Showing posts with label Marah. Show all posts
Showing posts with label Marah. Show all posts

27 September 2014

4 TIP ATASI PERASAAN MARAH

Terdapat 4 Tip mengawal marah yang disarankan menurut pandangan Islam.

Atasi perasaan marah
Atasi perasaan marah dengan tenang


1.  Duduk atau Berbaring

  • Perasaaan marah itu dicetuskan oleh syaitan yang diciptakan daripada api, sedangkan kita manusia dicipta daripada tanah. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang ituberasa marah, dekatkan diri pada tanah.

  • Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Apabila seseorang dalam kalangan kamu marah dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika hilang kemarahannya (dengan sebab duduk maka itulah yang sebaiknya). Jika tidak (hilang kemarahannya) maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud no. 4782)

  • Duduklah… Berbaringlah.. Dekatkan diri pada tanah kerana tanah itu sifatnya qanaah (menerima sesuatu apa adanya). Dibuang benih, tanaman menyubur, dibuang sampah, sisa organic mereput.. Segalanya diterima dengan hati yang terbuka. Mulianya tanah dengan sifat qanaah!



 2. Berdiam Diri

  • Diam bukan bermakna kalah. Diam bukan bermakna salah… Dalam diam tersirat seribu satu hikmah.. Diam itu umpama tiupan angina yang memadamkan api kemarahan.. Diam memberikan waktu kepada fikiran untuk kembali tenng, hati untuk beristighfar dan akal untuk mencari penyelesaian. Hebatnya kuasa DIAM..


3. Sabar dan Memaafkan Kesalahan

  • Sekiranya marah itu berpunca daripada kesalahan orang disekeliling, maka bersabar dan memaaafkan ialaha piihan yang terbaik. Ia bukan saja menjaga hubungan sesama Mukmin, bahkan meninggikan darjat seorang muslim. 

  • Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pegasihani.” (Surah At-Taghabun 64:14)


4.  Berfikiran Optims dan Positif

  • Akhir sekali, sentiasalah brfikiran optimis… Kerja-kerja yang banyak, pekerja-pekerja yang lembab, pasangan yang cerewet, anak-anak yang nakal serta kawan-kawan yang banyak karenah. Allah tidak menjadikan semua itu melainkan untuk mewarna-warnikan dunia!


Mudah-mudah tip ini bermanfaat untuk kita semua sama-sama mengamalkannya... Khasnya untuk diri saya sendiri.. Control your temper Mia.. InsyaAllah


With Love,
MamaMia



26 September 2014

MUDAH MARAH CEPAT TUA.. MITOS ATAU REALITI??

Benarkah orang yang cepat marah itu cepat tua? Atau hanya mitos?

Atasi amarah
Mudah Marah Cepat Tua! Bukan lagi Mitos.

Kajian telah membuktikan bahawa marah juga kan menjadikan kita cepat tua!!.. Ketika marah, akan jelas kelihatan kedutan pada kulit muka.. Ini kerana pada saat marah raut muka kita akan mengerutkan wajah kita.. Jika ianya sering terjadi, maka kulit muka kita aka nada kerutan-kerutan diwajah.

Ini menunjukkan orang pemarah akan lebih kelihatan cepat tua dari umur biologinya.. So, lepasnya jangan dok nak marah-marah tau.. Nanti cepat tua you!!

Bukan itu saja, marah ini adalaha amalan yang dilarang oleh Nabi bahkan Nabi menyatakan bahawa marah menyebabkan manusia tidak mendapat Syurga!. Di dunia, orang yang pemarah bagaikan hidup dalam Neraka, semua tidak kena dala hati jiwanya dan keadaan yang demikian ini membawa kesengsaraan diri sendiri.

Maka, kita disarankan untuk menjauhkan sifat kebiasaan marah bagi menjauhkan kita dari Neraka sama ada neraka dunia mahupun Neraka Akhirat.


Bagaimana untuk mengatasi perasaan marah?? Nantikan entry seterusnya.. 

25 September 2014

BAHAYA! PEMARAH MEROSAKKAN JANTUNG..

Benarkah ketika kita berasa marah, jantung kita akan berdegup secara kencang dan mengepam darah secara tiba-tiba?? Jawapannya "YA".. 


Hal in tentunya tidak baik bagi kesihatan jantung.. Ini kerana jantung merupakan salah satu organ tubuh kita yang terpenting.. Jika jantung kita bermasalah bermakna peredaran darah ke seluruh tubuh kita juga akan tidak normal.

Selain itu, apabila terdapat penyumbatan dalam pembuluh darah kita, maka kerja jantug kita juga akan semakin berat.. Penyelidikan telah membuktikan apabila seseorang itu mrah, badannya akan menjadi lebih responsive terhadap tekanan.. Bila kita berada dalam keadaan tertekan, badan akan menghasilkan hormone tekanan atau dalam nama lainnya, kortisol.

Kortisol ialah satu hormon yang menghasilkan tenaga secara panas bertujuan..
  • ·        untuk tujuan survival
  • ·        meningkatkan fungsi memori
  • ·        meningkatkan ketahanan badan
  • ·        mengurangkan sensitivity terhadap rasa sakit
  • ·        mengawal homeostasis tubuh


Apabila seseorang itu marah, kortisol akan dirembeskan dengan kadar yang banyak melebihi keperluan dan seterusnya membawa kepada kesan-kesan yang tidak kita ingini… Contohnya seperti penyakit tekanan darah dan mempercepatkan process arteriosclerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah.. Ini merupakan punca berlakunya penyakit jantung koronori atau serangan jantung!!

Kebanyakan pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan terlebih rajin KURANG risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung… Mereka yang panas baran juga mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan yang teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

Terdapat juga kajian yang menyatakan wanita yang “sakit” jantung akibat menanggung kesedihan, manakala lelaki “sakit” jantung dengan kemarahan.. Sama ada ianya benar atau tidak.. Wulahualam! Yang pasti tidak kira wanita atau lelaki, kita tidak harus membiarakn diri tengelam dalam emosi kerana ia boleh merosakkan mental dan organ dalaman terpenting kita iaitu “Jantung”.


TEKANAN DARAH TINGGI DAN STROK AKIBAT MARAH

Apabila seseorang itu marah, maka jantungnya akan berdegup kencang dan darah akan mengalir ke kepala, sehingga orang yang marah dapat terlihat daripada mimik wajahnya yang menjadi merah padam.

Dari sudut kesihatan, marah adalah suatu tindakan yang tidak baik.. Kebiasaannya kita akan menghubungkannya dengan adanya penyakit darah tinggi pada diri seseorang, iaitu seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi cenderung sebagai seorang pemarah.

Semasa mara, jantung kita akan dipacu untuk bernafas dengan cepat kerana jantung harus membekalkan darah ke otak. Apabila pada masa yang sama kita mempunyai masalah kolesterol, maka aka nada pembuluh darah yang tersumbat, maka hal tersebut boleh menimbulkan strok.

Punce kepada masalah jantung dan strok
Punca-punca kepada Masalah Jantung dan Strok

Sehubungan dengan ini, mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi juga disarankan untuk mengambil supplement seperti Phytocol-St untuk menurunkan kadar kolesterol mereka secara semulajadi tanpa menggunakan dadah.


Pemarah merosakkan jantung
Phytocol-ST mampu menurunkan kadar Kolesterol anda
Sterol dan Stanol yang wujud secara semulajadi didalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin, bila ditambah kedalam diet akan mengurangkan kadar kolesterol dengan amat ketara sekali.. Sterol dan Stanol yang terkandung dalam Phytocol-St akan bersaing untuk penyerapan dan seterusnya membantu menurunkan tahap kolesterol didalam tubuh.

Sebagai manusia, kita tidak akan mungkin dapat lari dari pelbagai penyakit.. Tetapi kita mampu mengurangkan dan mengatasinya.. Ianya bergantung pada pilihan yang ada pada diri kita.  


WithLove,
MamaMia

24 September 2014

MARAH ITU SUMBER PENYAKIT!

Benarkan MARAH itu Sumber Penyakit?

Tidak salah untuk kita marah, tetapi ketahuilah larangan marah adalah termasuk larangan untuk menjauhi semua sebab dan perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi marah. Sifat pemarah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan… Ia bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri kita sendiri.. Kita harus ingat bahawa setiap manusia ada hati dan perasaan yang perlu dijaga.

MARAH Sumber Penyakit

Marah!! Marah adalah sejenis emosi semulajadi yang ada pada setiap individu yang tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan… Hingga ianya menyebabkan individu tersebut tidak boleh mengawal atau mengubah emosi dirinya.. Ini seterusnya akan membawa kepada emosi marah.

Orang yang selalu marah sering dikaitkan dengan panas baran. Hal ini adakalanya tepat tetapi tidak sesuai jika kita hendak mengatakan bahawa semua orang yang selalu marah itu adalah panas baran.. Ini kerana setiap individu mempunya tahap marah yang berlainan dalam mengawal kemarahan mereka.. So, jangan tengok orang tu marah jer.. kita dah cop dia panas baran! Ini adalah tanggapan yang salah.

Jika emosi marah tersebut boleh dikawal, ia tidak akan membawa kepada apa-apa kesan buruk.. TETAPI apabila marah itu tidak dapat dikawal, ianya akan memburukkan lagi keadaan seperti akan terjadinya kecederaan fizika atau emosi akibat tidak balas orang lain. Malah ada pakar yang berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan POSITIF kepada kita.

Sering menjadi masalah apabila marah tidak tentu hala, orang sekeliling kita juga aka nada perasaan yang sama. Mereka akan rasa hendak marah apabila terpadang muka kita.. Teruknya! Sebelum nak marah tu, kita kena selidik pokok pangkalnya.. Ingat! Tindakan marah kita yang tidak bertempa akan menjadi sia-sia serta menjarakan hubungan ukhwah sesama manusia.

Sememangnya hidup ni banyak cabaran, dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang haru dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Cabaran dan dugaan iu bermacam-macam bentuk, kesusahan, kesengsaraan dan juga mugkin kesenangan dan kegembiraan.

Sifat marah itu adalah suaru sifat semulajadi manusia.. Cuma perlu pada tempat dan masa yang betul.. Bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.. Bagi kita yang beragama Islam yang beriman, sifat sabar itu menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.. Kita kena sentiasa redha dengan takdir Allah SWT.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.. Ketahuilah ketika kita marah, kita sedang dikuasai syaitan.. Akhirnya akan mengakibatkan berlakunya suasana tegang seperi bertengkar sesame kawan atau mengherdik orang lebih tua darinya.

Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama dalam mengawal kemarahan adalah dengan selalu berpuasa.. Sifat marah misalnya di tuntut agar kita tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat islam seluruhnya diancam atau dimusuhi.. Biarlah marah itu bertempat. 

So, lepas ini, tolong kawal sikit kemarahan kita ya! Peringatan untuk diri saya juga. 


With Love, 
MamaMia

18 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MARAH!! JANGAN TAKUT UNTUK LEPASKAN KEMARAHAN..

Setiap orang pasti pernah merasakan kemarahan yang membuak-buak!! Ditambah pula dengan kerja-kerja harian yang sentiasa sibuk dan tidak menentu... pastinya udah tentu emosi kita tidak stabil.. Dengan rasa marah, ia boleh menghabiskan tenaga dan membuatkan perasaan kita tidak menentu.

lepaskan kemarahan untuk kebaikan
Lepaskan saja kemarahan, mungkin ia mampu mengubah keadaan lebih baik.


Walau bagaimanapun, kemarahan yang dibuat dengan cara yang betul dapat membuatkan badan dan fikiran kita lebih baik.. Kita dah lepaskan satu beban dalam badan kita adalah satu tindakan yang baik berbanding dipendam-pendam.. Tetapi, jangan pula marah tanpa sebab!! Ini berbahaya.


Mengapa MARAH itu BAIK??

1. MARAH - PENDORONG OPTIMIS
  • Emosi yang kemuncak akan membuatka kita meluahkan apa yang terbeban difikiran kita. Kemarahan inilah boleh menjadikan tenaga positif untuk kita menyelesaikan masalah.

2. MARAH - LEBIH OPTIMIS
  • Apabila seseorang menyuarakan kemarahan, mereka lebih optimis dan bahagia berbanding seseorang yang menahan kemarahan.

3. MARAH - SELAMATKAN HUBUNGAN
  • Kemarahan boleh membuatkan seseorang mengatakan kekecewaan dan tentu sekali oleh menjadi penyelamat hubungan cinta, kawan-kawan dan keluarga. 


So, mengapa kita harus pedamkan rasa marah atau kemarahan kita dalam hati?? Luahkan dan keluarkan demi untuk kebaikan diri kita dan juga orang sekeliling kita... Tiada apa yang perlu kita takuti melainkan pada Allah yang satu... Namun begitu, kita kena bijak dalam mengatur dan menahan emosi kemarahan kita.. Bagaimana??


ATUR EMOSI KEMARAHAN 

Beberapa tips ini mungkin mampu membanu kita menepiskan kemarahan dengan cara yang sihat.

1. Mencari Ruang
  • Ketika kita merasa sedih dan kecewa, berjalanlah keluar dengan mencari udara segar atau tempat yang sepi untuk mengelakkan daripada bertemu dengan orang yang terlibat dalam masalah kita.. Cara ini membantu kita untuk menenangkan diri dan berfikir untuk membuat keputusan terbaik.

2. Komunikasi
  • Ekspresi kemarahan kita dengan tegas dan jelaskan alasan kemarahan.. Jika sukar melakukannya, kita boleh beritahu dan jelaskan pada kawan-kawan terdekat kita.. We sharing with our bestie! 

3. Senaman
  • Ramai yang tidak mengetahui bahawa senaman boleh membanu kita melepaskan ketegangan dan mengembalikan tenaga kita.. Contohnya, aerobik membantu kita mengembalikan mood dengan gerak badn yang menyeronokkan.
Atasi kemarahan dengan bersenam
Salah satu cara melepaskan kemarahan dengan bersenam dan mendengar muzik


4. Atur Pernafasan 
  • Inilah cara paling cepat apabila kita beremosi dengan menarik nafas dalam-dalam.. Ianya dapat mengendurukan otot-otot yang tegang.

5. Lawak Jenaka
  • Ketika kita mengalami situasi ini, cara untuk melepaskan ketegangan ialah dengan mencari sesuatu untuk mengembalikan mood... Kita cari kawan-kawan yang suka berjenaka dan membuatkan kita terhibur.. Kita boleh juga menonton filem atau drama komedi.. mudah sajakan.

6. Kaunseling
  • Perkara terakhir yang kita kena lakukan, itupun kalau semua yang diatas tak boleh jalan.. Berjumpalah pakar kaunseling kerana kemarahan boleh menganggu kualiti hidup kita.. Mungkin dengan berjumpa dengan seseorang yang profesional dalam bidang ini, mampu membantu kita mengatur emosi dengan lebih baik.
Lepaskan kemarahan anda, jangan pendam
Mungkin ini salah satu cara lepaskan kemarahan semasa di pejabat.

Selain dari itu, kemarahan juga dapat diredakan dengan berendam dalam air suam sembil ditemani oleh lilin-lilin aroma terapi dan muzik kegemaran kita... alah-alah romantik gitu!.. Tak pun kita boleh cuba membayangkan hal-hal yang menyenangkan dan ia boleh membantu meredahkan rasa kemarahan kita.. Kala dah payah sangat, pergilah bercuti-cuti.. tak pun pergi shopping!! I like shopping.

Lepas ini, jangan takut untuk marah ya!


With Love
MamaMia