hidup
setiap pesakit. Asma yang terkawal dan stabil membolehkan pesakit
menjalani kehidupan yang baik - sebaik individu sihat.
Bagi
kanak-kanak asma, kualiti hidup dianggap baik jika dapat bermain, pergi
ke sekolah dan tidak perlu ditahan di hospital untuk mendapat rawatan.
Bagi orang dewasa pula, kualiti hidup dan prestasi kerja terjejas jika
kerap mengambil cuti sakit.
Bagaimana kita boleh menentukan sama ada si kecil menghidap asma?
Bukan semua pesakit akan menunjukkan gejala yang sama. Bagaimanapun
antara gejala yang paling kerap dialami ialah batuk berterusan ketika
bermain, ketawa atau menangis, dan lebih teruk pada waktu malam; nafas
anak menjadi kasar, pendek dan cepat (tercungap-cungap); pernafasannya
berbunyi kasar.
FAKTOR pencetus serangan asma:
1. Selesema dan flu
2. Pencemaran udara
3. Kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
4. Senaman atau aktiviti cergas
5. Sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
6. Sesetengah ubat dan persediaan herba
7. Asap rokok
8. Cuaca sejuk
Bagaimana SHAKLEE membantu Kanak-Kanak yang mengidap ASMA
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10
hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi,
biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi
kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang
apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga
60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun.
Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya
sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
JIka kita mempunyai
anak penghidap asma, anda tentu sekali gusar dan susah hati kan? Ialah
anda terpaksa berualang alik ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan
NEB untuk anak anda.
Seksa kan bila tengok anak meronta-ronta semasa menerima rawatan NEB tu kan?
SET CADANGAN ASMA UNTUK KANAK-KANAK
OmegaGuard dan MealShake Shaklee
SET CADANGAN ASMA UNTUK DEWASA
Alfalfa, Omega Guard dan Vita-C
Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan
laut dalam yg bersifat panas, cuba bayangkan mcm mana ikan ni boleh
hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah
kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi
Omega-3
boleh mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan, yang boleh
memberi manfaat kepada orang-orang dengan asma. Satu kajian kecil
daripada 29 kanak-kanak dengan asma mendapati bahawa mereka yang
mengambil minyak ikan selama 10 bulan telah kurang gejala daripada
orang-orang yang tidak mengambilnya.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati, Kita mencuba apa jua cara mengatasi segala sesusatu penyakit. Selebihnya kita memohon kepada NYA, In Shaa Allah akan terlaksana.