Showing posts with label Ibu Muda. Show all posts
Showing posts with label Ibu Muda. Show all posts

22 November 2014

9 TIP UNTUK IBU MUDA KEKAL AKTIF SEPANJANG HARI

Sejak melahirkan anak kecil, apatah lagi jika anak pertama, tidak mungkin kita akan dapat tidur 8 jam sehari seperti sebelumnya. Pastinya kita akan sibuk melayan karenah dan telatah anak kecil kita. Keadaan inilah yang menyebabkan kita terutamanya ibu muda menjadi letih, lesu dan kurang bersemangat dek kerana tidak cukup rehat.

Jadi, untuk mengembalikan tenaga kita dalam menguruskan si comel dan kekal aktif sepanjang hari, cubalah petua dan tip ini.

1. MANDI
  • Sesibuk mana pun kita menguruskan anak-anak, cubalah bersihkan diri dengan air seperti mandi. Ianya akan membuatkan tubuh kita berasa lebih segar. Ini bukan saja mampu menghilangkan penat badan tetapi fikiran kita juga akan menjadi lebih tenang

2. MINUM AIR
  • Kekurangan air akan mempengaruhi kesihatan sehingga mampu menyebabkan sakit kepala, kepenatan dan kekurangan Tenaga. Bila kita merasa penat, berhentilah seketika dan Minumlah sebotol air putih. 

3. SARAPAN, JANGAN LUPA!
  • Sebagai ibu, kita sentiasa memastikan anak-anak kita mengambil sarapan yang sihat sebelum ke sekolah atau bermain. Tetapi, bagaimana dengan diri kita? Secawan minuman panas sahaja tidak cukup untuk kita memulakan aktiviti harian kita. Maka, ambil lah sarapan pagi untuk memastikan kita bertenaga dan dapat melakukan aktiviti sepanjang hari.

4. BAD MOM
  • Ini bukan bermakna kita menjadi ibu yang jahat. Tetapi hanya membiarkan anak-anak kita dalam masa 10-30 minit untuk bermain tanpa diawasi bagi merehatkan diri kita. Contohnya dengan membiarkan anak-anak menonton TV atau bermain dibilik mainan beberapa waktu. Pastinya anak kita turut merasa bahagia dan kita pun dapat berehat seketika.

5. GANTIKAN PAKAIAN
  • Setelah seharian menguruskan anak bermain dengan pakaian yang sama, cubalah gantikan pakaian kita dengan yang lebih segar dan boleh memberikan kita semangat. Pakailah baju yang jarang kita pakai atau baju baru untuk mewarnai perasaan kit.

6. TIDUR LEBIH LAMA
  • Ada diantara kita yang sanggup mengambil minuman berkafein semata-mata untuk terus berjaga. Ini kerana kita mungkin tidak mendapat tidur 8 jam yang cukup. Namun, mengambil kafein hanya akan membuatkan kita penat dan berat badan akan meningkat. Lebih baik kita tidur satu jam awal daripada biasa dan mengurangkan aktiviti seperti menonton televisyen atau komputer.

7. SNEK UNTUK KESIHATAN
  • Apabila anak kita mula aktif, cubalah mengambil snek secara teratur untuk kesihatan iaitu dua jam selepas sarapan. Kita juga boleh mengambil makanan manis seperti pisang dan yogourt untuk menambah darah dalam badan. Amalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

8. BERSENAM BERSAMA ANAK
  • Bersenamlah bersama anak-anak seperti berjalan-jalan disekitar rumah sambil membawa stroller atau kita boleh bermain, menyanyi dan menari bersama mereka. Aktiviti ini mampu meningkatkan tenaga kita.

9. LUANGKAN MASA BERMAIN DENGAN ANAK
  • Dalam sehari, kita sentiasa mengawasi dan mengajar anak kita. Namun, jangan terlalu ketat, luangkan sedikit masa untuk bermain dengan mereka kerana kita dan anak kita memerlukan hiburan dan suasana yang menyenangkan

Mudah-mudahan tip ini berguna untuk ibu-ibu muda di luar sana kekal aktif sepanjang hari. Mungkin sekarang kita merasa kesukaran dalam memjadga dan membesarakan anak-anak. InsyaAllah semua ini akan menjadi lebih mudah untuk kita bila mereka dewasa kelak. 

Jika anda ingin kekal bertenaga sepanjang hari, juga boleh mengamalkan pengambilan Cinch Energy Tea Shaklee. Ianya mengandungi taurina yang membantu meningkatkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan kaya dengan antioksidan. Ketahui lebih lanjut klik Apa itu Cinch Energy Tea.

 Kekal Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

20 November 2014

PERSIAPAN BERSALIN ANAK PERTAMA BAGI BAKAL IBU

Kira-kira 8 tahun yang lalu ketika saya sedang sarat mengandung anak tunggal saya, pelbagai persiapan bersalin yang saya sediakan.. Bukan hanya persiapan bersalin untuk bakal baby, tetapi juga untuk diri saya sendiri bakal ibu.

Persiapan Bersalin Anak Pertama Bagi Bakal Ibu

Mungkin saya bernasib baik kerana mak saya sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan persiapan bersalin.. Mana tidaknya saya kan anak sulung, dan bayi dalam kandungan saya pulak merupakan cucu sulung dalam keluarga.. Sah-sahlah mak saya lagi excited menyediakan segala persiapan bersalin untuk saya.


PERSIAPAN BERSALIN UNTUK BAKAL BAYI

1. Baju 12 pasang (6 untuk siang dan 6 untuk malam)

  • Untuk baju siang, kenalah yang berlubang-lubang, lengan pendek berserta seluar panjang / pendek
  • Baju malam pula berlengan panjang dan berbutang di tengah mudah di buka.

2. Sarung tangan dan sarung kaki (Mitten & bootie)

  • Minima 12 pasang, tapi lagi banyak lagi bagus
  • Ini bagi mengelakkan baby tercakar muka bila kuku panjang.

3. Barut

  • Minima 6 pasang, tapi saya sediakan dalam 12 pasang memudahkan kita menukarnya 
  • Ini ialah kain ikat perut baby bagi elak kembung perut.

4. Selimut minima 3 helai

  • Selalunya akan digunakan pada waktu malam supaya baby tak masuk angin.

5. Tuala, Sapu Tangan dan Topi Baby

  • Untuk keperluan harian

6. Set Tempat Tidur Baby

  • Set ni mengandungi bantal, tilam kecil, kelambu dan changing mat. 

7. Lampin 

  • Minima 12 kira sedozen ni pun dah cukup kerana sekarang ni lagi mudah pakai pampers pakai buang.

8. Pampers

  • Kita sediakan satu pek saiz newborn dulu atau saiz s

9. Wet Tissue

  • Wet tissue kena banyak untuk memudahkan kita lap najis baby. 

10. Cotton Bud Baby & Ball Cotton

11. Besen Mandi Bayi

12. Botol Susu Kecil dan Puting pendek 

  • Sediakan minimum 2 - 3 botol susu.

13. Set mandian bayi, losyen, bedak dan juga minyak bayi


PERSIAPAN BERSALIN UNTUK BAKAL IBU
  1. Menternity pad
  2. Stokin
  3. Bengkung untuk kempiskan perut
  4. Kain Sarung Batik
  5. Baju yang berbutang di depan bagi memudahkan kita menyusukan bayi
  6. Bra breast feeding
  7. Manjakani untuk direbus dan minum air nya bagi mengecutkan peranakan
  8. Halia, kunyit, asam jawa, gula melaka untuk dijadikan junk food sepanjang berpantang

PERSIAPAN BERSALIN IBU DAN ANAK YANG PATUT DIBAWA KE HOSPITAL

  1. Baju baby
  2. Barut
  3. Sarung tangan & Kaki
  4. Selimut & Topi
  5. Lampin & Pamper
  6. Menternity pad
  7. Stokin
  8. Kain Sarung Batik
  9. Baju yang berbutang di depan bagi memudahkan kita menyusukan bayi
  10. Selipar Jepun

Ini sajalah sedikit sebanyak  persiapan bersalin yang perlu disediakan untuk bakal bayi dan bakal ibu.. Terutama sekali ibu muda atau yang bakal menimang cahaya mata pertama.. Tima saya bersalin dulu, saya tak kenal dengan Shaklee lagi, jadi memang takde sedia pun apa-apa suplemen Shaklee. InsyALLAH kalau ada rezeki lagi nanti, pasti suplement Shaklee masuk dalam list persiapan bersalin..

Bagi ibu-ibu muda, boleh merujuk kepada ibu atau kakak atau kawan-kawan tentang persiapan bersalin.. Kita sediakan yang mana-mana perlu saja dan jangan terlalu berlebihan pulak.. Selalunya usia kandungan dah 8 bulan keatas barulah kita mengemas-gemas dan menyediakan persiapan bersalik untuk diri dan bakal ibu yang hendak dibawa ke hospital. Masukkan dalam beg siap-siap.

Bagi bakal ibu yang ingin mencuba set berpantang produk Shaklee sepanjang berpantang nanti, amat saya galakkan..



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia