11 January 2015

APA ITU RESOLUSI | RESOLUSI 2015 SAYA

Setelah 11 hari berlalu kita meninggalkan tahun 2014, kini barulah saya berkesempatan untuk menulis dan berkongsi tentang Resolusi 2015 saya kat blog kesayangan saya ni.. Maklumlah, setiap kali nak menaip, ada aje masalah.. Macam-macam menganggu kosentrasi saya.. Tetapi sebelum tu, ada baiknya kita ketahui dulu apa itu RESOLUSI.. Resolusi adalah... 

Resolusi 2015 saya
Apa Itu Resolusi? Apa Resolusi 2015 anda?

Menurut pemahaman saya, resolusi adalah sesuatu kepercayaan diri dan tekad untuk kita dalam mencapai tujuan, harapan, cita-cita dan juga perancangan yang ingin kita kecapi pada masa akan datang. Contohnya impian yang ingin kita capai dalam tempoh setahun ini atau tahun-tahun yang akan datang. 

Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa dengan adanya RESOLUSI pada diri kita ianya akan membantu kita dalam mencapai dan mengubah kehidupan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Resolusi ini adalah ketetapan hati yang akan membawa kita untuk melakukan tindakan secara positif yang berbeza dengan tindakan kita yang lalu. Lazimnya yang baru ini lebih baik daripada yang dulu.

Resolusi 2015 saya
Kebahagian adalah Resolusi UTAMA setiap insan


Resolusi ini berkait rapat dengan kehendak dan kemahuan kita. Makna dari resolusi juga boleh dianggap sebagai suatu harapan yang sungguh-sungguh dari pribadi seseorang. Pencapaian tujuan yang ditetapkan untuk masa akan datang supaya dapat dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Pengaruhnya sangat besar dalam kehidupan seseorang sepanjang tahun yang bakal ditempuhi. Jika resolusi itu dicapai, maka kita telah mencapai cita-cita dan tujuan hidup bagi tempoh itu.

Wahhhh.. Panjang lebar pulak saya terangkan tentang resolusi sedangkan resolusi saya untuk tahun 2015 belum masuk lagi ini.. hihihi... Ini adalah diantara RESOLUSI 2015 saya

Resolusi 2015 saya
Resolusi 2015 saya

  1. Mendalami ilmu agama dan mempraktikkannya seumur hidup
  2. Bebas Kewangan December 2015
  3. Membina rumah kediaman yang lebih selesa untuk keluarga di kawasan Sepanggar sebelum September 2015
  4. Menunaikan Umrah bersama keluarga pada September 2015
  5. Lebih fokus dan menjalankan perniagaan Shaklee untuk menjadi Coordinator Shaklee pada May 2015
  6. Memperluaskan empayar perniagaan Shaklee saya dengan memiliki lebih 100 orang downline
  7. Membawa anak saya bercuti-cuti di Sunway Lagoon dan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur pada April 2015
  8. Menyediakan tabung simpanan pendidikan dan kesihatan untuk anak saya Dania Mairisya RM200 setiap bulan bermula Februari 2015
  9. Memberikan wang saku kepada Mak saya RM300 setiap bulan bermula Februari 2015
  10. Membuat simpanan RM500 sebulan bermula Februari 2015
  11. Melunaskan hutang-hutang saya secara berperingkat-peringkat bermula Januari 2015
  12. Menjadi pekerja cemerlang dalam kerja hakiki dan lebih focus bekerja sepanjang tahun 2015
  13. Menjadi seorang ibu yang baik dan juga anak yang berbakti kepada kedua orang tua saya
  14. Semakin sihat, cantik dan bahagia sepapanjang tahun 2015
  15. Dipertemukan jodoh yang lebih baik yang mampu membimbing dan menjaga saya dan anak saya sepanjang hayat

Ini adalah sebahagian besar RESOLUSI 2015 saya.. InsyaAllah saya akan berusaha semaksima saya untuk mencapainya.. InsyaAllah!.. Mohon doa dari anda semua ya.. Amin..


With Love, 
MamaMia

BAHAYA DEMAM DIKALANGAN KANAK-KANAK | CEGAH & ATASI DEMAM SEBELUM MEMUDARATKAN

Syukur Alhamdulillah! Sejak saya dan anak saya mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee, masalah demam, selesema, batuk atau lain-lain penyakit semakin kurang. Jika dulu hampir setiap bulan kami mengunjungi klinik untuk mendapatkan rawatan, tetapi kini tidak lagi.. Mungkin ramai yang tidak tahu yang saya sering mengalami masalah selesema, manakala anak saya pulak dahulunya kerap demam.

Bahaya Demam Di Kalangan Kanak-Kanak


Demam pada anak-anak sememangnya merisaukan ibubapa, namun begiru masih ada segelintir ibubapa yang menganggap demam itu hanya sakit biasa. Kita harus tahu bahawa penyakit demam tidak boleh dipandang ringan apa lagi di kalangan kanak-kanak bawah enam tahun.


Sekiranya anak-anak mengalami demam yang berlarutan lebih tiga hari, mereka perlulah dibawa berjumpa doktor. Begitu juga kalau suhu badannya terlalu tinggi, si anak boleh diserang sawan dan memudaratkan. Dalam sesetengah kes, demam juga memberikan isyarat bahawa ia tidak semestinya demam biasa, malah lebih dari itu. Sebagai ibu yang rasa-rasanya kurang pengalaman, tentunya akan berasa panik apabila demam anak tidak reda ataupun mereka meracau-racau di dalam tidurnya. 


Apa itu DEMAM?


  • Menurut Dr Roliza, Pakar Kanak-kanak, bahawa suhu badan yang normal adalah 370C (980F). Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 370c.
  • Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan.
  • Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 370C tetapi tidak melebihi 380C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.
  • Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 380C dan berlarutan lebih lama – selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.


Beliau berkata, seseorang itu juga akan demam jika mengalami jangkitan kuman sama ada bakteria atau virus. Katanya, viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas dengan suhu mencecah lebih 380C.
Beliau menambah: “Bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.’’

Menurutnya lagi, demam sememangnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan demam yang mereka alami tidak memudaratkan dan akan pulih hanya dengan diberi ubat demam sekali dua sahaja. Namun begitu, ia juga bergantung kepada penyebab demam tersebut. Contohnya, jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak, sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak (meningitis), sekiranya jangkitan itu serius.

Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah pernafasan. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan campak, cacar air dan denggi. Bagaimanapun ada juga demam yang bukan disebabkan jangkitan kuman seperti leukimia atau SLE.

Demam Boleh Mengakibatkan Serangan Sawan

Dr. Roliza memberitahu, “lebih kurang 30 peratus kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun ke bawah berisiko mendapat sawan demam. Sawan demam mungkin berlaku ketika suhu sedang naik ataupun sedang menurun.

Demam boleh mengakibatkan Serangan Sawan 


“Sawan demam mungkin boleh berulang setiap kali kanak-kanak itu demam. Walau bagaimanapun, prognosis sawan demam ini sangat baik dan tidak memberikan kesan di kemudian hari,’’ katanya.
Kanak-kanak bawah umur lima tahun mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema. Lebih-lebih lagi mereka yang telah ke sekolah atau ditempatkan di taska mahupun pusat penjagaan kanak-kanak.
Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai antibodi atau daya ketahanan badan yang kuat untuk melawan jangkitan penyakit.

Demam Sawan dikalangan kanak-kanak


Jelas Dr. Roliza lagi, “Apabila mereka bergaul dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengalami batuk, selesema dan demam, mereka juga lebih mudah dijangkiti penyakit yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.’’ Demam selalunya disebabkan jangkitan kuman sama ada virus atau bakteria. Demam yang tidak disertai batuk dan selesema selalunya sembuh dalam masa dua, tiga hari dan jarang menjangkiti orang lain.

Beliau menambah. sekiranya demam yang disertai batuk dan selesema, ini bermakna ia lebih mudah menjangkiti orang lain kerana kuman selalunya tersebar melalui titisan cecair dari hingus dan air liur.
Sekiranya tidak sihat dan sentiasa terbatuk-batuk atau terbersin, ia akan menyebarkan kuman kepada sesiapa sahaja yang berada di persekitaran yang sama.
Begitu juga jika berkongsi gelas atau sudu yang sama dengan mereka yang mengalami batuk selesema.


Peranan IbuBapa


Dr Roliza berkata, ibu bapa perlu memastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi. Berikan anak-anak ubat demam setiap enam jam sehingga suhu turun sedikit.
Jika suhu masih tinggi walaupun baru diberi ubat, hendaklah diturunkan suhunya dengan mengelapkan tuala muka basah ke seluruh badan sehingga suhu badannya menurun.
Beliau mengingatkan apabila suhu badan tinggi, anak-anak tidak perlu dipakaikan baju tebal atau diselimut tebal.

Menurutnya, “Tindakan ini akan menambah suhu badan dan seterusnya meninggikan lagi risiko untuk mendapat sawan demam.
“Sebaik-baiknya ibu bapa hendaklah menyimpan jangka suhu di rumah untuk memantau suhu badan anak-anak apabila mereka demam.’’

Beliau juga memberitahu, memandangkan kebanyakan demam disebabkan oleh jangkitan kuman, pengambilan antibiotik tidak ada peranan untuk menghilangkan jangkitan tersebut.
“Kanak-kanak yang kerap diberi antibiotik akan mempunyai daya ketahanan yang lebih rendah. Ini kerana kegunaan antibiotik yang terlalu kerap boleh merencatkan pembentukan antibodi di dalam badan,’’ tegasnya.

Di dalam sesetengah kes, penggunaan ubat melalui dubur adalah perlu bagi menurunkan suhu badan kerana ia bertindak lebih pantas berbanding ubat yang diberi melalui mulut.


Demam Campak

Bahaya Demam pada kanak-kanak
Demam Campak Dikalangan Kanak-Kanak

  • Demam campak berpunca daripada virus campak. Ia sangat mudah dijangkiti oleh orang lain, selalunya disertai dengan demam, selesema, batuk yang agak teruk serta mata kemerah-merahan.
  • Ini akan disusuli ruam merah yang bermula di bahagian muka dan leher, merebak ke badan, kaki dan tangan. Apabila ruam keluar, suhu badan selalu tinggi dan boleh mencecah 400C (1040F).
  • “Demam campak boleh dicegah dengan pemberian suntikan imunisasi (MMR) yang selalunya diberikan apabila kanak-kanak berusia setahun dan kemudian dos booster pada usia lima hingga tujuh tahun.


Demam Denggi

Demam Denggi
Demam Denggi berpunca dari nyamuk Aedes

  • Demam denggi disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes.
  • Virus ini selalunya membiak di dalam nyamuk aedes betina yang menjangkiti manusia apabila ia menggigit dan menghisap darah mangsa.
  • Dr. Roliza menambah, denggi selalunya tidak disertai oleh simptom seperti batuk dan selesema tetapi mungkin menyebabkan seseorang itu lenguh-lenguh atau sakit badan, sakit kepala dan terasa sakit di bahagian mata.
  • Ia juga boleh menyebabkan ruam-ruam merah yang boleh terdapat di keseluruhan bahagian badan.
  • Demam denggi ini lazimnya menyebabkan demam yang tinggi dan selalunya berlarutan lebih daripada lima hari. Ujian darah boleh memastikan sama ada seseorang itu menghidapi denggi atau tidak.



Tip Dan Pesanan Doktor Kepada Ibubapa Sekiranya Anak Demam

  • Pastikan diberi ubat pada setiap enam jam untuk memastikan suhu tidak terus naik secara mendadak dan mendedahkan mereka kepada sawan. Lakukan ‘tepid sponging’ jika suhu masih tinggi walaupun telah diberi ubat.
  • Jangan pakaikan anak dengan pakaian tebal, memadai dengan baju nipis setakat untuk menutupi anggota badan. Tidak perlu diselimut tebal.
  • Pastikan mereka minum banyak air atau susu. Berikan makanan lembut seperti bubur untuk menambahkan tenaga. Bawa anak-anak berjumpa doktor jika mereka masih demam walaupun sudah diberi ubat demam secara tetap selama dua, tiga hari.
  • Suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Di waktu siang, kanak-kanak mungkin masih aktif bermain menyebabkan mereka berpeluh sedikit dan menurunkan suhu badan.
  • Ubat boleh diberi dengan sudu atau picagari. Tidak menjadi masalah, jika ibu bapa ingin mencampurkan ubat ke dalam susu. Bagaimanapun ini boleh menyebabkan si anak tidak mahu minum susu pula.
  • Sedikit paksaan mungkin diperlukan jika mereka susah makan ubat. Jika begitu, ubat minum boleh digantikan dengan ubat melalui dubur jika anak terlalu susah untuk makan ubat atau jika demam terlalu tinggi.
  • Pastikan anak minum air dengan banyak. Jika hilang selera berilah makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap.


Bagi saya mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan kerana ini saya sentiasa memberikan anak saya suplemen yang terbaik untuk kesihatan dan tumbesarannya seperti MealShake, Vitamin C Chewable, NutriFeron, ESP dan juga yang terbaru kini VitaLea Chewable. 

Set TEBAIK untuk Kesihatan & IQ kanak-kanak


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

VITALEA CHEWABLE UNTUK KANAK-KANAK | KHASIAT & KEBAIKAN VITALEA CHILDREN CHEWABLE

Sebagai seorang ibu, saya sangat menitikberatkan tentang kesihatan dan pemakanan untuk anak saya.. Maklumlah sekarang ni persekitatan yang tercemar dan banyak pulak makanan yang tidak sihat (jajan).. Lagi-lagi anak saya ni jenis yang susah nak makan, kalau makan pun sedikit sangat... So, VitaLea Chewable menjadi pilihan saya untuk anak saya.


Kelebihan dan kebaikan Vitalea Children Chewable
VitaLea Children Chewable kini kembali


Bagi saya VitaLea ini sangat baik sebagai salah satu sumber makanan tambahan untuk kanak-kanak seusia anak saya. Walaupun anak saya mengambil makanan sedikit, namun dengan mengambil VitaLea Chewable ini, anak saya masih mendapat cukup vitamin, so saya tidak risau kerana anak saya masih mendapat cukup nutrisi untuk tumbesarannya.



Khasiat & Kebaikan Vita-Lea Children Chewable

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Khasiat dan kebaikan Vitalea for Childref
VitaLea For Children Kaya dengan Vitamin dan Minerals

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.


Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee

  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa berry

Vitalea Chewable
Kandungan Vitalea For Children yang telah diperbaharui

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan anak dodoi-dodoikan.. Tetapi kalau kita sebagai ibubapa yang mementingkan kesihatan dan tumbesarana anak kita, tidak salah memberikan mereka VitaLea Children Chewable ini.. 

Promosi VitaLea Chewable Sepanjang Januari 2015

Bulan Januari ini bulan promosi, so inilah masanya kita buat stok untuk anak-anak. Inginkan Free Sample? hubungi saya terus deh.. 

Vitalea Chewable


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

03 January 2015

MAULIDUR RASUL 1436H 2015 | PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Bismillahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.. Sempena Maulidur Rasul pada hari ini, marilah kita sama-sama menghayati pengertian Maulidur Rasul, Nabu junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

" Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku "

Salam Maulidur Rasul 1436H 2015


PENGERTIAN MAULIDUR RASUL


Dari segi istilah ‘Maulidur Rasul” ialah Hari atau Waktu Kelahiran Nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana pada amnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.

Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Sekiranya kita faham istilah ini, maka ianya tidak akan menjadi masalah iaitu “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi. Cuma yang berbeza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .


DALIL AL-QURAN


Allah berfirman..“Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:


Bermaksud ~ Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW. Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.


Allah berfirman..“Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” –Surah Maryam 15 –


Bermaksud ~ Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.


Allah berfirman...
“Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankanpada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali” -surah Maryam 33-

Bermaksud ~ Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”


SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI ?

Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita yang mula-mula sekali menyambut ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :

“Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”


Jadi di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa setahun sekali , sebab nabi berkata “Hari ini adalah hari lahir ku” , dan kita telah tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja.Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.

Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .

Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis ( sekarang ni Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini : Maka nabi menjawab tidak .
Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”

Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu tempat lahir nabi Isa, yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.



KESIMPULANNYA


1. Untuk menceritakan sirah nabi

2. Beselawat ke atas nabi sebanyaknya

3. Menghayati perjuangan nabi serta cinta kepadanya

4. Menyedarkan umat untuk kembali mengingati nabi melaui “malulid” atau "Maulidur Rasul"

Jikalau kita hendak menyambutnya berseorangan di dalam rumah, tidak menjadi masalah, dan untuk kita membaca sirah nabi bukan waktu “maulid’ juga tidak jadi halangan, itu terpulang pada cita rasa masing-masing, sebab “Maulid Nabi” yang telah saya terangkan itu adalah “Hari kelahiran Nabi” dan biasanya di buat bertepatan dengan hari “Kelahiran nabi”

"Salam Maulidur Rasul"



With Love, 
MamaMia

1001 KEBAIKAN VIVIX | PROMOSI VIVIX SEPANJANG JANUAR1 2015

Vivix Oh Vivix... Vivix merupakan salah satu produk terhebat Shaklee yang menjadi rebutan ramai apatah lagi awal tahun 2015 ini.. Pembukaan tahun 2015 yang mengembirakan pengemar Vivix.. Mana tidaknya Shaklee buat promosi Vivix tau! 
  • BELI 6 PERCUMA 1
  • BELI 2 Dapat DISKAUN 5% 

Promosi Vivix Sepanjang Bulan Januari 2015

1001 KEBAIKAN VIVIX


1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti membantu mengurangkan masalah penyakit2 serius seperti

• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.



Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.


Vivix juga merupakan anti ageing.. Cubalah!

Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE. Dapatkan Vivix anda sekarang!




Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

01 January 2015

CINCH TEA MIX KINI KEMBALI | KENALI CINCH TEA MIX DAN MANFAATNYA

Setelah beberapa bulan menghilang, kini CINCH™ Energy Tea Mix kembali lagi. Secara tidak langsung merupakan khabar gembira untuk tahun baru 2015 buat penggemar-penggemar setianya seperti saya.. Tentu ramai yang masih tidak mengetahui dan mengenali produk terbaik Shaklee ini lagi.. 

Cinch Tea Mix Kini Kembali 


Apa itu Cinch Energy Tea Mix Shaklee? 


Cinch Tea Mix Shaklee

  • Ianya adalah selamat dan merupakan penggalak tenaga semulajadi
  • Mengandungi taurina yang mampu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan Alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengelakkan kecerdasan tubuh
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis



Ekslusif T-Lift® - Campuran Teh di dalam Shaklee Cinch™ Energy Tea Mix


Campuran Hebat yang terkanding dalam Cinch Tea Mix

Matcha Green Tea Powder

  • Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun Teh termasuk serat, mineral dan antioksidan


Red Tea Extract

  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol mampu menghalang dari kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh redial bebas. Ianya merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak


White Tea Extract

  • Dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau


Rooibos Red Tea Extract

  • Tumbuhan unik yang berasal di afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan 



Manfaat Cinch™ Energy Tea Mix 

  • ✔️ Asthma - Mengurangkan inflamasi salur udara
  • ✔️ Edema / Retensi Air - Meningkatkan tenaga
  • ✔️ Berat Badan Berlebihan - Meningkatkan Metabolisma
  • ✔️ Migrain / Pening Kepala - Antioksidan dan mengurangkan stress
  • ✔️ Letih dan Lesu - Mempertingkatkan tenaga


Hanya segelas Cinch Tea Mix memberikan tenaga berpanjangan

Cubalah Cinch Tea Mix daripada Shaklee hari ini. Bukan sahaja mampu memberikan tenaga malah memberikan kita tahap kesihatan yang baik. 


 Cinch Tea Mix


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! With Love, MamaMia

31 December 2014

10 CARA HIDUP SIHAT | SIHAT TANPA BELANJA MAHAL

Pastinya semua makhluk Allah di muka bumi ini inginkan cara hidup yang sihat.. Bila sihat, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia.. Hanya mereka yang tidak tahu menjaga kesihatan dan suka mengabaikan amalan hidup yang sihat yang perlu berbelanja mahal.. Mengapa? Iyalah, bila dah sakit baru nak ke klinik, medical centre atau hospital, semuanya memerlukan belanja.. betul tak?

10 Cara Hidup Sihat Tanpa Belanja Mahal

Tetapi bila dari awal kita mengamalkan cara hidup yang sihat, pastinya kita akan sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.. So, marilah kita sama-sama menjalani 10 cara hidup sihat yang akan menmbuatkan kita lebih menghargai kesihatan kita.


10 CARA MENUJU HIDUP SIHAT


1. Ambil Masa 30 Minit

  • Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu melakukan senaman 5 hari seminggu selama 30 minit. Latihan ini boleh membantu kita mendapatkan jantung yang sihat, menurunkan kolesterol, tekanan darah, menjaga berat badan dan mengurangkan risiko kanser. 
  • Caranya - Bangunlah lebih awal setiap pagi. Selepas itu berjalan-jalan lah di sekeliling rumah atau naik turun tangga selama 10 minit sebelum mandi. Juga boleh di lakukan pada waktu malam


2. Sayangi "Mutiara"

  • Cubalah memberus gigi setiap kali kita selesai mengambil makanan utama. Ini untuk membersihkan bahagian gigi dari sisi makanan yang boleh menyebabkan plak pada gigi.
  • Caranya - Beruslah gigi selepas mengambil makanan pada waktu pagi, tengahari dan malm. Jika kita tidak berkesempatan untuk memberus gigi, kita boleh mengunyah gula-gula getah (bebas gula). Ianya mampu membantu mengeluarkan sisa makanan. malah meningkatkan air liur bagi mengelakkan nafas berbau


3. Bekalan Air

  • Minumlah air sebanyak 2 liter atau 6-8 gelas sehari untuk menjaga badan kita dari dehidrasi dan sistem penghadaman. Selain itu, minum air dalam jumlah yang cukup juga boleh menyihatkan jantung, merawat kecantikan kulit dan badan akan lebih segar.
  • Caranya - Bawalah bekalan air sebaiknya air mineral setiap kali keluar rumah. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi banyak air dan ia boleh mengantikan cairan dalam badan yang hilang


4. Sayangi Tulang

  • Tulang berperanan sebagai penyokong organ dalaman badan. Tanpa tulang, kita akan sukar untuk bergerak dan berdiri tegak.
  • Caranya - Ambillah makanan yang mengandungi kalsium 1200mg sehari. Selain susu yang mengandungi kalsium tinggi, ambil juga makanan lain seperti ikan bilis, brokoli atau soya.


5. Lena Diulit Mimpi

  • Tidurlah dengan cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Kurang tidur akan membuatkan kita tidak bermaya sepanjang hari, hilang tumpuan dan hipertensi yang seterusnya akan meningkatkan risiko jantung dan strok.
  • Caranya - Senaman boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Kita boleh bersenam 5 jam sebelum tidur atau gerakan yoga selama 20-30 minit supaya aliran darah menjadi lebih lancar.


6. Kira Pengambilan Sayur dan Buah

  • Makan sayur dan buah-buahan sebanyak 25-30g per hari sudah cukup untuk membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko masalah mata, penghadaman dan mencegah kanser.
  • Caranya - Sediakan buah-buahan dan syur untu di jadikan salad dalam peti ais rumah kita. Minumlah segelas jus buah segar atau satu hidangan buah untuk sarapan, snek atau makan malam. Pastikan juga menyediakan sayur dan buah dalam pelbagai warna untuk di nikmati.


7. Jelingan Pada Isi Pinggan

  • Jangan lupa untuk mengambil dua hidangan ikan setiap minggu atau pengambilan minyak ikan untuk kesihatan sendi. Omega 3 yang ada pada ikan boleh mengelakkan risiko penyakit jantung dan baik untuk mata.
  • Caranya - Makanlah ikan seperti salmon, tuna, sardin, tongkol dan patin. Malah, Omega 3 juga boleh di dapati dari sayuran hijau, kentang dan soya.


8. Sentiasa Bergerak

  • Semakin kita bertambah usia, semakin kurang massa otot kita. Keadaan ini terjadi kerana sel otot telah bertukar menjadi sel lemak.
  • Caranya - Sambil memasak di dapur, kita boleh melakukan latihan untuk meningkatkan metabolisme dan menguatkan otot badan. Contohnya, push up dengan meletakkan tangan pada meja makan.


9. Kekalkan Berat Badan Ideal

  • Berat badan adaah Indek Massa Tubuh (BMI) antara 18.5-22.9kg/m2. Jika indek badan kita kurang dari ini, kita dikategorikan kurang gizi dan jika lebih dari 25kg/m2, kita termasuk dalam kategori terlebih berat badan.
  • Caranya - Cubalah untuk mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5-10%. Ini boleh membantu kita menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah dan menstabilkan gula darah.


10. Jaga Keseimbangan Badan

  • Jika kita kurang berlatih dan bersenam, keseimbangan badan kita akan cepat hilang. Jadi, senaman yoga atau tai chi dapat membantu menjaga keseimbangan badan.
  • Caranya - Amalkan dengan cara mengosok gigi setiap hari dengan berdiri sebelah kaki. Jaga keseimbangan agar kita tidak jatuh dan lakukan gerakan sama dengan memejamkan mata.


Selamat mencuba! 


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

9 TIP DIET CARA SIHAT | BUAH-BUAHAN MENJADI PELENGKAP DIET

Menjelang tahun baru ramai yang berazam untuk kurus dan ingin berdiet.. Tetapi berapa ramai yang tahu akan tip diet yang sihat? Jangan azam tinggal azam jer, sempai ke hujung tahun takde pun diet nya.. opsss! Ada bermacam-macam cara kita na berdiet.. Salah satu nya ialang berdiet dengan buah-buahan kerana ianya merupakan salah satu pelengkap diet.

9 tip diet cara sihat
Buah-buahan menjadi pelengkap diet


Walau bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau Gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat mengurangkan kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


9 RAHSIA KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL


1. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang

2. Jangan takut kepada kelaparan

3. Jangan makan kerana sedih

4. Jangan makan ketika melakukan tugas di pejabat atau dirumah

5. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat

6. Makan secara konsisten

7. Kawal diri anda dengan bijak

8. Jangan malas bergerak

9. Tidur dengan nyenyak


Bagaimana Merealisasikan Impian Diet Anda Dengan Shaklee

Setiap kandungan 850g ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 Asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tuan-muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39, menjadikannya sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Diet cara sihat dengan esp
ESP sumber protein yang sesuai sebagai pelengkap diet anda

Manfaat UTAMA Pengambilan ESP


  • ✔️ Awet Muda
  • ✔️ Membuang otot, rambut, kuku
  • ✔️ Baik untuk Hormon
  • ✔️ Mencantikan dan Mencerahkan Kulit
  • ✔️ Merendahkan paras kolestrol 
  • ✔️ Mencegah Risiko Osteoporosis 
  • ✔️ Mengurangkan Kedutan
  • ✔️ Menghilangkan Kesan Parut
  • ✔️ Mempercepatkan Penyembuhan Luka
  • ✔️ Pembekal Tenaga
  • ✔️ Meningkatkan Sistem Imun
  • ✔️ Membaiki Pegmentasi 
  • ✔️ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur
  • ✔️ Meningkatkan Kualiti Memori
  • ✔️ Baik untuk Prostat

Dapatkan ESP sebagai salah satu pelengkap bukan saja untuk diet, malah untuk kesihatan dan kecantikan anda!


 Set Diet


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

28 December 2014

FOBIA UNTUK BERSALIN? | PENGALAMAN MELAHIRKAN YANG TERLALU INDAH

Fobia untuk bersalin?? Ramai wanita-wanita atau ibu-ibu yang sedang hamil anak sulung akan menjadi takut dan gementar bila membaca entry-entry tentang fobia ibu-ibu yang pernah melahirkan. Kita wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling unik di muka bumi ini.. Mengapa? Hanya insan yang bergelar wanita saya yang akan merasakan bagaimana melahirkan anak.

Fobia Untuk Bersalin


Mengapa kita harus fobia untuk bersalin? Sedangkan bagi saya ianya satu pengalaman yang cukup indah.. Hanya wanita dan ibu yang pernah melahirkan akan dapat merasakan keindahannya.. Sakit?? Of courselah bila melalui proses bersalin itu, kita akan merasakan kesakitan.. Tetapi percayalah kesakitan itu akan hilang sekelip mata sebaik saja kita melihat wajah bayi yang baru lahir dari rahim kita.

Mengimbau kenangan saya melahirkan anak perempuan saya kira-kira hampir 8 tahun yang lalu.. Sebaik saja detuman bunga api menyambut kedatangan tahun baru 2007, perut saya mula memulas-mulas, terasa sakit seperti ingin membuang air besar.. hampir 3-5 kali jugak lah saya berulang alik ke tandas.. Saya tidak pernah terfikir yang saya akan bersalin pada waktu itu kerena due date yang diberikan oleh doktor adalah pada penghujung Januari 2017.. Ini kan baru 1st Januari, mustahil awal sangat..

Jam menunjukan hampir jam 1:45 pagi, saya ke tandas lagi, kali ini saya lihat ada darah... Takut takya cakap lah! bergegar seluruh badan.. Keluar dari tandas saya menjerit terus terduduk di luar pintu tandas... Tiba-tiba terasa macam terkencing, banyak pulak air keluar, terasa hangat! Rupa-rupanya air ketuban dah pecah.. Saya terus terdiam! Hanya berdoa dalam hati semoga dipermudahkan segala urusun bersalin.

Tepat jam 2:00 pagi saya sampai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang... Time tu masih stay kat area Klang, so kira hospital inilah yang paling hampir.. Habis saya kena serbu dek kakitangan di bahagian kecemasan HTAR Klang.. Time tu saya berdiam diri saja.. Maklumlah first time nak bersalin ni... Kang bising-bising cakap banyak pun tak guna.. 

"9 cm dah terbuka ni!" jerit salah seorang kakitangan HTAR Klang.. Selepas itu mereka membawa saya ke wad bersalin.. Sampai saja di wad bersalin, seorang misi bertanya "Anak pertama ke puan?".. saya hanya mengangguk kan kepala.. "Puan jangan takut yer, kejap lagi bayi puan akan keluar, puan ikut cakap saya yer" sambungnya lagi.. macam biasa saya hilang kata-kata hanya menganggukkan kepala.

Kali pertama meneran.... Kali kedua meneran.... bayi saya masih tidak dapat keluar.. tiba-tiba "Puan harus teran kuat-kuat ya, jika tidak bayi puan akan lemas" entah suara dari misi yang mana satu, saya pun tak tahu.. Akhirnya saya kumpulkan seluruh tenaga dan cuba meneran untuk kali yang ketiga... Tepat jam 2:45 pagi, suara tangisan bayi kedengaran... 

Alhamdulillah, airmata mengalir laju dipipi ini... saya kini  selamat bersalin.. saya kini telah menjadi seorang ibu.. Its baby girl! Bayi itu diletakkan di dada saya, dan saya sempat mengucupnya... Indahnya perasaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu.. Terlalu indah! 1st January 2007 adalah kenangan terindah dalam hidup saya sebagai seorang wanita. 

Bayi itu kini telah tumbuh membesar dan diberikan nama Dania Mairisya @ Caca.. Cinta hati mama! Dialah anak, sahabat, teman suka dan duka saya... She's my True Love! << Wajah Cinta Hati Saya >>

Cinta hati mama
Dania Mairisya @ Caca Cinta Hati Saya

Mengapa harus merasa fobia untuk bersalin? Jika saya diberikan umur yang panjang, di pertemukan jodoh sekali lagi.. InsyaAllah! Melahirkan seorang bayi lagi adalah impian saya.. Jadi, tidak perlu ada rasa takut dalam diri kita... Rasai, Nikmati, Alami keindahan bersalin, saya pasti rasa fobia untuk bersalin itu akan pudar dan hilang.


With Love, 
MamaMia

27 December 2014

BAHAYA SEMBELIT DI KALANGAN WANITA HAMIL | KENALI PUNCA DAN CARA MUDAH MENGATASI SEMBELIT

Bahaya sembelit di kalangan wanita terutamanya wanita hamil pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan adalah gejala biasa yang tidak harus di pandang mudah. Kesukaran membuang air besar atau sembelit yang dialami oleh sesetengah wanita hamil yang mana hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau hanya sekali seminggu.

Bahaya Sembelit Di Kalangan Wanita Hamil

Mengapa masalah sembelit ini berlaku terhadap wanita hamil? Sembelit ketika hamil berlaku akibat daripada peningkatan hormon progestoron yang menyebabkan pengerakkan otot ke usus menjadi kurang effektif. Ini secara tidak langsung mengakibatkan berlakunya sembelit di kalangan wanita hamil.

Ada yang mengatakan pengambilan suplemen zat besi juga turut menyumbang kepada berlakunya sembelit pada wanita hamil. Namun, itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan suplemen tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk  membawa oksigen di dalam darah sepanjang kehamilan.

Oleh itu, berikut beberapa tip bagi mengatasi masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar dikalangan wanita hamil :-
  • Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari bagi membantu pencernaan dan melembutkan najis agar mudah untuk membuang air besar
  • Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan
  • Kerap melakukan aktiviti senanman ringan seperti berjalan kaki

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Sembelit Bagi Wanita Hamil


Semeblit Ibu Hamil
OsteMatrix Shaklee


Kelebihan Pengambilan Ostematrix bagi Wanita Hamil

  • mengatasi kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi malah membantu mengatasi masalah sembelit.
  • membina dan memelihara kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi
    memelihara fungsi saraf
  • memelihara fungsi membran sel & enzim
  • pengecutan otot
  • menghalang pembekuan darah
    menggalakkan tidur yang lena dan mengurangkan stress
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Tahukah Anda Tentang OsteMatrix?


1 Tablet Ostematrix = Segelas Susu = 80 Biji Buah Badam


Biarkan TESTIMONI Ibu Hamil Berbicara Tentang OsteMatrix

Testimoni Ibu Hamil yang mengamalkan pengambilan Ostematrix untuk atasi masalah sembelit

Mencuba suplemen yang dihasilkan dari sumber semulajadi amatlah digalakkan. Ianya bukanlah ubat, tetapi makanan tambahan untuk kesihatan kita. So, apa tunggu lagi? Ibu-Ibu hamil yang kini menghadapi masalah sembelit tidak perlu gusar..


 OsteMatrix


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

EXTENDED BREASTFEEDING | MENYUSUKAN ANAK LEBIH DARI 2 TAHUNMEMUDARATKAN KESIHATAN

Kebanyakkan dan umumnya mengetahui penyusuan susu ibu bagi si manja secara eksklusif 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Namun begitu ada juga ibu-ibu yang menyusukan anak selepas usia 2 tahun. Adakah penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh diteruskan?

Menyusukan anak lebi dari 2 tahun memudaratkan kesihatan
Extended Breastfeeding 

Menurut kenyataaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF), masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap. ini bermakna penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh di teruskan.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.

Kelebihan Extended Breastfeeding bagi Si Ibu

Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk si ibu dan anak juga. Sekiranya kita bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh.

Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental si ibu.

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu kita memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan kita dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit seperti:-

1. Kanser payu dara
2. Kanser ovari
3. Kanser rahim
4. Endometrium
5. Osteoporosis
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes

Kelebihan Extended Breastfeeding Bagi Si Manja

Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi :

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah, kandungan nutrisi susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak kita. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia